Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Saturday, July 14, 2012

Alkisah skirt , hohoho

Hey readers , selamat berhujung minggu !!

Bile bace title entri kali ni sure ade yang ternganga , apekess pulak aku nak cerite pasal skirt sedangkan aku ni bertudung kannn ? Bagi sesiapa yang masih belum tahu ataupun tak pernah tahu. Dulu aku adelah seorang budak perempuan free hair yang sangat daring. Ehhh daring ke ?? Mane adelahh. Sikit2 je. :D  Dan alkisah skirt yang aku nak ceritakan kat korang ni based on true story. Iaitu alkisah aku sendiri.

8 years back , which is mase tu aku baru berumur 15 tahun or to make it shortly mase tu aku baru Form 3. Dan mase zaman aku tu yang tengah femes ialah Plaid Skirt. Ade yang scottish design and ade jugak yang jeans punye design. Dan sebagai budak KL kalau aku takde skirt tu macam ketinggalan zaman la jugak kowt. So make dengan itu , aku berjaye jugak untuk mengadekan 1 plaid skirt (jeans design).

Nak dijadikan cerita , ade pernah aku dengan 2 orang kawan aku keluar window shopping pakai skirt tu , bukan aku sorang ok. Tapi tiga-tiga. Hahaha. Macam bodoh je kalau diingat ingat balik. And aku tak berapa ingat samada aku keluar tu dengan budak lelaki sekali ataupun ktorg bertiga je. Tapi yang aku ingat aku nyaris kene tibai dengan kerusi kayu dekat sekolah gare-gare pakai skirt tu. Haaaa seram kannn~

Kenape aku nak kene tibai pon sampailah sekarang ni aku tatau kenape. Maybe sebab ade sorang budak perempuan ni bercerita dekat sorang budak laki ni kisah ktorg berkeliaran dengan pakai skirt sependek itu. Tapi yang pelik tah apehal member laki aku tu nak bengang macam bodoh. Yang best bengang dengan aku sorang je. Nak tibai aku sorang je lak uh. GILE !! Hahaha. Tapi naseb baiklah ade penyelamat which is kawan-kawan aku. Kawan aku tu menepis kerusi kayu yang nak hinggap kepale aku tu daripada menghempuk pale dan mengeluarkan otak aku daripada dalam tempurung.

Errkkk. Mesti korang nak tau skirt tu pendek camne kannn sampai macam teruk je kesnya ?? Meh aku bagitau korang. Korang pernah tengok poster cite MEAN GIRLS tak ? Yang Lindsay Lohan berlakon tu ??? Kalau korang ingat poster die camne. Haaa macam tulah skirt aku. Hahahaha. Kalau korang rase korang tak ingat. Sile tengok gambar di bawah. :D


* Haaaa cecube tengok skirt yang warne pink yang tengah-tengah tu , haaa sejiban skirt aku tu. Bezanya skirt aku tu jeans je. Hahahaha. *


p.s : Lawak kannn ? Tapi tula sampai la ni terus insap. Hahaha kalau tak mau kene hempuk ngan kayu lagi lah jawabnye. Tapi bukan dengan kawan aku tapi mau kene hempuk dengan bapak aku. Hahahaha.




xoxo




- Cik Dabel N -


No comments:

Post a Comment

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah