Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, July 13, 2012

Choose it wisely , :)

Hey readers , salam Jumaat !

Entry yang kedua untuk harini ye kawan-kawan, actually banyak bende yang aku nak cakap tapi aku sendiri pon tak tau nak cakap macam mane. Banyak bende yang lalu dekat kepale hotak aku ni dan sepatutnya aku tak payah nak pikir pon. Just terkilan. Ya. Itulah perkataan yang sesuai untuk aku sinopsiskan perasaan aku sekarang ni.

Ape yang aku terkilan sangat tu ? Terkilan sebab sesuatu yang bagi aku sepatutnya dah habes dan dah tak payah disebut-sebut lagi. Tapi rasenye orang kat luar tu masih lagi mensensasikan hal-hal ni dan yaaa ia naik lagi sekali dan menjadi drama terbitan ke2. Miahaha. Dan nampaknya seperti tiada berpenghujung. Minta maaf andai aku terpaksa menulis benda yang same lagi , bukan sebab aku suke tapi sebab masih ade yang permintaan untuk kisah ini diulang tayang kembali. 

Anda ye anda , antara aku dengan kau. Cerita ilusi optik kite dah habes , DAH TAMAT. Dah takde point dan dah takde contents untuk diceritakan dah. Tapi kemusykilan masih merajai hati ni. Kenapa kau masih tidak cube untuk berhenti. Ulangkali aku dah cakap TOLONG TERUSKAN HIDUP JANGAN SEBUT NAMAKU. Barangkali kau masih tidak pasti nama yang disebut itu adelah namaku ? Sampai terngiang-ngiang kembali di cuping telingaku yang namaku masih lagi meniti di bibirmu. Apakah ini semua ? Adakah kerana terlalu fanatik dan terlalu taksub sehingga menjadi begini ?

Tidak perlu memburukkan , tidak perlu mengaibkan. Dan tidak perlu menokok dan menambah segala bahan perasa hanya untuk menyedapkan bual bicara. Tidak perlu dikatakan diriku ini terlalu buruk di hadapan semua orang , kerana kebenarannya hanya mereka yang betul-betul mengenali diri kau sahaja yang tahu. Barangkali masih ade yang terpedaya dengan kata-kata kau yang semanis gula-gula. Tapi alhamdulillah aku sudah terlepas daripada terus diperdaya.

Mungkin suatu masa dulu kau pernah menjadi kawanku , kau pernah menjadi sahabatku. Tetapi kenapa mesti aku terus simpan sahabat yang berpura-pura di depan muka aku ? Kenapa mesti perlu aku terus simpan sahabat yang memang daripada awal telah merencanakan sesuatu untuk aku ? Kenapa aku perlu simpan sahabat yang pandai mereka cerita dan membuatkan aku hanya tahu untuk berburuk sangka dengan orang lain disekelilingku ? Tidak perlu lagi untuk aku terus menipu diri aku sendiri dengan bersahabat dengan orang macam kau. Tiada apa yang aku rugi kiranya aku tidak bersahabat dengan kau.

Dan ooohhh sekarang barangkali kau tengah mengira berapa ramai kawan-kawan kau yang kau kenalkan dekat aku dan terus kekal menjadi kawan aku walaupun aku dan kau sudah tidak sebulu ? Minta maaf , berkawan bagi aku adelah universal. Sesiapa sahaja boleh berkawan dengan sesiapa sahaja dan bukannya dikawal oleh hujung jari kau. Dan aku tidak perlu rasa bersalah kerana berkawan dengan kawan-kawan kau sebab bagi aku lebih ramai kawan lebih bagus daripada kau yang kerap kali mengira musuh di dalam selimut. :)

Dan apabila bercakap mengenai kawan , tidak mustahil kau telah mengaibkan aku seperti mana kau mengaibkan "kawan-kawan baik" kau padaku suatu mase dulu ? Mungkin maruah aku sekarang telah ditelanjang bulatkan oleh kau ? Tak mustahil semua itu bukan ?? Tak mengapa. Teruskan bercerita kerana hanya mase menentukan segala-galanya. Ape-ape pon aku harap kau rase sangat gembira dengan ape yang kau tengah buat sekarang ni.

Lagu untuk hiburan harini : Ruhil Amani - Kawan

Kawan... apa erti sayang
Jika hati tak senang
Kawan... apa erti kasih
Jika kau tersalah pilih


p.s : untuk kawan-kawan dekat luar sane , jangan salah pilih kawan kelak memakan diri sendiri. macam aku sekarang ni. belajar dari kesilapan.

p.s : makinku diam makin lantang kau sebarkan , hinanya diriku disisimu. :)


xoxo



- Cik Dabel N -

No comments:

Post a Comment

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah