Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, July 30, 2012

Welcome to Perak : Seri Iskandar & Bota & Titi Gantung , HEHE !!~

Hey readers , 2nd entri untuk harini insyaAllah !

SERI ISKANDAR

Actually entri ni aku taip sebab aku teringat kenangan-kenangan aku mase dekat Perak dulu. Buat ape pulak aku dekat Perak ? Pada yang tak tahu aku ni bekas budak UiTM Seri Iskandar. Selama 3 tahun kat sane , mane je tempat yang aku tak pergi ? Actually untuk entri part 1 ni aku nak cerita pasal Seri Iskandar dulu dan sekarang.


Banyak ke perubahan yang dah jadi dekat sane ? Wallahualam sebab aku pon dah tak jejak kaki kat sane. Tapi hasil riki-riki maklumat dengan memember. Seems like Seri Iskandar is no longer tempat jin bertendang. Hahahaa. Ape perubahan yang dah jadi ??

Okeyh let me see , dulu zaman aku study - tempat nak beli barang-barang keperluan adelah Pasaraya Halida dan Pasaraya Rahmath. Tu je yang ade okeh. But now , dengar khabarnya dah ade Tesco dekat sane. Kemainnn kannn~ Mesti muke-muke budak UiTM je melepak kat situ , kalau tak pon mesti muke budak-budak UTP. Tapi selalunya budak UTP tak lepas Seri Iskandar , dorang straight terus ke Ipoh. Hohoho.





Gambar 1 : Pasaraya Halida (nearby Petronas)
Gambar 2 : Pasaraya Rahmath (ade banyak cawangan)
Gambar 3 : Tesco kebanggaan rakyat Seri Iskandar

Pasal fastfood pulak , hanya Kfc je yang ade okeyhhh , tapi tu pon mase aku nak dekat final semester baru nak ade. Sebelum adanya Kfc tu ktorg selalunya akan ke Batu Gajah since tu je nearest Kfc , sampai-sampai kampus pon ayam dah sejuk beku. Mase Kfc baru bukak dekat Seri Iskandar tu masing-masing sangatlah jakun okeyh. Sikit-sikit nak pergi Kfc dekat Bandar Universiti , macam dekat KL dah takde Kfc. Tapi itu sangad membanggakan okeyh bagi kami penduduk kawasan tersebut !! Tak lupe jugak dengan kehadiran kedai Ayamas. Haaa. Dapatlah jugak ktorg hilangkan kempunan nak makan roasted chicken. Dan sekarang khabarnya McDonalds pulak akan dibuka di Seri Iskandar. Wowiee !!~ Sangad jelly ok , sebab time aku dulu ktorg kene sewa kereta semata nak makan Mekdi. Mekdi yang terdekat pon dekat Ipoh tak pun dekat Manjung. Haaa bayangkan aku dengan member aku pernah merempit pergi Manjung semata nak makan Mekdi ? Kau nampakk tak betapa membangunnye Seri Iskandar sekarang ???



Gambar 1 : KFC yang bersebelahan dengan maple tempat aku lepak dulu. Al Bayan name maple tu. Hahahaa. :D
Gambar 2 : Mcdonalds yang under construction (betul ke salah Seri Iskandar nak ade Mekdi ?? sebab aku pon dapat jawapan hasil gugel aje.)

Next is , hotel yang ade dekat Seri Iskandar. Zaman aku study tu pon hotel tu tengah construction lagi. Tapi signboard je yang naik paling awal. Hahaha. Pon salah 1 kebanggaan rakyat Seri Iskandar ok sebab before ni yang femes hanyalah homestay. Now dah ade hotel , kire upgrade r sikit. Hahaha. Hotel Putera Seri Iskandar kalau tak silap aku name hotel tu.


Gambar : Berdepan hotel ni ade kedai makan kalau tak salah aku , takut dah demolish pulak. Hehehe. Deret dengan hotel ni pon ade Klinik 1 Malaysia (klinik yang aku selalu g , kengkonon nak MC tapi hampehhh).

Tempat lepak ? Semestinya la kedai mamak a.k.a maple , sebab murah lagi berpatutan plus ade WiFi so bolehla buat grup discussion. Kannn !!~ Banyak gaklah kedai mamak dekat Seri Iskandar tu tapi takdela sebanyak dekat KL ni. Antara port-port kegemaran ktorg semua : Rahmath , Rahman Corner , Al Bayan. Kalau kedai melayu pon banyak jugak , antaranya : Madina , Lanz Cafe , Deli Corner , TG Corner dan sebagainya. Sorry la , gambar-gambar kedai makan ni takde la pulak. Takpe nanti once aku pergi jejak sane balik aku snap dan update dekat entri ni ok ?

BOTA

Tadi aku dah story sedikit sebanyak pasal Seri Iskandar , now da masuk zone BOTA pulak. Takde ape pon aku nak cerita pasal Bota ni , just nak bagitau yang Bota ni terbahagi 2 iaitu Bota Kiri dan Bota Kanan. Dekat Bota ni yang femes pon hanyalah kedai jual satay ataupun lebih dikenali dengan nama Satay Bota. Ktorg dulu kalau teringin nak makan satay , memang kat sini la portnya. Hehehe. Sebab murah & rasanya pon sedap. Tapiiiii kene queue yang panjang okeyh !! Plus kalau lambat habes. Kiranya sape cepat die dapatlah. Hehehe. 



Gambar 1 : tengok betapa panjangnya orang beratur semata nak beli satay. Huhuhu.
Gambar 2 : Harga dalam list ni tataulah valid lagi ke tak sekarang ni. :)

Next , Restoran Hamizi Selera Utara , lauk pauk die sangatlah banyak ok ! Rasenye pon sedap. Ade ikan bakar jugak. Hanya bukak untuk makan tengahari je. Same macam satay bota jugak , sape cepat dia dapat makan. Kalau idok ? Nganga jela. Hahaha.



Gambar 1 : Lauk pauk kampung , hidangan untuk tengahari.
Gambar 2 : Terpampang beso name kedai , yang bestnya kedai ni tepi bendang !! :DD

TITI GANTUNG 

Station berikutnya , Titi Gantung. Untuk ke Titi Gantung lalu Bota terlebih dahulu. Terima kasih. Hahaha. Okeh guys , again kedai makan lagi yang aku nak tunjuk. Dekat Titi Gantung ni takde ape pon actually , rumah kampung adolah. Haaa tapi jangan ingat macam nothing pulak. Kat Titi Gantung ni ade kedai jual desert yang diberi nama Bubur Perak. Kedai ni owner dia adelah family angkat aku mase study dekat Seri Iskandar dulu. Sekarang ni Bubur Perak dah ade 2 cawangan okeyh. Dah membangun dah la orang kate. Tahniah Pak Cik , Abang Man , Muqit and Udin. Kat kedai ni ade jual banyak jenis manisan yang korang boleh pilih mane 1 korang nak. Semuanya bestt !!~




Gambar 1 : Bubur Perak branch yang pertama.
Gambar 2 : Varieties of bubur boleh korang dapat kat sini. Semuanye punn sedap dan murah pulak tu.
Gambar 3 : Bubur Perak branch kedua.
p.s : Rindu pulak nak minum air mangga susu dekat kedai Lanz Cafe , nak minum ais jagung extra susu dekat Bubur Perak , nak makan makanan kampung dekat tepi bendang , nak beratur beli satay. Semuanya nak buat. Sebab semuanya pon bestt !! Nyumnyum :P



xoxo




- Cik Dabel N -

19 comments:

  1. terubat rindu baca kisah bota di sini..

    ReplyDelete
  2. Cho Zila : hihi. sebab rindukan bota lah ada entry ni. :)

    ReplyDelete
  3. seri iskandar dah ade Mcd..now tgah nk bukak Billion dekat sidec + cinema. tp wayang tu dpt bantahan dr penduduk sidec. so maybe ada Billion saja. :)

    do visit me. :D
    http://lifeisacompactcase.blogspot.com/2013/03/ten-ways-to-have-good-day.html

    ReplyDelete
  4. Cik Cumie : Wahh ! Yeke. Majulah sidec lepas ni. Sempat merasa KFC je masa kat sana dulu.

    InsyaAllah will visit you. Do follow me. :)

    ReplyDelete
  5. Saya penduduk semasa seri iskandar. Boring lahh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi sebab setiap hari kat situ bosanlah.
      Kita ni dah lama tak pergi sana , rindulahhhh. :D

      Delete
  6. sekarang dah maju.dah ada wayang, karaoke, chicken rice shop, pizza, tutti fruti.aih byk la.hahaha next comioing bowling lak katanya.huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha itulah , haritu lalu ada Tesco dekat Seri Iskandar tu. Dah lain dah. Dasat ! :D

      Delete
  7. Kfcpn dah tukar tempat dkat sebelah tesco. Lg besar dari dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke ? Serious ? Wahhh ! Lama dah tak pergi sebenarnya. :D

      Delete
  8. masuk mekdi sume budak uitm..hahaa. lagi2 malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Kan ! Mesti tengah bercinta tapi acah acah study. Hahahaha. :P

      Delete
  9. saya orang indonesia :)

    kunjungi : http://miptah0820.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. skrg dah ada billion.. siap wayang lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertahun da berlalu semestinya makin maju. ^_^

      Delete
  11. Salam..saya pelajar 2015/2016 uitmsi. xD Billion dah ada bowling.Ye,McD dah wujud.Kira oklah..billion bukn stakat bowling,game arcade,cinema. :) ye si sudah semakin maju

    ReplyDelete
  12. BELAJAR ALQURAN/MEMBETULKAN MAKHRAJ SEBUTAN HURUF DI SERI ISKANDAR, PARIT, BOTA. KELAS AKAN DIADAKAN SECARA PERSEORANGAN UNTUK LEBIH BERKESAN. SILA HUBUNGI
    NO TEL : 0137416485 ( UST MUIZ SHOAIB)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah seri Iskandar sebuah bandar yang maju di perak tengah. homestay pun banyak, time konvokesyen nak cukup2...Alhamdulillah rezeki allah

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah