Followers

Wednesday, August 1, 2012

Lirik lagu : Jom jadi CSI untuk lagu Teman Pengganti - Black feat Malique !!~

Hey readers , jom ikut aku jadi CSI !!

Actually tadi aku duk dengar lagu dekat dalam pendrive aku ni , sekali keluar lagu Black feat Malique - Teman Pengganti. Before ni ade colleague aku tanye kat aku agak-agak ape maksud lirik lagu tu. And aku rase , pasal orang nak mati kowt. But today , aku ulang banyak kali dengar lagu yang same dan aku rasalah eh lagu tu bermaksud seperti di bawah :

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

* Adatlah orang yang berkawan/bercinta/berkahwin , mesti rasa bende macam ni kan ? *

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka


* Bila si lelaki mula bermimpikan yang perempuan yang dicintainya tu dibelai oleh orang lain , tapi si perempuan tidak pulak melarang. Si lelaki redha dengan apa yang terjadi. *

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

* Si lelaki teringat semua moment dia dengan si perempuan , tapi dalam pada masa yang sama jugak dia tahu yang dia takkan dapat memiliki si perempuan. *

* Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

* Si lelaki sebenarnya simpan 1 rahsia dan now da sampai masa untuk dia bagitahu perempuan tu , dia jugak bagitahu perempuan tu yang dia takkan mampu hidup lama dan dia mintak perempuan tu cari sorang teman pengganti untuk menggantikan dia. *

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

* Bahagian ni pulak refer yang masyarakat memandang hina si lelaki dalam pelbagai cara , tapi si perempuan tetap berdiri disamping si lelaki. Kemungkinan si lelaki adalah penghidap HIV/AIDS sebab dalam banyak-banyak penyakit hanya penyakit ini sahaja yang orang kita masih lagi tak mampu terima dan memandang hina. *

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

* Si perempuan tak pernah lupe bile anniversary , bile birthday si lelaki dan si perempuan pon tak lupa nak jenguk si lelaki setiap kali hari raya dan si perempuan adalah orang terawal untuk beraya dengan si lelaki. *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

* Si lelaki sudah mula merasakan yang dirinya sudah tenat akibat daripada HIV , ini dapat kita lihat bila lirik mula menceritakan yang badan si lelaki dah mula susut dan mula menghadapi pelbagai komplikasi. *

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

* Si lelaki cuba sampaikan kepada si perempuan yang lagu ini adalah lagu terakhir die sebelum mati dan beberapa pesanan terakhir sebelum si lelaki meninggal dunia. *

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

* Si lelaki akhirnya pergi bertemu sang penciptanya dan sekian kalinya si lelaki meminta si perempuan cari teman pengganti. *

Haaa tu diaaa maksud lagu Teman Pengganti ni tapi ni adalah tafsiran aku semata-mata. Kalau nak tahu apa maksud lagu ni yang betul-betul. Korang bolehla direct pergi tanye dekat penyanyi mahupun penulis lirik lagu ni. Hahaha.

Untuk yang tak pernah dengar lagu ni pasal apa , bolehla klik sini. Lepas tu boleh back dekat blog aku dan tinggalkan komen dan pendapat korang pulak. Ok. Done !! :D

sumber : google
p.s : bila dah tahu maksud , rasa sedih pulak bile dengar lagu ni. huhuhu. :'(



xoxo




- Cik Dabel N -

Bangun pagi mandi perigi , ada masa datanglah lagi

>

34 comments :

  1. den setuju ngan tafisiran ekau.. sgt menyentuh hati lagu ni... sobz..sobz...
    ekau mmg tobaik!!

    ReplyDelete
  2. boleh jadi juga. tapi yg diceritakan malique lagu ni berkenaan seorang banduan yg akan dihukum mati atas kesalahan yg dilakukan :'(

    ReplyDelete
  3. Kepada Ryhanas. Boleh saya tau, bagaimana cik ryhanas mengetahui bahawa Malique menceritakan tentang seorang banduan ?

    ReplyDelete
  4. tnye sikit la...pew mksud 70 000 hijab harus ku singkap sorok kitab blik tingkap penjara hingap..

    ReplyDelete
  5. lgu ni mengingatkan sy kpada arwah pakwe sy.. die meninggal mse birthday die..die skit tpi xprnh bgtau org even family dia..semoga awk tnang dear zahidi...

    ReplyDelete
  6. 70 000 hijab harus ku singkap ---> 70 ribu halangan dalam mengenali tuhan
    Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap --> sorok kitab (tinggalkan kisah silam) penjara hinggap (dunia)
    Dalam diam ada, seorang yang ku puja --> seseorang yang kupuja (Muhammad)
    Kau teristimewa tapi dia yang sempurna --> Kau (dunia / nafsu yg lalai dgn dunia)
    dia yang sempurna -- (Allah) ... just share the thought...

    ReplyDelete
  7. tapi kalo baca komen dekat youtube dorang ckp lg ni suami tju kpd istrinya sbb ade sakit jntung.. sebab dkat part Komplikasi di halaman rusuk kiri
    Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri refer tu jantung. part yang last
    Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
    Cincin, kunci, dompet dalam laci
    Ada sikit wang, itu saja baki
    Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti kira apa yg suami tggal utk istri tu buat msa knuri arwah.. entahlaa...

    ReplyDelete
  8. menurut seorang yg dekat dgn malique..lagu ini utk isterinya yg sedang mengalami sakit jantung sekarang..kita doakan agar isterinya sembuh seperti sediakala.. amin..

    ReplyDelete
  9. SEMUA makhluk ciptaan Allah SWT tidak akan kekal selama-lamanya. Apabila tiba masanya, semuanya akan mati yang menandakan berakhirnya sebuah riwayat kehidupan, hanya Allah SWT yang akan kekal abadi selamanya. Firman Allah SWT, "Di mana juga kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh" (An-Nisa': 78)

    ReplyDelete
  10. Alamak , baru sempat nak bace komen komen korang. Wallahualam. Ni just andaian diri sendiri yang dengar lagu ni. Kalau betul lagu ni ditulis untuk isteri Malique yang sakit tu. Kite sama sama doakan yang terbaik. Amin. :)

    ReplyDelete
  11. ape pun maksudnye, yg pasti adalah MATI.. tersentap aku dengar lagu ni.. ='(

    ReplyDelete
  12. Aku rasa lagu ni mengenai diri malique sendiri..die hanya nyanyikan lagu tentang diri sendiri..seperti lagu Alhamdulillah dan lain2...

    ReplyDelete
  13. ni pendapat sy...

    tang lirik
    "Kau teristimewa tapi DIA yang sempurna"
    dan
    "Bertemu KEKASIH abadi
    minta tolong huruf besarkan sbb dia refer to YANG ESA...

    sedih lagu nih...

    ReplyDelete
  14. yang aku dengar psal lagu nie, laki tu dah hidap kanser tahap ke 4..lagu nie dikatakan sambungan dari lagu Malique feat Jamal(aku maafkan Kamu).. kalu kita teliti lagu nie sambungan dari situ..

    ReplyDelete
  15. Terima kasih berkongsi pendapat korang korang , :)

    ReplyDelete
  16. lirik nie pasal malique barah otak. dia buat lagu ni utk wife dia. takde kena mengena dgn hiv aids bagai... ubah cket bloger

    ReplyDelete
  17. This is just a review from my side , so tak payah ubahla. Pendapat je ma. Thanks for your opinion. :)

    ReplyDelete
  18. ya.. lagu ni adalah tentang diri malique..

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Lagu Ni tentang diri,& ketuhanan ..hanya yang memahami dapat fahami.

    ReplyDelete
  21. pada pendapat saya. .sakit yg berkaitan ngan pembesaran limpa...or splenomegaly. Limpa (spleen) adalah organ yang berlokasi pada kwadran kiri bagian atas dari perut tepat dibawah diafragma dan terlindung dibawah tulang-tulang rusuk kiri.

    ReplyDelete
  22. malique mmg penulis lagu yg baik..
    penuh isi tersirat..

    ReplyDelete
  23. Haha lucu.. Kaitkn dgn Aids la..lagu banduan la.. Memandai je suntikan elemen dramatis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing masing ada pendapat , pendapat anda ? :)

      Delete
  24. 70000 hijab. tiada kaitan ngan cinta dengan mahluk. lagu dimesej tentang saat2 kehidupan ke alam kematian. hamba nya akan hijab setiap lapisan ke setiap lapisan bersama amalan nya. buku ku sorok belakang tingkap. amalan yg tersimpan bersama diangkat dan dihijab. DIA YANG SEMPURNA. hijab pertama alam roh. setiap perjalanan antara satu hijab ke satu hijab diantara 500 tahun...

    ReplyDelete
  25. Dari awal2 liriknya dia sudah menuju maksud ke arah kematian.. allahuakbar. lastly hijab kita yg terlepas hnya rukun islam. benda2 wajib.

    ReplyDelete
  26. Lagu ni arwah asben sy dedicated utk sy..kebetulan lg ni kuar arwah baru m'hdapi kanser hati stage 4..b4 dpt Tahu arwah sakit dia mmg suka lagi ni slalu nyayikan.. Tp mase tu sy hanye ignore kan arwah nyanyi coz arwah mmg suka nyanyi..tp pd suatu hari otw bwk arwah dptkan rawatan kat hospital lagu ni dimainkan dlm radio arwah ikut nyanyi sambil pandang sy drive..arwah siap ckp xbg sy mati bersama nya,kerana sy kena jg amanah dia pade sy..anak2 kami.. Dan dia minta sy carri pengganti dia izinkn walaupun pahit utk dia lpskan..segala harta,duit yg arwah tglkan dia harap dpt buat majlis tahlil n penjagaan anak2...dia hanya tinggal mase utk pergi mghadap Allah kekasih yg lbh abadi walaupun saya yg dia.cinta didunia ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. YaAllah. Semoga tabah mengharungi hidup.
      InshaAllah awak akan kuat dengan adanya anak anak awak. :)

      Delete

Hope that you're enjoying the entry , feel free to leave your comment. Muah ! :D

Blog Ini Milik Nuriesya Nadia