Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, July 25, 2012

Raya ohh Raya , HEHE !!~

Hey readers , Alhamdulillah sudah Ramadhan ke-5 !!

First and foremost aku nak kate yang entri aku pasal Raya ohh Raya , HEHE !!~ ni adalah version yang kedua sebab entri aku yang ni dah selamat hilang daripada dashboard. Tah apa penyakit tah boleh tertukar sendiri pulak entri ni. Sangad rase nak naik darah dan naik angin je sekarang ni. Pfft !!!~ Ape pon kepada yang dah bace entri ni pade petang tadi sorry lah ye kalau version yang malam ni agak lain sikit , sebab ayat-ayat petang tadi semua da takdo. Kene amek ilham baru. Hohooo. Sooo , let's begin !!

Macam yang korang perasan , entri aku yang previous dekat introduction ade aku selitkan sikit pasal HARI RAYA. Bile kite cakap pasal raya , banyak bende yang ade dalam kepala otak kite kan ?? Betul ?? So meh aku cerita sikit mikit pasal semua ni. Tapi bukan cerita untuk zaman sekarang. Tapi cerita zaman beraya di kala umo muda remaja. Aauuchhh !!~

Mase aku kecik-kecik dulu BAJU RAYA boleh dikatakan bende yang paling awal dibeli. Dari bulan puasa tau baju-baju raya tu dah siap dibeli. Kemainnn banyak kaler plak tu , daripada kaler hitam sampailah kaler pelangi. Orang kate daripada raya sampai habes raya pon belum tentu habesla dipakainye semua baju tu. Hahahaha. Bile orang kate pasal baju raya. On the spot yang terlintas ialah SOGO dan Jalan TAR. Hahaha. Daripada aku kecik sampailah ke dewasa ni 2 spot ni memang yang terbaiklah untuk mak-mak melabur sebelum hari raya. Yolah mak-mak ni kan kalau tang raya je habes semua dia nak tukar , daripada langsir , alas meje dan sebagainyalah nak ditukarnye. Kalau boleh rumah tu kasi roboh and buat balik semata-mata sebab raya. Haaaa. (Nampak kannn betapa kaum HAWA ni bersungguh meraikan hari raya. Hahahaha.)



* Tu diaaaa , banyaknya pilihan baju raya. Yang mana satu pilihan anda ? Ampunn !! Gambar-gambar baju raya ni je yang aku rase menarik hati. Yelah ni kan dah tahun 2012. Takkan aku nak sumbat gambar baju raya tahun 1968 pulak kannn~ *

Ohkeh selesai cerita pasal BAJU RAYA , jom kite masuk pulak chapter DUIT RAYA. Bile kite cakap pasal duit raya , semestinya semua orang pernah dapat duit raya kannn ?? Tipulah kalau kate tak penah dapat. Even 50sen pon tetap duit raya okehh !! Dan bila raya inilah part yang aku paling suke. Hoyeahh!!  Tapi ni semua dulu jelah sebab since aku dah menjadi wanita bekerjaya ni akulah pulak yang kene godek ATM/Wallet dan Tabung bagi mencari dana untuk memberi duit raya dekat kezen2 dan anak buah aku.


* Bukan sampul yang jadi ukuran tapi nilai duit dalam sampul tu yang jadi kayu pengukur. Miahahaha. *

Bile kite cakap pasal duit raya , mesti ade trademark yang korang takkan lupe kannn ?? Macam aku , trademark kutip duit raya yang takkan aku lupe sampai bile-bile ialah :

" Assalamualaikum , kami datang nak raya. "

Masa sebut je trademark tu mesti ade pintu-pintu yang terbukak luas tu macam nak tertutup kannn !!~ Tak kurang jugak rumah yang memang pintu tak bukak dan-dan lah mutekan TV. Hahaha. Tapi zaman aku dulu semua orang baik je sebab layan ktorg datang beraya walaupun ktorg budak-budak.

Nak dijadikan 1 cerita , aku pernah pergi raya rumah tokey bunga api + mercun. Dengan harapan ktorg dapatlah collect income banyak sikit sebab rumah tokey kannnn~ !! So masing-masing pon dengan hipokritnya makanlah makanan yang dihidangkan. Padahal sebelum tu ktorg dah minum - makan - makan - minta diri dekat rumah sebelah. Tapi disebabkan rumah tokey bunga api + mercun ni ktorg gagahkanlah jugak perut yang dah kembung ni untuk buat steps diatas tadi lagi sekali. Dannnn bile time nak minta diri tu. Yesss !! Semua muka nak teruja berbunga-bunga. Tapiiiii !!! Bile salam je. Tengok-tengok RM 0.50 je !! Ohmaigodd. Hanco lebur hati menjadi keping-keping hati menyembah bumi. Udohle tak bersampui , ringgitnye pon besar benorrrr. :D


* Inilah contoh duit raya yang aku dapat tu , ade yang dapat 50 sen sekeping tu dan ade jugak yang dapat 20 sen 20 sen 10 sen (akulah tu). Hahaha. Nilah yang orang kate indah khabar dari rupa. Miahahaa. *

Tamatlah sudah kisah duit raya , dan masuklah pulak kite ke dalam cerita MERCUN RAYA !! Hooo. Aktiviti yang aku tak pernah miss masa puasa/tengah raya/habes raya ialah main bunga api. Sebab aku tak reti main mercun. So , aku main bunga api jelahhhh. Hahaha. :D Tau tak bunga api dan mercun ni ade banyak jenis. Kalau tak percaya bolehla tengok gambar dekat bawah ni.



* Haaa tu diaaa , bukan baju raya je yang banyak pilihan. Mercun dan bunga api pon same jugakkk !! Mesti yang dalam banyak-banyak ni ade yang korang pernah main kan ? Silap-silap semua korang pernah cube main kannn~ Jangan tipuuu. Dosaaaa. Tapi yang aku musykilkan apekah kaitan ubat nyamuk dalam gambar tu ?? Adekah boleh membakar bunga api/mercun ?? :D *


 * Ini dia mercun KETUPAT , name je macam makanan tapi ni bukan makanan. Jangan ade pulak yang try nak makan. Alamatnye ade yang tertelan karbait. Hahahaha. *


* Ini pulak mercun BOLA , bukan cekelat bola mahupun ROKA. Kita masih lagi berbual pasal mercun okehh kawan-kawan. :) *


* Last but not least , satu satunya mercun yang aku reti main sebab takdelah bahaya mana. Namanya POP-POP , lagi sekali diberitahu bahawa ini bukan eskem POP. Tapi ini mercun mengandung karbait !! Cara nak main : Baling je dekat mana-mana permukaan keras dan kering. Jangan pulak korang baling dekat abang/kakak/adik/mak dan sape-sape jelah. Kang kalau ade yang makan penampo sulung bukan salah aku. Hahaha. *

Tula dia sedikit sebanyak yang dapat aku kongsikan dengan korang semua pasal raya. Actually ade je lagi yang nak aku taip tapi entri ni pon dah terasa dah kepanjangannya. So , lain kalilah ye aku tulis pasal KUIH RAYA pulak. Kalau aku tulis sekarang kang ade pulak yang buke puasa sebab terliur tengok kuih-kuih tu. Hahaha. :))


p.s : teringin nak tau cerita korang semua dan raya , semestinya berbeza dengan akukan ?? So , ape lagi. Menaiplahh dan hantarkan link tu kat sini. So aku bolehla bace. Hahaha. :p


Gambar-gambar yang aku selitkan di atas adalah ihsan Encik Gugel !! 


Selamat malam semua , tenkiu for reading !! 




xoxo





- Cik Dabel N - 

2 comments:

  1. ubat nyamuk tu tok bakar mercun la cik nurie .. klu x de lighter . bdk2 dlu mne pegang sgt lighter an . bdk2 skrg je dah pndai berjinak dgn rokok dlm usia setahun jagung . cer try bakar mercun pakai ubat nyamuk tu ..

    ReplyDelete
  2. Hahaha macam tak reti je , boleh eh ? Hahaha. Dasat gak eh. Ingat pakai lighter je. Miahahaha.

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah