Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, November 12, 2012

Istanbul Aku Datang , Aucchhh !!~ :D

Assalamualaikum & Hello.

Seperti biasa , hari Sabtu ialah hari untuk jalan jalan dating dating. Hihihi.
Malangnya hari Sabtu lepas ada sedikit perubahan jadual. Sobsobsobs
Which is aku kene pergi rumah makcik aku dulu sebelum dating dating.
Ohhh , masa tu muka pon sudah monyoklah.
Lagi bertambah tambah monyok bila tengah dating ni......
Buah hati aku tu boleh pulak main BOLA SEPAK ye kawan kawan.
Sangat sakit hati kannn. Rasa nak botakkan je semua padang kat Malaysia ni.


Haaa , nampak aku senyum kannn~
Padahal dalam hati ?? Dah menyumpah seranah. Hikhikhik.
Mana taknya dalam kepala dah terbayang movie Istanbul Aku Datang.


Tengok poster je dah nampak macam menarik kannnn ??
Yang buat poster tu menarik sebenarnya tu haaa....
Beto Kusyairy yang sangat aku adore tu. Miahahahaha.
Selepas habes je game bola sepak - balik rumah - mandi manda.
Akhirnya dia seret aku pergi The Mines.
And as usual dia dan surprise , sangatttt tak boleh dipisahkan. Huhuhuhu.
Rupa rupanya dia dah beli awal awal lagi tiket Istanbul Aku Datang. Miahahahaa.
Seat paling atas tau walaupun dekat tix tu tulis seat "M".
Terus tak jadi aku nak sambung buat muka cekodok aku tu. :P
Terus tersenyum manis sampai telinga. Mekasihhh bie !!! <3

So here you go , a little bit review Istanbul Aku Datang.



Dan Lisa Surihani sebagai Dian.
Datang Istanbul dengan misi dia yang tersendiri iaitu nak jadi tunang Azad. :DD
Dian ni jugak seorang blogger , yaaa she did updates every single thing she do. Wuhuu !!~


Tak dilupakan hero melayu aku , Beto Kusyairy sebagai Harris.
And dia adalah housemate kepada Dian dan dorang dua orang ni memang suka gado.
Pasal maggi asam laksa pon boleh gado , hewhewhew.


Dalam cerita ni Tomok sebagai Azad.
Dia ni seorang budak nerd yang curang , huishhh !!
Kau jangan sangka spek mata tebal tak boleh curang okay.


Rating aku daripada 5 bintang , aku bagi 4.5 bintang untuk cerita ni.
Sebab jalan cerita dia tak boring , sangat sangat sweet dan comel. :DD
Ohhh and I love Dian punya outfit. Sangat gegirl hoccay !!~
Kepada yang masih belum menonton , bolehla seret boifren/tunang/suami untuk ke panggung.
Wahhh dah macam apa aku buat iklan kat sini. :P
Sekian sahaja untuk harini. Bubuuiii~


p.s : cair tengok Beto , miahahaha. Jangan jeles ye encik buah hati. :PP


xoxo


No comments:

Post a Comment

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah