Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, December 6, 2012

Day 3 (samb) : Journey to the North , Weee !!~

Assalamualaikum & Hello.

Dah berhari hari tergendala aktiviti mengupdate pasal Journey to the North.
Gambar semua sebesar anak gajah sizenya , so memangggg 'rajen' sangat nak tunggu.
Untuk korang yang tak sempat nak menggodam entry sebelum sebelum ni.
Silelah rajin dan ringankan jari jemari anda untuk klik :


Now jom sambung Part 3 (samb) pulak , wuhuuu !!
Part dah sambung sambung sana sini , kalah sinetron tau kauuu niiii. Zzzzzz.
Haritu aku dah bagi hint kat korang pasal next place aku kannn~
So seperti yang dijanji janji janji jumanjikannn.

TARAAAA !! Haji Ismail Group , Jyeahhh !!!~


Haaa korang nampak tak apa yang tertulis dekat signage tu ??
Haaaa !! Corelle , Corningware , Tefal , Pyrex dan segala.
Sebelum masuk kedai pon da histeria , bila masukkkk ???


Bila masukkkk , inilah jadi diaaaaa. Woooooo !!!
CHOCOLATE IS EVERYWHERE !!!
YaAllah selamatkanlah poketku daripada ancaman ancaman cekelat cekelat ni.
*masa ni pulak ngam ngam gaji masuk , terus berdoa diselamatkan poket*


Borong kak jangan tak borong , murah murah murahhhh !!
Terlampau banyak brand chocolate , sampai kenpius nak beli brand apa.
Semua dah nampak sedap yang amat di mata ini. Ohnooo !!!


Daripada cekelat mahal sampai cekelat murah pon hade.
Woiii !! Mana la tak bankrap kalau pergi Langkawi.
Dan ini barulah part cekelat/gegula perosak gigi.
Belum tengok lagi pinggan mangkuk periuk belanga perosak poket kaum Hawa.


Kemain kannn~ Tersusun rapi indah di mata ye semuanya.
Dalam hati berdoa , janganlah mama mintak nak beli 1 set ni. HAHAHAHA !!


Periuk belanga tak dilupa , Huahuahua.
Tunggulah aku kawen nanti !!!
Akan aku radak poket suami aku belikan semua ni , Hikhikhik.
*beli je pastu simpan dalam lemari diam diam*


Kau tengoookkkkk !!
Jenjuling biji mata aku , bersimpang siur pandanganku.
Mana satu nak pandang tah , pffttt !!~


Tengok orang tua ni , dia pon nak peposing dikelilingi pinggan mangkuk. Zzzzzz.
Patutnya akulah berposing posing pincesss kat situ. Apedaaa~
Dah nampak dah ciri ciri nak kene jadi cinderelawan ni. :P

Dan akhirnya , aku berjaya sumbangkan hampir RM 250 hanya dekat cekelat !!!
Terima kasih Haji Ismail Group kerana penggembaraan ini. Dangg~




Inilah dia mangsa kerakusan duit aku tu. Golden Boronia Nougat.
Sedap kot !! Aku tak tipuuuuuu.
Kalau korang pergi Langkawi , belikanlah untuk aku eh eh eh.
Yang peket kaler Merah tu - dia keras , boleh patah gak gigi kalau nak gigit.
Yang peket kaler Biru tu - dia soft , sedang elok untuk gigi yang rapuh. Harharharrrrr
*macam aku ni gigi aku semua kapak kapak , so semua pon aku sental. Bahaha.*

Next place merangkap tempat 2nd last untuk day trip ktorg ialah Dataran Lang.
Agak agak pedengaran atau pembacaan korang jelas kat mana tempat yang aku maksudkan ni.
Meh sini aku jelaskannn ye anak anak semua.
Dataran Lang ialah tempat yang ada helang besarrrrrrrr tu la.


Inilah dia Dataran Lang , kebanggaan owrang owrang Langkawi ye.
Besar kann helang dorangggg ! Cecuba imagine kalau helang ni real ??
Wooo wooo wooooo , larikkkkk !! :DD


Oppp ooopp opppa gangnam style , HAHAHAHA !!
Pengaruh korea betul tauuuuu. Mencikkk. :P


Okay okay serious , 1 2 3 cheesssseeeee. Srappp !! Cantekkk.
Haaaa barulah comel. winkwink.


Ni sesi photoshoot majalah Maskulin , Hakhakhak.
Eh tak tak tak , ni sesi mama suruh dia duduk situ jadi model.
Masa ni tengah panas hoccay , basah ketiak iollss semata sebab helang. Haizzz.


Ayah lebih sayangkan van dia , sebab tu dia takde dalam gambar. Hahaha.
Maybe ayah jugak lebih sayangkan cekelat dalam van tu. Mihmihmih.
 So , this is my precious. Auchhh lovelayyyy.
Btw , tuk info korang. Ktorg 1 van je yg sempat pergi snap snap dengan helang.
1 van lagi masih terkandas dekat Pekan Kuah bersama cekelat cekelatnya. Pfffttt.
So , ktorg jela yang hado gambar dengan helang. Kengkorang ?? Nan hadooo.


Last pic dekat Langkawi , masa ni tengah tunggu ferry dekat Jetty Point.
Seperti dalam gambar , dekat sini pon ada jual cekelat jugak yeeee.
Nampak tuuu ?? Cadbury semata. Wuhuuu !!~


Pemandangan indah lautan daripada dalam ferry , subhanallah.
Cantik sangat ! Dengan ombak dia. Tenanggg. :) *sambil nyenyanyi lagu hombak rindu*
Padahal tengah ssetkan mind 'jangan mabuk...jangan mabuk... jangan muntah. amin'.


Enjoy je aku dalam ferry , orang sebelah da lelap lip lap lip lap matanya.
Maka dengan itu , aku buatlah aktiviti bebas kat tepi tingkap tu.
BYE BYE LANGKAWI !!!
Tah tahun bile pulak boleh datang lagiiii. Sobsobsobssss. T_______T
 This is not the last entry for this journey yeee , ade lagiiiiii.....
Tungggguuuuuu , hikhikhik.
Babai uollss. Love yaaaa.


p.s : update blog dekat office macam takde lappie dekat rumah. :P


xoxo

No comments:

Post a Comment

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah