Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, August 8, 2012

Renungan ke-2 di bulan Ramadhan , Mood : Insaf !~

Assalamualaikum and hey readers !!

Actually aku baru perasan jam dah pukul 12.19 tengah malam. Huhu. Dannn aku masih belum tido walhal besok kena kerja. Ni semua gara-gara aku baru terasa macam nak menaip sesuatu untuk renungan semua orang di bulan Ramadhan yang mulia ni. Renungan apa ?? Semestinya renungan pasal hidup !!~ 

Okay guys , dalam hidup ni kita akan menempuhi pelbagai dugaan dan halangan. Yang menjadi kunci adalah samada kita kuat atau tak , kita positif atau negatif dalam menghadapi dugaan tersebut. Macam yang semua orang tahu hidup ni bukan sesuatu yang boleh kita buat main-main dan pandang sebelah mata. Sebab apa ?? Sebab kita takkan boleh memutarkan balik sesuatu masa tu mengikut kehendak hati kita. Apa korang ingat korang ada laci doraemon ke nak patah-patah balik masa ke zaman dinosaur ?? Hahaha. 

Bila kita cerita pasal hidup tentu-tentulah kita akan cerita pasal membuat keputusan. Mungkin bagi kita bila kita dah buat sesuatu keputusan tu (tak kiralah keputusan positif/negatif) , kita rasa keputusan kita tu betul dan InsyaAllah takkan menyusahkan mana-mana pihak. But who knows , benda yang kita buat tu actually memakan diri kita sendiri dalam sedar ataupun diluar sedar. Sebab tulah pentingnya to think pro & cons dalam membuat sesuatu keputusan. Sedangkan bumi ni pun bulat apatah lagi hidup kita , kadang-kadang dekat atas kadang-kadang dekat bawah , kadang-kadang nasib kita baik kadang-kadang nasib kita kurang baik.

Semestinya semua orang tahu yang dalam dunia ni tak semua benda semudah ABC , kalau semua benda senang buat apa kita ada ketua untuk membimbing dan buat apa kita ada undang-undang ??. Semestinya , sebab hidup kita ni bukan semudah ABC untuk dipandang remeh dan dibuat tak port. Disebabkan tulah banyak manusia tersalah dalam percaturan hidup mereka.

Realitinya orang akan kata tiada manusia yang sempurna dan tak pernah buat silap dan tersalah langkah. YESSS !! Memang manusia itu selalu buat silap dan tak terlepas daripada membuat waima 1 kesalahan. Dan sebenarnya daripada kesilapan dan kesalahan itulah sebenarnya kita belajar apa itu ERTI HIDUP (ini bukan lagu Dayang Nurfaizah okehhh.)

Kalau kita tak pernah buat salah , kita diibaratkan seperti orang yang tak pernah belajar apa-apa pon. Contohnya : budak kecik kalau dorang buat sepah pun dorang kena marah kan ? So , bila dah kena marah banyak kali takkanlah dorang nak buat salah lagi kann ??. Sama jugak dengan orang dewasa. Cara belajar tentang hidup yang terbaik adalah dengan belajar daripada kesilapan yang dah kita buat. Tapi jangan pulak bila kita dah buat silap tu tapi belajar daripada kesilapan 5 minit je dan lepas tu buat balik kesalahan yang sama. Baik tak payah belajar kan ??

Tapi kalau kita tak belajar daripada kesilapan , nanti yang akan merana diri kita sendiri jugak. Yang akan susah diri kita sendiri jugak. Tapi tu kira oklah sebab yang susah semuanya diri sendiri. Macam mana pulak kalau kesannya melibatkan orang luar ?? Melibatkan lebih ramai orang ?? Sudah tentu itu menyusahkan orang kannn~ So , berfikirlah sebelum bertindak dan buatlah keputusan dengan berfikir apa yang akan jadi nanti. Fikirlah apa yang akan terjadi akibat daripada keputusan yang diambil tu. Jangan hanya berfikir untuk apa yang akan jadi harini je. Kelak nanti , menyesal !! Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya. :)

Sekian untuk renungan kita bersama , insyaAllah kalau ada apa-apa lagi yang aku nak kongsikan aku akan update lagi. Bersyukurlah dengan hidup anda yang masih baik ini. Fikirlah bagaimana pulak dengan nasib orang yang tak berapa baik seperti kita gara-gara perbuatan diri sendiri. :))



p.s : entri ni untuk bagi kesedaran je , plus melalut sikit. Heee. Maaf mood entri ni serious. Ngeee !~


xoxo



No comments:

Post a Comment

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah