Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, August 3, 2012

Welcome to Perak : Batu Gajah - Ipoh , Ngeee !!~

Hey readers , its already 2 weeks in Ramadhan , Alhamdulillah !!

Dalam previous-previous entry aku , aku ade cite pasal macam-macam tempat kat dalam Perak but tu yang dalam ingatan aku sepanjang 3 tahun aku dekat sana.

BATU GAJAH

Kellie's Castle !!

Dalam Perak ni , kalau korang sebut Batu Gajah je. Sure takde bende lain yang akan terlintas except Kellie's Castle. Bagi korang yang tak tahu. Kellie's Castle ini ialah sebuah istana lama dan khabarnya istana ni berpenunggu okeh. Tapi aku tak dapat nak katakan YA atau TIDAK sebab masa aku berkunjung kat sini dulu takdela terjumpe objek-objek pelik melintas ke terbang ke terjah ke. Meh sini aku share sikit sejarah Kellie's Castle ni dengan korang. Sile scroll bawah.

Sejarah Istana Kellie (Sir William Kellie Smith)

William Kelie Smith di lahirklan pada 1 Mac 1870 di Dallas, Scotland dan berhijrah ke Malaya ketika itu berumur 20tahun untuk mencuba nasib di sini. Pada tahun 1905 beliau mendirikan Rumah Kellas, dan pada 1909 batu asas kedua untuk istana ini di dirikan atas dasar kasih sayang beliau pada isterinya.

Di katakan beliau menggunakan khidmat pekerja dari Madras seramai 70 orang dan bahan binaan utama seperti batu-bata dan juga marmar di import dari Italy. Banyak tragedi berlaku ketika pembinaan istana ini dan ramai pekerja binaan terkorban akibat penyakit ganjil ketika itu dan memaksa beliau mendapatkan pandangan alternatif dari segi spiritual. Mengikut nasihat dan kepercayaan dari ilmuan India, Tuan Kellie mesti membina sebuah kuil untuk mententeramkan tuhan mereka.

Menurut dari pembacaan saya di beberapa artikel internet, penyakit misteri yang di maksudkan itu adalah "Spanish Flu" dimana flu ini dengan mudah merebak dari Europe ke benua Asia. Tuan Kellie meghabiskan banyak wang ringgit dan kekayaannya untuk pembinaan rumah ini namun tidak juga berjaya di siapkan kerana perang dunia pertama meletus dan memperlahankan proses pembinaannya.

Istana ini mempunyai menara setinggi 6 tingkat dan mempunyai acra Moorish yang banyak dan mempunyai seni ukir Greco Roman. Pada tahun 1926 Tuan William Smith Kellie pergi ke Lisbon Portugal untuk lawatan singkat ke sana namun dia meninggal dunia akibat radang paru-paru. Isteri beliau di Malaya sangat sedih dan kecewa lalu dia berhasrta untuk balik semula ke Scotland dan menjual bangunan ini kepada sebuah syarikat British bernama Harrisons and Crossfield. Istana ini tidak siap hinggalah ke hari ini dan ada lagenda mengatakan roh hantu tuan Kellie sentiasa berlegar di beberapa tempat di istana ini. Selain itu trerdapat leganda mengatakan terdapat terowong rahsia yang menghubingi kuil yang berhampiran dengan istana ini.

Hal ini diperkukuhkan lagi dengan berita penemuan terowong pada Jun 2003 ketika projek pembesaran jalan di lakukan di sepanjang 6 kilometer Gopeng-Batu Gajah, pekerja pembinaan secara tidak sengaja tergali sebahagian terowong yang dipercayai menghala ke kuil Hindu berhampiran. Ia dijumpai ketika pekerja excavator tergali struktur kayu bawah tanah, pihak muzeum ketika itu tidak memberikan apa-apa pengesahan namun berjanji akan melakukan siasatan lanjut.

Sejarah bagaimana Tuan Kellie berjaya di sini adalah ketika beliau berhijrah ke Malaya di usia 20 tahun itu, beliau berjumpa dan berkenalan rapat dengan kontraktor bernama Alma Baker di Pulau Pinang, Alma baker adalah kontraktor ladang di Kinta dan Tuan Kellie membantu beliau membina jalan awam di Selatan Perak, serta menjadi rakan kongsi Alma Baker dan membeli 960 ekar tanah di Daerah Kinta untuk menanam pokok getah, kemudian estet itu dinamakan sebagai Kinta Kellas. Selain itu Tuan Kellies juga dikatakan menceburi perniagaan di bidang pengalian bijih timah dengan tertubuhnya lombong bijih timah dan syarikat Kinta Kellas Dredging Company.

Info tambahan:

Dikatakan bahawa William Kellie Smith membuat lawatan singkat ke Britian dulu, dan sebab lawatan ini tidak di ketahui dengan kukuh namun ada mengatakan ia menghadiri reunion singkat dengan isteri dan anak-anaknya. Anthony telah dihantar pulang ke kampung halaman untuk menyambung pelajarannya di sana dan Agnes (isteri Tuan Kellie) menemaninya. Sekembalinya ke Europe, Tuan Kellie membuat detour ke Lisbon, Portugal untuk mengambil lift untuk istana Kellie yang telah dipesan dulu namun dia tidak berjaya pulang ke Malaya kerana meninggal dunia akubat penyakit radang paru-paru. Pada December 1926 William Kellie Smith di kebumikan dia British Cemerety dan isteri beliau Agens menjual semua share dalam syarikat dan juga semua ladang yang ada, hingga kini dia tidak lagi datang ke Malaya.

Anthony Kellie Smith terbunuh ketika perang dunia kedua dan Helen tidak pernah lagi kembali ke sini.

(sumber : Blog Kellie's Castle)

Oh bagi yang tak pernah masuk lagi Kellie's Castle ni korang boleh la pergi. Bayaran yang dikenakan adalah RM 4.00 dewasa , manakala bagi pelajar dan kanak-kanak RM3.00. Kellie's Castle dibuka setiap hari daripada 9 pagi hingga 6 petang.

Now , meh aku kongsikan sikit gambar yang berjaya aku rembat dekat Encik Gugel.









* How ?? Lawa dan sangat haunted kan ??*


* Kalau korang hebat , apa yang korang nampak dalam gambar ni ?? Heeeee. Kalau korang nampak gambar seekor beruang tengah peluk batang pokok tu maknanya korang hebat. Kalau korang tak nampak. Sila cube lagi. Hahaha. *

Masa aku pergi cuaca sangattttt panas okeh. Ketiak ni boleh banjirdan berbau bangla ok kalau nak berlama-lamaan dekat sini , so hijabies kalau korang nak pergi boleh je but tayahla mengarut nak bercardigan/bersweater/berinner bagai-bagai. Cukuplah hanya memakai baju lengan panjang. Kang kalau bau kepam jangan salahkan mak nyahhh !!~

Actually untuk ke Ipoh korang boleh guna 2 jalan. 1 jalan (ikut Gopeng) korang akan jumpa Taman Herba Negeri Perak , tapi kalau korang ikut jalan yang 1 lagi (jalan dalam Batu Gajah) korang boleh jumpe Eco Park Taman Botani Ipoh. Pendek kata , dua-dua jalan akan jumpe taman. Hahaha. Orang Perak sume pencinta alam kowt. :DD

Taman Herba Negeri Perak !!

Actually aku tak tahu sangat pasal Taman Herba Negeri Perak ni sebab masa aku nak pergi dulu , taman ni under construction. So , macam simpan jela hajat tu. Sampai la ke harini aku tak berkesempatan lagi nak pergi sane. Tapi macam nama tempatnye , mestilah taman ni penuh dengan pokok herba right ? So aku gugel sikit-sikit. Tapi malangnya bila takde gambar yang menarik sangat. Ni je hasil aku untuk Taman Herba Negeri Perak :-




* Dannn inilah dia Taman Herba Negeri Perak , huhuhu. Kalau nak pergi cube try pergi masa musim buah-buahan. Sure ade aktiviti dekat sini. Jangan lupa ajak aku sama okehhhh !!~ *

Eco Park Taman Botani Ipoh !!

Fuhhh !!~ Tempat ni sama je macam taman-taman lain dekat KL/Putrajaya. Sangat peaceful. Pernah jugak la sekali dua aku pergi taman ni. Bagi ikan makan. Padahal aku sendiri pon tak cukup makan tapi mampu bagi ikan makan. Kau hadooo ?? Hahaha. Nah nah , malas nak cite banyak. Mohle kite nengok gambo yang teman gugel. Kihkihkih.





* This is the scenery yang korang boleh dapat seandainya korang berkunjung ke sini , subhanallah !!~ Cantikk aite ?? Tengok betapa banyaknya ikan dalam tasik tu. Ikan yang aku bagi makan tu tah mane satu tah. Hehehe. :DD *

IPOH

Oh selamat datang ke IPOH uolls , hehehe. Ape yang menariknya dekat Ipoh ni ? Bagi aku seorang budak KL , Ipoh ni biasa-biasa je. Takde ape yang menarik pon. Budak-budak Ipoh pon akan cakap benda yang sama actually. Tapi untuk orang yang tak pernah datang maybe it is FUNGGG !!~ But not for me. Hahaha. Tapi bile dah habes study ni , terasa rindunya nak lepak dekat Ipoh. Korang nak tau apa ade dekat Ipoh ??


* Tu diaaaa , signboard IPOH yang menjadi kebanggaan Ipoh Ipoh Mali ni. Signboard ni korang boleh nampak daripada PLUS highway okehh. Bukan calang-calang Ipoh ni rupenye. :DD *

Kalau korang adelah kaki shopping dan berharap adenya butik Gucci/LV/Bvlgari dan sebagainya memang korang takkan dapatla ye. Hahaha. Sebab ape ? Sebab dekat Ipoh ni ade 3 je shopping complex yang femes.

1) JJ Kinta City or JJ Ipoh !!


* Suatu masa dulu , ni lah tempat aku shopping tiap kali awal semester. Yelah duit PTPTN kan tengah lebat , so ape lagi. Sewa kereta dan ucapkan BYE SI dan WELCOME IPOH. Miahahaha. Kalau dekat JJ ni , terasalah jugak macam sebelah kaki dekat KL. Keokeokeok. Kat sini as usual port untuk budak PUO (Poli Ungku Omar) + UiTM SI/Ipoh + UTP (Universiti Teknologi Petronas , alaa tempat Maria Elena setadi). *

2) Ipoh Parade !!

* Kalau korang tanye aku Ipoh Parade ni same dengan mall ape dekat KL , semestinya aku akan jawab Times Square. Hahaha. Lebih dan kurang macam tu lah. Since ni area ca ya nun alip , so fesyen baju die ke kasut die agak kejinjangan sikit lah ye. (oh teracist pulakkk !!~). *

3) Greentown Mall or GM !!


* Nampak dari luar macam kurlasss kannn !!~ GM ni aku umpamakan seperti Ampang Park + Low Yat. Kihkihkih. Sebab dalam GM ni ade jual handphone + baju kurung. Hohoho !!~ Dalam ni pon jadi port untuk karoke okeh. Boleh blah la kat sini karoke die. (Padahal aku bukan nyanyi ponnn !) :DD *


p.s : Alamakkkk , macam dah panjang sangat je. Aku rasa ade baiknya aku sambung dekat Ipoh Part 2. Okeh ?? Sebab kang berjela-jela korang jugak yang pening nak baca. Sooo , sekian. Jumpe lagi di next entry.



xoxo



- Cik Dabel N -

2 comments:

  1. Org Perak ke? Eda org Perak :) Bt Gajah dekat gak dgn umah :)

    ReplyDelete
  2. Eda orang Perak ke ? Larh. Kite dulu study UiTM Seri Iskandar. Tu yang tau sikit sikit pasal Perak. :)

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah