Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, September 6, 2012

Fenomena Adam & Hawa. Lirik Lagu : Muara Hati available here !! Omaii !!~

Assalamualaikum & Hello.


Ehem ehem korang pernah dengar cerita pasal drama TV Adam & Hawa ??
WHAT !! , tak pernah ?? Korang biar betul ?
Adam & Hawa tengah meletup letup ni.
Takkan kekabor angin pon tak dengar yong ??

Okay okay kalau tak pernah dengar cerita meh aku cerita.
Adam & Hawa is a new drama series yang ditayangkan dekat Astro Mustika HD.
Bila dan pukul berapa ?? Set the date okay guys.
Isnin - Khamis , pukul 10.00 malam.

For those yang kaki novel , mesti tau novel Adam & Hawa kan ??
Tapi apakah related drama ni dengan novel terbabit ?
Okayy okay , jangan konfius jangan konfius. :D
Drama ni diterbitkan based on Adam & Hawa by Aisya Sofea.
Bagi yang tak familiar , nah ni cover novel tu.
*bolehla dapatkan di book store berhampiran , semestinye tengah laris.*


Tertanya tanya siapakah pula pelakon yang membintangi drama ni ??
Siapa  lagi kalau bukan jejaka idaman malaya - Aaron Aziz. *pengsan*
Watak heroin pula digalas dengan baik oleh - Nadiya Nissa.
Mesti ramai yang tak tahu siapa pulak watak heroin dia ni kann ? Macam tak famous kann ?
Actually aku pernah nampak dia berlakon dalam movie CUN , yang heroin dia Maya Karin tu.
Dalam movie CUN tu Nadiya Nissa ni bawak watak budak terencat akal.
Haaa , dah ingat ke belum ?? Belum lagi ? Aigooo.


Haaa , amacam ?? Ada kenal ka sama itu watak heroin ??
Kalau tak kenal jugak makanya korang dah boleh da start tengok drama ni.
Kot kotlah pasni nama Nadiya Nissa ni meloncat loncat dalam industri.
Kang kalau tak kenal jadilah ketinggalan zaman korang ni. :PP

Next , dalam mana mana drama kat Malaysia ni mesti ade soundtrack kannn~
Kira lagu tema untuk sesuatu drama tu kan ?
Dan untuk drama Adam & Hawa ni soundtrack dia sangatlahhh best !
Tajuk apa & nyanyian sapa ??
Tajuk - Muara Hati , Penyanyi : Hafiz feat Siti Nurhaliza.
Haaa~ Kurlasss kannnn !!
Kalau korang nak dengar , silelah ke Youtube dan mulakan pencarian korang. :D

Disebabkan Youtube diharamkan kat office aku ni , makanya aku bagi korang lirik je. Ahaksss.
Bolehla tu kannn daripada takda langsung. :P
Bolehla korang donlod lelaju lagu ni dan karok karok kat ofis mahupun kat rumah.

Muara Hati - Hafiz ft. Siti Nurhaliza
Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Hoo uuu..

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang Korus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..


p.s : jomlah kita reramai berangan jadi watak Ain dalam drama ni , haahaha. Cair wehhh tengok Am ni !! *pengsan berbuih buih* :DD

xoxo


No comments:

Post a Comment

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah