Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, March 26, 2012

Type : General

General entri. Kalau ade yang terase minta maaflah ye. Hanya sebuah luahan rase yang terpendam. Aku - seorang manusia yang semestinya tidak sesempurna kau. Sebab tulah kau mampu berada dalam carta yang TERHEBAT. Baguslah untuk dirimu. Malangnya dengan berada dalam carta TERHEBAT tu tak bermaksud kau adalah manusia yang sempurna yang tidak pernah membuat kesilapan waima hanya sebesar hama. Ingatlah wahai manusia berbuat baik sesama manusia tiada ruginya.

Jangan terlampau mudah mengadili dan mendengar kata-kata orang. Mungkin mendengar itu boleh tetapi janganlah sampai termakan hasutan hingga alpa dan lupa siapa diri kau yang sebenarnye. Berhentilah menjadi manusia yang bertopeng yang di depannya baik manakala dibelakangnye ? Sudah menjadi lumrah alam bahawa manusia takkan mampu memenuhi kepuasan hati manusia yang lain.

Andai dengan menikam aku dari belakang mampu memberi kamu semua kebahagiaan dan senyuman. Alhamdulillah. Tetapi janganlah sampai sanggup bertaruh sesama kamu untuk sesuatu yang tak baik untuk diriku. Tetapi siapalah aku untuk menghalang kamu semua dari terus berkata-kata. Kerana mulut manusia takkan boleh ditutup seperti menutup mulut tempayan. Jika bercerita mengenai aku membuatkan kamu berasa tenang teruskanlah. Andai dengan membuka aibku jugak memberi kamu kegembiraan yang tak terhingga teruskanlah. Aku tak meminta untuk aibmu dibuka juga. Tetapi ingat "selalu diatas tak bermakne selamanye berada diatas."

Wangi , ya aku tahu kamu semua wangi-wangi orangnya, Tetapi apekah gunanya wangi itu andai hati kamu semua busuk bak bangkai di jalan raya ? Kenapa perlu bermanis muka andai di belakangku kau mengata dengan penuh bergaya. Wallahualam. Jangan cuba membetuli aku jika diri sendiri pown masih tidak dibetulkan lagi. Manusia ooo manusia.

Apa yang aku buat jika mempunyai masalah yang besar buat kamu semua. Aku minta maaf. Bukan niat menunjukkan bahagia. Tapi hanya ingin berkongsi bersama. Andai ada yang terasa over di sini sane. Aku minta maaf aku bukan manusia yang reti bersembunyi di balik bayang-bayang sendiri. Teruskanlah dengan apa sahaja yang kamu perkatakan. Sesungguhnya setiap bait kata itu adalah pahala buatku. Alhamdulillah. :)


p/s : pakailah bedak setebal mane , takkan mampu menutup selama-lamanya.


xoxo


- Cik Dabel N -




No comments:

Post a Comment

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah