Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, September 28, 2012

Lelaki & Bola , Fuhh !!~

Assalamualaikum & Hello.

Lelaki & Bola title entri aku untuk harini , fuhh !!
Mencabar jugak nak menaip ni sebenarnya. Kang ada pulak yang terasa.
Tapiiii gasak !!! Aku nak tulis jugak. :P

Bagi aku yang perempuan ni.
Kalau ditanya pasal bola - memang HARAM jawabnya.
Kalau ajak aku tengok bola , bodoh bodoh tu bolehlah.
Tapi kalau korang tanye apa tu Penalti , Off Side kejadah semua tu.
Mamang geleng jela yang aku tahu. Kihkihkih.

Malangnya aku bila , Encik Dabel S ni sorang kaki bola !! Oh God !
Kalau dia da jumpa bola/futsal dan segala yang berkaitan , hurmmm.
Aku ?? Sila ketepi ye. Jangan kau berhangan nak halang. Pffttt !!


Apelah hebat sangat sebiji bola ni compare dengan aku. Hurhhh !!
Kadang kadang naik meluat pon ada. Nak aje aku suap bola tu buat makanan ruji. Hish.



Tu belum ada tournament lagi aku da diketepikann , kalau ada tournament ??
Tak nampak dah bayang aku ni , dah hilang ke mana pon tak perasan gamaknye. :P
Kalau ada invitation "Futsal" without fail jawapan yang keluar mesti "Jom". Aigooo~
Jarang jarang sekalilah jawapan dia "Taknak". Deymm~
Tak kisahla pagi ke petang ke malam ke tengah malam. Mesti ON je.



Cerita pasal kasut pulak , punyalah banyak koleksi kannn !!~
Kalah kasut aku la ceritanya. Hishhh.
Kalau kita shopping dikatanya bazir. Kalau kasut futsal dikatanya "Takpe".
Sabar ajalah , nak wat macam mana.


Bila si dia cakap je pasal FUTSAL , inilah yang jadi.
Malas nak layan !! Sakit hati padahal kannn~
Especially bila kita dah penat kerja and nak spend masa dengan dia.
Tapiiii dia ?? Sebok dengan FUTSAL dia tu kannn.
Sapa penah rasa keadaan yang macam ni sila angkat tangan tinggi tinggi. :DD


Bila dah merajuk , jangan harap aku nak jawab panggilanmu.
Padahal kebenarannya , si dia da sibuk dengan bola.
Jangan berharap dia nak call. :P


Oh jangan jugak berharap nak SMS panjang panjang.
Silap silap haribulan anda hanya akan dapat "K" je.
So , kepada sesiapa yang duk makan hati dengan futsal ni.
Meh sini kite buat union. :DD
Sekian sahaja untuk harini.


p.s : kalau terasa ? padanlah muka. kahkahkah. :PP

Thanks for your time guysss !!


xoxo


3 comments:

  1. hakhakhak!! i suke lah entry yuuuuuuuuuuu.. :D

    ReplyDelete
  2. Kite da agak da ponnn !! Meh sep sikit. :P

    ReplyDelete
  3. Papp!! PApp!! MWaxhhh!! MWaxxhh!! hahahahhah :D

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah