Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, October 3, 2012

Pure Marine Collagen , Woot Woot !!~

Assalamualaikum & Hello.

Anyone pernah dengar pasal Pure Marine Collagen ??
Kalau tanya aku , aku pon tak pernah dengar. Yang aku pernah dengar is Collagen je.
Tapi apakah pulak beza Pure Marine Collagen dengan Collagen ??


Inilah dia Pure Marine Collagen yang aku sebut sebut tadi.
Nampak macam ngeri kannn ?? Tapi inilah hakikatnya collagen mentah.
100% asli dan belum diproses dan sememangnya tiada campuran bahan bahan lain.
Collagen ni bukan dalam bentuk serbuk ataupun cecair yang macam kita biasa tengok dekat pasaran.
Tapi dalam bentuk tumbuhan marin yang telah dikeringkan yang kaya dengan kolagen. 
Dan juga tiada bahan kimia langsung !!
Maka , tiada side effect yang buruk melainkan kulit makin licin, cerah, tegang dan cantik.

Keistimewaan Pure Marine Collagen:
  1. Nilai2 nutrisi kolagen ni 10x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu (satu mangkuk kecil RM 300)
  2. Khasiatnya sama dengan sarang burung layang2 (RM 400 hingga ribuan ringgit)
  3. 24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang2
  4. Kalsium 37 yang lebih tinggi daripada hati ikan
  5. PH bernilai 7.6
Jika diamalkan seharian kulit akan nampak semakin cerah/putih.
Dalam masa seminggu akan nampak kesannya especially pori pori muka akan rapat dan kulit muka anda akan nampak licin. Ohhh I Loikkeee !!~ :P
Besides untuk diminum , anda jugak boleh jadikan ia sebagai masker tahu !! Besttt !! 




Cara Penggunaan :
1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman 
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais (stok untuk 4 minggu) – simpan segumpal kolagen mentah yang telah direbus tadi (seperti agar2) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker

Cara Pengambilan :
1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah
3. Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat =)

Cara Membuat Masker :
1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
2. Sapu rata gumpalan kolagen tadi di muka (sangat bagus dibuat setiap hari)
3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci.


PERHATIAN :
* Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita..
* Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum & lebih cepat! banyakkan minum air kosong.

Kebaikan Kolagen Asli
  1. Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON, peningkatan PAYUDARA
  2. Anti-bakteria, membuang TOKSIN
  3. Menghilangkan SEMBELIT
  4. Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension
  5. MENCANTIKKAN KULIT, MELICIN dan MENEGANGKAN kulit serta PAYUDARA (anti penuaan)
  6. Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)
  7. Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
  8. Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT, mengurangkan KEDUTAN, TEMPAT HITAM, SELULIT DAN JERAWAT
  9. Membantu meningkatkan METABOLISME
  10. Meningkatkan fungsi stomatch
  11. Membantu menghapuskan nefritis, Artritis, basal
  12. Menguatkan saluran darah, meningkatkan penyakit sendi, kecacatan kolagen, darah badan dan purpura haemorrhagica
  13. Meningkatkan PEREDARAN DARAH, dingin dan mencegah sakit bahu
  14. Berkesan bagi orang-orang yang telah sarcoma atau TUMOR
  15. SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang
  16. Mencegah ANEMIA
  17. Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan ligamen serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya
Untuk maklumat lanjut boleh klik SINI. Heee~
Actually aku pon mama paksa try , soooo jom lah kita try tengok apa hasilnya.
Hari ni baru 2nd day makan collagen ni. Urghh !! Ngeri okay rasa die. Yuckkssss.
Tapi aku suke collagen ni aku pakai as masker. Sangat teganggg !! Nak senyum pon tak boleh. :P
So , apa lagi. Pergilah order dan try sama sama dengan aku. Weee~
Sekian sahaja untuk kali ini.

Thanks for your time !!


xoxo


8 comments:

  1. Hi...nice blog...saye pun jual collagen ni yg kering n yg dah siap masak.

    ReplyDelete
  2. Hi , yeke ? Kalau macam tu bolehla sape sape yang bace entry ni beli dekat u. :)

    ReplyDelete
  3. sy pembekal dari sabah..kalau nak boleh hubungi 0138844543

    ReplyDelete

  4. Pretty! This was an extremely wonderful article. Thank you for providing these details.

    ReplyDelete
  5. Welcome ! Thanks for reading. Credit to the original page too. :))

    ReplyDelete
  6. PROMOSI BULAN FEBRUARI..

    Marine Collagen hanya rm15 ringgit sepaket..
    Sepaket=100gm..
    Gred AA warna kuning..stok terhad
    Berminat boleh pm saya..

    *Harga tidak termasuk kos postage..
    hanya tambah rm3 ringgit untuk postage

    *Beli lebih dari 1 dapat harga istimewa..

    *Promosi sah sehingga hujung bulan 2 sahaja..
    *untuk sebarang pertanyaan/order boleh sms/call saya di talian 017-7010825

    ReplyDelete
  7. Tumpang promosi... Berminat nak beli pure merine collagen? GRED A=RM10/100gram GRED AAA=RM12/100gram. PM ke 0166394624 (Kak Yah)

    ReplyDelete
  8. Berminat dengan PMC? RM6=100g (putih), RM7=100g (purple). Sila PM ke 016-6394624.

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah