Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, July 17, 2017

2D1N : A Day In Penang , The Island Of Pearls

Assalamualaikum & Hello.

(Entry ni tak kejam sangat , sikit je gambar makanan)

DAY 1

Setiap tahun , asal balik kampung Wan je mesti dah jadi macam acara wajib tahunan untuk masuk pulau. Hurm. Nak kata ada tempat syiok jalan jalan dalam pulau tu tak ada pula. Tapi. Hurm. Makanan dia tu. Yesssss. Makanan dalam pulau tu. I can't resist ! 

Masuk je pulau , terus pergi check in dekat Copthorne Orchid , Tanjung Bungah. Rest for a while (mencuci berak si Nadeem yang masa ni dah 2 hari tak berak. wkakaka) lepas tu terus sambung jalan jalan. Jyeah !

Chew Jetty , Penang








First time sampai sini , padahal pergi Penang macam dah setiap tahun. Hahaha. Actually dah lama sangat nak pergi Chew Jetty ni tapi asal lalu je - jalan jem. Terus patah hati. Tapi tidak tahun ni. Hahaha. Maybe sebab Nadeem pun behave masa ni , so jom ikut Mommy Daddy jalan jalan tengah panas. Gitchu.

"Jelly Egg"




Jelly Egg ni semua gara gara Gary Runningman. Kuikuikui, Siapa suruh dia upload dekat dalam Instagram dia. Tak memasal aku pun terbabit pergi beli. RM 2/3 biji ! Tapi tak rugi , sebab masa panas panas terik tu syiok wooo makan jelly sejuk sejuk tu. Actually jelly tu agar agar je cuma dia letak dalam kulit telur (macam acuanla kira dia). Perasa pandan. Sedap sedap, Boleh repeat order lagi kalau aunty tu buka kedai lagi dekat jeti.

Armenian Street

First time juga jelajah sini , sebab nak try Ais Kepal yang dorang kata famous nau nau tu kan. Gigih bawa anak bujang main panas. Mula mula nak pusing naik kereta je , tapi cannot la. Jalan jem and susah nak berhenti merata rata. So , kita park kereta and rent a bicycle. Yeyeahhh !!



Nampak tak keterujaan Mommy Daddy dan bukannya Nadeem. Pfft ! Eleh tapi Nadeem tu konon je , lepas basikal tu dah gerak , idaknya dia bagi berhenti pula. Hahahaha. Selamatlah laki ai sado , kayuh bang jangan tak kayuh. Kahkahkah.

Tapi tak lama kemudian , Nadeem tido. Kakakakaka. Tahniah nak tahniah ! Sedap ye kena angin.

"Ais Kepal"




Sama je macam Air Batu Campur cuma beza dia ais ni dikepalkan. Aku makan part yang awal awal je sebab kurang manis. Bila start ais dah cair , kita pass dekat Wan jela untuk habiskan. Hakak tak makan manis manis ni dik. Kihkihkih. Padahal beli Ais Kepal ni pun lebih kepada sebab nak amek gambar konon ikut trend makan Ais Kepal. Lol !

Penang Road Famous Teochew Chendul

Aku bukanlah peminat makanan manis manis ni , so ini Wan yang punya. Aku tunggu dalam kereta je masa dia beli cendol ni. Sebab prince charming menidurkan diri dia. Konon penat kayuh basikal. Hahaha. Tapi cendol ni sedap , aku rasa sikit tapi sedap, Kurang manis , santan dia tu yang sedap. Pakai santan apa tahhhh.

"Teochew Chendul"


Restoran Kapitan , Georgetown

Absolutely mine !! Don't touch. Hahahaha. Yang ni memang menu wajib kalau aku masuk pulau. Ayam Tandoori dia tu , sumpah tak boleh tolak. Even sekarang ni tengah menaip pun aku dah telan air liur. Over. Hahaha. Ehhh memang tak tahulah nak cakap macam mana. Sedapppp baq hang. Rempah dia. Marbelessssssssssss. Setel makan , jari jemari pakej warna merah merah dengan bau lagi. Nyumppsss.

"Kapitan - Nan Cheese & Tandoori"



DAY 2

Transfer Road

Tempat wajib breakfast , dan setiap kali datang tu memang ramai orang. Tak pernah tak ramai. Tambahan pula ktorg datang quite late. Makanyaaa , tunggulah kau dekat situ semata nak dapat seat. Dengan Nadeem buat onar. Tahniah nak tahniah. Hahaha. Naseb baik ada suami yang hensem lagi bergaya nak jaga anak. Akakakaka. Mak dia sibuk nak melantak. Kalau lambat makan nanti Mommy jadi monster. Miahahaha. 

"Roti Canai Transfer Road"



Bangkok Lane

Lepas breakfast dekat Transfer Road , ktorg balik hotel pula nak settle barang nak checkout. Kasi Nadeem tido kejap so that dia tak tantrum (tapi harapan Mommy musnah , hurm). Still mengamuk juga masa Mommy nak melantak , how dare you Nadeem. Hahahaha. And again ada Daddy the superhero. Legaaaa iollsss. Boleh makan dengan tenang (selfish teruk). Kihkihkih. Wallahhhh !! Memang mantappp !! Digandingkan pula dengan hirisan limau nipis tu , meriah uollsss.

"Mee Rebus Extra Sotong"




Penang Ferry Jetty

Memandangkan masa masuk pulau ktorg pilih untuk naik ikut jambatan , nak keluar pulau ktorg pilih untuk naik ferry pula. Masa naik naik ferry tu Nadeem sedap tido , tapi biasalah Mommy Daddy over. Hahaha. Gigih kejutkan budak kecik tu , macamlah dia reti hargai moment-moment naik ferry. Wakakaka. 



So, thats it. Till then !

Thanks for your time , love ya people.


Monday, July 10, 2017

Mat Ri Ye !

Assalamualaikum & Hello.

Mat Ri Ye !! 

(Maafkanlah hakak , hakak pun nak juga feeling feeling hipstur macam budak budak sekarang). Hahaha !

Setelah sekian lamaaaaaa aku menghilangkan diri. Akhirnya harini aku rasa macam nak munculkan diri sikit je. Buat pengubat rindu korang semua dekat iollss. Chit !  

Banyak benda yang aku rasa aku terlepas sejak sejak tak blogging ni. Rasanya banyakkkk gila cerita korang korang yang aku dah tak tahu hujung pangkal. Hehehe. So , jyeah ! Aku akan try untuk catch up balik inshaAllah. Ni pun aku gigihkan diri untuk type entry guna handphone tahu tak. Semua kes blogger kena block dekat office. Whatde betullah. Hurm.

So , itulah dia. 

WELCOME BACK TO ME - MYSELF & I !


Ni aku dengan anak bujang aku yang sorang ni. Banyak gila aku hutang cerita membesarkan budak kecik yang banyak akal ni. Tapi. Itu nantilah aku try pelan pelan ingat balik everything. Hahaha. Maklumlah simptom mak mak ni , kuat benau pelupanyaaa. Kihkihkih.




Tahun kedua beraya tanpa Ayah , hurm. Memang perasaan nak raya tu pun tak berapa nak ada. Still. Huhuhu. Tapi yang hidup wajiblah meneruskan kehidupan sehari harian kan ? So , this is it. My familia ! My precious - my backbone - my everythinggg.

Tahun ni aku pilih nak warna kuning kononnya , sekali baju aku tak berapa nak kaler kuning. Katanyaaa Marigold Yellow. Hahaha. Hakak is pasrah. Janji raya perlu diteruskan. Kakakaka. Yang si Nadeem ni , tahun ni dah pandai buat perangai. Sebab tula gambar dia semua pandang handphone. Nak menengok Robocar Poli juga pagi pagi ghayeee. Sabar jela maknyaaaa. Songkok semua dicampaknya ketepi. Haih. Mujur ghaye , kalau tak kompom Mommy naik singa nak. Huhuhuuuuuuu.


Dan inilah keluarga kecil iollss. Hahaha ! Tengoklah muka Nadeem tu. Maneeeehhh sangat Mommy tengok nak oii. Rase nak lambung lambung je tengok muka benyek awak tu. Haih. Hahahaha.

Ape pun , aku ucapkannnn Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semuaaa yang sudi baca blog aku ni lagi. Sudi sudikanlah tinggalkan kata kata semangat untuk aku terus rajin dan rajin menulis macam sebelum sebelum ni. Gitchuuu ! 😘


p.s : ada lagi ke skill menulis ni ?? Hurmmm. Hancusss.


Thanks for your time , love ya people.

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah