Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, August 8, 2012

Habit dan aku !~

Assalamualaikum dan hey readers/followers.

Harini aku nak cerita pasal habit aku yang terbawak-bawak daripada aku kecik sampai la ke beso panjang ni. Oh yaaa bagi yang tak tahu habit tu apa. Habit ialah suatu kebiasaan ataupun tabiat. Korang ada tak habit yang pelik + jelik ?? *jangan nak kata takdelah , sure ada kannn~*

1) Habit gigit kuku !~

Okeh dulu aku sangat-sangatlah suke gigit kuku , tatau la kenapa. Nak kata stress macam musykil je. Takkan daripada kecik lagi dah stress kannn. Ape diva sangat ke hidup ko ? Tapi berjaya diberhentikan. Sebab selalunye tangan ni mesti kene cepuk bile dah start mengigit macam tikus. Hahaha. Lagi 1 ayah aku pernah takutkan aku. Dia kata :

" Gigit la kuku tu , nanti kuku tu merajuk dah taknak tumbuh padan muka. "

Masa tu gerun la kann mendengarnya. Sape nak kuku buruk cam kat bawah ni. Sooo , maka dengan itu aku pon berhenti dengan jayanya. :DD


2) Habit mencabut rambut !~

Ohhh , ni sampai sekarang masih tak terawat. Suke sangat menarik/mencabut rambut. Hahaha. Sampai bersepah-sepah kat atas lantai bilik tu dengan rambut (tak kira dengan rambut gugur lagi). Actually kesan daripada cabut/tarik rambut semestinya BOTAK. But sekarang ni , sejak berhijab aktiviti ni agak terkawal la SIKIT. Sebab takkan dalam tudung pon kau nak main cabut cabut rambut kannn~

Kalau korang nak bayangkan camne aku main tarik/cabut rambut , haaa macam gambar bawah ni la. Hahahaha.


Sikit haribulan kalau aktiviti ni diteruskan dengan giatnya , bolehla jadi camni :


3) Habit baca surat khabar daripada belakang !~

Haaa , tabiat aku yang satu ni aku pon tatau ape punca. Tapi memang aku suka sangat baca surat khabar daripada belakang. Ramai orang kata selalunya tabiat membaca surat khabar dariapa belakang ni selalunya dijumpai dekatorang lelaki je Maybe disebabkan dorang bace artikel pasal sukan terlebih dahulu instead of berita-berita utama. Tapi dalam kes aku ni pulak acane citenya yop ?? :DD

Naseb baiklah aku takde tabiat macam kat bawah ni , hahahaha.


4) Habit dengar lagu kuat-kuat !~

Jyeahh !~ Ni yang paling aku suka. Kalau pakai earfon tu habes kuat aku pasang volume. Sampai orang panggil pon aku takde respons. Hahaha. Ape nak buat. Dah name pon habit. Kannn~ Belum kira habit aku bila merajuk , bila merajuk + terasa + taching masa aku kat luar daripada rumah. Aku mesti grab Ipod merah aku tu and sumbat earfon kat dalam telinga. Hehehe. Lepas tu pasang kuat-kuat macam biasa. Huyeahh !! Itu sangat heaven okeyh. Sebab lepas tu korang semua ibarat cakap dengan dinding , dan aku sangat puas hati dapat buat macam ni.


5) Habit bermain SUDOKU !~

Ni semua orang yang pernah kenal aku masa zaman aku duduk UiTM dulu mesti tau pasal habit aku yang satu ni. Hehehe. Sudoku tu apa ? Sudoku tu 1 permainan berdasarkan logik juga dikenali sebagai Number Place di Amerika Syarikat. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal Sudoku , sila klik sini. Dulu aku mengalami ketagihan yang agak teruk dengan permainan ni. Sampai aku sanggup berhabeskan RM RM yang aku ada untuk beli buku Sudoku ni. Dan sila bayangkan macam mana aku boleh hangkut buku Sudoku ni ke mana-mana je aku pergi. Sampai ke dalam kuliah pon aku sempat lagi berSudoku. Hahaha. *Sila jangan cuba aksi berbahaya ini*. :DD



Tulah dia sedikit sebanyak habit aku. Habit baru + habit lama. Hahaha. Korang pulak macam mana ??


p.s : actually habit ni ada buruk ada baiknya , so pikirlah yang mana baik dan yang mana teruk. kalau yang baik-baik tu bolehla diteruskan jadi habit. kalau yang tak berapa baik tu , bawak-bawaklah tinggalkan. :DD


xoxo


No comments:

Post a Comment

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah