Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Sunday, April 29, 2012

Dinner with his family , ohnooo !!~ Shame-shame. :D

Hey readers , sorry lame menghilang. Asyik keluar je 2 hari ni. So memang tak sempat langsung nak tulis any entry. Heee. Kalau ade yang masih membace , thanks. :)

Entri kali ni pasal ape yang berlaku hari Jumaat lepas , hari yang mendebarkan aku tu. Heee. Alhamdulillah hari yang mendebarkan tu telah selamat aku tempuhi dengan jayenye. Nak tau ape jadi hari Jumaat tu ?? Hahaha. Hari Jumaat tu takde ape pon yang jadi. Jussstttt.

Jusssttt , aku having a dinner dengan family die *mama die , kakak die & bfnya , adik die & bfnye juge*. Dah macam perjumpaan keluarga aite. Heeee *malu saye dibuatnye*. Hahaha. Ape pon. Gabra-gabra itik tu adela. Dala ditambah dengan sakit perut cir bir aku mase hari tu. So memang tak semenggahla nak makan. Takut tercir bir. Hahaha.

And here it is , part of the pictures malam tu.

* Malu-malu kucing aku dibuatnye *

* His family *

* 3 Bersaudara *

* Anak mama *

* Hal rumah & tangga *


* Kite minum dulu *


* Sesi suap menyuap 1 *


* Sesi suap menyuap 2 *


* Sesi suap menyuap 3 *


* Ni sesi cungkil gigi ke ape ? kurang pasti. Hahaha *


p.s : Doakan kami , semoga semuanye baik-baik aje sampai bila-bila. :)


xoxo



- Cik Dabel N -

Thursday, April 26, 2012

Wow , tunang

Hye readers , semalam cicak mengganggu konsentrasi. Harini da tak tahu la aku cicak tu pergi mana. Kalau jumpe memang aku lastik je. Hahaha. Dekat office hari ni masing-masing takde mud nak buat kerja same macam aku. Sebab boss masing-masing takde. So mulelah , buat hal sendiri. Nyaris aku nak tertido tadi. Haha.

Ok lah , back to the title. Tunang , yes bertunang !! Semestinya seronok bukan. And tulah yang dirasai oleh kawan baik aku si Husna Yusof tu. Yaa sebab dia bakal menjadi tunangan orang iaitu Encik Izuan Shah pada 1 May 2012 ni. Alhamdulillah. Sebagai seorang kawan yang sentiasa bersama-sama dengan dia dalam susah senang dia semestinya aku turut menumpang gembira. Yelah tak sangka kowt !! Ingatkan aku dulu yang jalan. Lupenya kakak Una da potong queue. Hahaha. Ape pon congrats babe. Me love you !!

Mase die kol aku cakap block 1 hari tuk die on 1 May tu terus aku tanye "nape kau nak bertunang ke??". And bile die respons cam haaaa. OK MARI MENJERIT. Hahaha. Sumpah tak caye. Aku pulak yang over excited tau bile dapat tahu. Haha. Suke propa tau perempuan ni. Hahaha. MasyaAllah. Husna Yusof nak jadi tunang orang nak jadi tunang orang. Hahaha.


p.s : Congrats for both of you ! Semoga kekal abadi sampai syurga jannah. Una please behave , sikit hari bulan nak jadi mak orang pulak. Hahaha. :p


xoxo




- Cik Dabel N -




Wednesday, April 25, 2012

Friday , Ohoi

Hey readers , mase aku menaip entri ni mate aku jugak tengah mengawasi gerak geri seekor cicak sesat dalam bilik aku ni ha. Manela tahu tibe-tibe cicak tu bertandang dekat keyboard , boleh aku melompat riang ria kan. Haaaa !! *mane la cicak ni pegiii ooiii aku nak tido* :(

Ape pun sebenarnya aku nak cite pasal hari jumaat , jumaat ni la !! Kabarnye macam family Encik SS tu nak buat family dinner. But yang merunsingkan aku ni bukan pasal dinner tu. Sebab semestinye aku dengan makanan memang takde beze pon. Heee. Tapiiii yang merunsingkan aku tu mama die ajak anak-anaknya makan bersame , tapi tu tak pelik lagi. Yang peliknya bile mama die kate bawak partner masing-masing. Aha !! Itulah die yang aku duk pikirkan ni. Kalau makan-makan je takpe. Aku risau je kalau ade bende-bende tak best pulak yang nak dibincangkan. GERUN !!!

Takpelah kite tunggu dan lihat jela ape yang akan berlaku. Minta-minta yang baik aje. Heee. Manela tahu mama die nak cakap nak sponsor ktorg kawen ke. Kwang3. Hahaha. Ok da stop berangan. Nak memburu cicak balik. Kihkihkih. *cicak ooo cicak , kalau kau cicakman tadela aku geli sebab aku tau ko tu apek , alahaiiihh*.


p.s : inilah akibat bukak tingkap malam-malam , kan cicak da masuk bilik. Haaa tanggung !!


xoxo



- Cik Dabel N -

Monday, April 23, 2012

Tukar pasangan . SEBAB ?

Hey readers , harini aku extremely banyak kerja since aku sorang je yang bekerja kat department ni harini. Huuu. Tapi still sempat membelek internet jugak !! So here it is , ape yang aku jumpe. Mari kite bace.

8 sebab kenape bertukar-tukar pasangan :

1)Mereka orang yang kurang kasih sayang.
Oleh itu mereka biasanya akan mudah jatuh cinta terhadap orang yang dirasakan memberi perhatian dan mengambil berat tentang mereka. Kerana itu juga mereka mudah menjadi tamak dan jika menemui orang yang dirasakan lebih menyayangi,mereka dengan mudah juga berubah hati..

2)Mereka orang yang tidak yakin dengan diri sendiri.
Apa yang mereka ada dirasakan tidak akan kekal dengan mereka.Oleh itu mereka sentiasa mencari yang dirasakan terbaik tetapi sikap yang tidak yakin dan percaya kemampuan diri sendiri membuatkan hati mereka sentiasa ragu serta sukar bertahan dengan apa yang mereka dapat..

3)Mereka orang yang tidak tahu bersyukur.
Dalam hati mereka sentiasa merasakan ada lagi yang lebih baik,lebih cantik,lebih kacak,lebih kaya dan sebagainya. Kerana itu mereka tidak pernah menghargai apa yang mereka ada dan akan cepat memilih yang lain jika dirasakan yang lain itu lagi baik..

4)Mereka orang yang tiada pendirian hidup.
Mereka sendiri tidak pasti apa yang mereka mahukan dalam hidup.Kekasih bagi mereka hanyalah satu keperluan mengikut keadaan persekitaran atau gaya hidup mereka.Bagi mereka cinta adalah sekadar alasan untuk memperolehi teman bukannya tanggungjawab yang mesti ditunaikan..

5)Mereka orang yang mudah bosan.
Tak dinafikan ada sesetengah orang yang sukar untuk kekal dengan satu-satu perkara.Mereka ini suka mencuba sesuatu yang baru yang dirasakan lebih mencabar dan menyeronokkan. Dalam percintaan juga jika merasa bosan dengan kekasih yang ada mereka mula mencari yang baru dan berpindah kasih jika yang baru lebih menyeronokkan bagi mereka..

6)Mereka orang yang memang suka menipu.
Memang terdapat segelintir orang yang memiliki sifat suka menipu dan memperdayakan orang lain demi memperolehi keseronokan dan kepuasan diri sendiri.

7)Mereka orang yang pentingkan diri sendiri.
Bagi mereka apa yang mereka inginkan tiada siapa yang dapat menegahnya.Mereka ini tidak pernah memikirkan hati dan perasaan orang lain. Bila dah dapat apa yang mereka mahukan,mereka sesuka hati akan membuangnya..

8.) Mereka orang yang suka menunjuk-nunjuk.
Bila mempunyai ramai kekasih mereka fikir diri mereka hebat,macho,cantik,kacak,lawa tetapi hakikat sebenarnya mereka cuba menidakkan kelemahan dan kekurangan diri mereka sendiri dari orang lain.


p/s : aku rase sebab-sebabnye semua aku boleh terime , sebab aku used to be that way suatu mase dahulu. But ya Alhamdulillah , bukan lagi sekarang. :)





xoxo




- Cik Dabel N -

Sunday, April 22, 2012

Terkejut yang BURUK

Haaa , I'm back. Tadi entri pasal adik angkat Encik Dabel S. Entri yang ni pulak pasal aku terkejut yang BURUK. Danng ! Tadi lepas balik dari Times Square , ktorg straight to Putrajaya , melilau tengok tempat keje baru die start from tomorrow and berakhir penjelajahan dekat Padang Perbadanan Putrajaya (berdepan Istana Kehakiman).

Harini asal tah ramai plak orang berblazer dekat Dewan Persidangan berdekatan padang tu. As per suka hati ktorg , ktorg kate tu MLM. Hahaha. Lantak , tak penting pown. Just ya dekat padang tu la ktorg first lepak-lepak together mase first met dulu. Heee. *kenangan mengusik jiwe betul*. So ya macam biase kalau da ade DSLR , apela functionnye kalau tak snap picture walaupun sekeping kannn ?

So there you are , sedang pepoyo snap-snap dengan tangan sendiri *tangan menggantikan tripod*. Hahaha. Encik Dabel S tibe-tibe minta aku amek kerusi kecik dalam kereta , haaaa. Aku semestinye muke pelik dan jelik kan ? Kerusi kecik dalam bonet katenye. Mule-mule aku refuse tanak amek , MALAS !! Tapi die kate kerusi tu boleh duduk 2 orang , ade kaki tuk snap picture lagi. Maka dengan itu , tahap kerajenan terus meningkat. Yeayyy !!

Dan aku pon dengan tenangnye bukakla bonet kereta , dengan tak expect ape-ape melainkan belon keluar dari bonet , lalu aku pon bukak. ANDDDD tu diaaaa !!! Terkejut BURUK aku bile tengok TEDDY BEAR besar ade duduk dalam bonet tu !! Alahai , speechless makhaih !! Tatau nak cakap ape. And aku angkatla teddy bear tu , anddd jeng-jeng-jeng. Ade envelope belang-belang la pulak , APEKAH INI ???
*mood : excited lagi*

Aku pon bawak keluar encik teddy tadi tu ke padang , and yaaa. Terus aku tanye bile die beli , sebab yaaaa aku selalu cakap aku nak teddy !! Hahaha tapi takdela expect sebesar itu yang die nak belikan. Heeee. Gumbire-gumbire , terharu-terharu !! And aku pon duduk and bukak envelope belang-belang cantek tu , ANDDDD yaaaa. Surat cinta !! Hahaha. Ampun , ralit bace sampai melalak gak la kat situ. Heeee.
*buat malu je nanges dekat public area* :p

Ape pon thanks , terase diri ni macam Scha Alyahya yang dipropose Awal Ashaari je ! Hahaha. Walaupun Yuno dorang lagi besar dari Mojo aku , tetap !! Same jugeeekkk.
Bile balik umah pon mama sound aku "kau ingat kau Scha Alyahya ??".
 Jawapanku " ehhh...mestilahhh. " Hahaha.

Some pictures to be shared di lokasi kejadian. :D


* Sebelum aku dikejut burukkan oleh mamat sebelah ni. *


* Padang ini saksi KAMI. *


* Inilah die MOJO !! *


* Haaa sepucuk surat cinta berwarna merah jambu. *


* Semestinya minah gengster menjadi minah airmate. :D *

p.s : Thanks a lot Syazwan Shumali for this BIG suprise , walaupun saye ni type yang tak suke suprise. Tapi bile macam ni. Yess , saye hargai sangat-sangat !! Thanks a zillion Encik buah hati untuk peneman saye di kale awak takde dan busy berkerjaya ni. Terima kasih bie !! Love you ! Btw best of luck dekat tempat baru , kerja rajen-rajen bolehla kite kawen cepat !! Yeayyy. :)


xoxo



- Cik Dabel N -

Nasuha Patta

Hey readers , salam Ahad. Harini dari tengahari aku da keluar berjimba , weehuu !! Semestinye seperti yang dirancang , jumpe adik angkat Encik SS - Nasuha Patta tu. Berjalan-jalan merata dalam Times Square. Bergambar sane sini. Meriah kate kauuuu. As usual , antare gambar kenang-kenangan yang sempat ktorg snap - silela lihat di bawah. :D

* Nasuha Patta , Nana & Me *

* Me , Adeq , Dabel S *

* Posing memang tak payah tengok keadaan baju dulu , Hahaha. *

* Escelator pown boleh , Hahaha. *

* Meriah betul si Toy ni gelak. *


p.s : selepas ni entri aku terkejut BURUK akan aku masukkan. Nantikan ye. :)



xoxo



- Cik Dabel N -

Saturday, April 21, 2012

Choop , Oh No !!

Hey readers , selamat hari Sabtu. FYI , sebenarnye entri ni da 2nd edition sebenarnye. Tadi aku duk ralit menaip. Lepas tu. Mase nak tekan PUBLISH tu boleh kuar BLANK pulak. Error ape entahnye. So , aku ingatkan autosave la dekat dalam draft. Ok ! dan nampaknye takde. So ni la die , menaip semula. Rase nak hentak keyboard ni pon da ade da ni. Hahaha.


Entri kali ni adelah sambungan pade yang previous entri , sebab aku macam baru teringat satu sentence yang agak macam best tuk aku elaborate. Sentence pasal " don't judge me if u don't know me ". Ha itulah lebih kurang bunyi sentence tersebut. Bila aku bace mula-mula aku macam tak berape nak amek port. Tapi ni duduk aku berangan kat office ni , aku macam dapat ilham pulak nak bahaskan pasal bende ni.


" Dont judge me if u don't know me ". Hoyeah. Kalau anda rase aku tak sepatutnye judge anda sebab aku tak kenal anda siapa. Tapi how about yang anda judge aku mase aku awal-awal dengan si "dia" dulu ? Adekah anda dah lupe ? Hooo barangkali lupe la kan. Tapi aku takkan lupe ape yang aku bace dalam SMS yang anda karangkan berjele-jele panjangnye tu. Antarenye anda suruh die jangan dengar cakap aku , jangan hipokrit dan jadi diri sendiri , malahan anda jugak mengatakan aku control si "dia" ?? Kenapa eyh ? Sedangkan anda tak kenal aku siapa. Macam mana anda boleh buat 1 kenyataan yang aku control si "dia" ??


Owh maybe anda rasekan dengan permintaan aku untuk si "dia" menukar panggilan di antara si "dia" dengan besfrennye adalah satu permintaan yang tak masuk akal kan ? Sebab anda rase bende tu kecik. Tapi bukan pada aku. Dan kalau aku tak suke memang aku akan cakap. Buat ape aku nak pendam-pendam. Yang sakit hatinye aku jugak. Dan pada mase aku membace setiap SMS anda tu , aku rase marah sangat. Sebab aku rase kenapa anda yang perlu marah dengan over. Sedangkan bende ni tak relate dekat anda walaupun sikit. Oh maybe sebab besfren die kenal anda , dan meluahkan ape yang dia rase. Betul ? So anda rase anda ade hak untuk berkate ape jua yang anda nak. Tapi syukur alhamdulillah , aku tak putuskan pown tali persahabatan mereka. Mereka kekal bersahabat dan menjadi lebih rapat. Dan aku jugak sudah mengenali siapa besfrennya itu. So selesai sudah masalah tersebut.


Btw , untuk makluman anda aku tidak pernah cube mengubah siapa dia. Diri dia adelah dia. Macam mane aku kenal dia macam tulah dia sekarang. Wallahualam la kalau sebelum ni adalah individu yang berbeza. So sekian. Buat mase ni aku takde ape lagi yang aku nak cakap. Just untuk anda jugak " if u don't know me , dont judge me ". Ape-ape pon terime kasihlah untuk setiap ape yang anda katekan dalam SMS tu. :)



p/s : menasihati tu tak salah , tapi ade caranya. Kalau aku ade lagi persoalan tak terjawab akan aku usulkan dalam entri berikutnye. Sebab anda sudah pun boleh cari blog aku. *musykil mane anda jumpe blog aku sedangkan aku tak publickan sangat pon.*



xoxo




- Cik Dabel N -




Friday, April 20, 2012

35% off ? Oh shit !!


Money , duit


Kotex !!


Fuhh ! Lege.

Hey readers , selamat malam. Saje je menggedik nak menulis selepas membace satu artikel ni. Alhamdulillah. Selesai semua persoalan yang mungkin selame ni tak terjawab. Lege gilelah hati ni yaAllah. Terime kasih kerana akhirnye anda sudi tampil memberi keterangan yang ya rasenya amat aku nanti-nantikan.

Terime kasih kerane sudi menulis untuk memberi penjelasan. Alangkah bagusnya kalau bende ni selesai dari awal lagi. Semestinye tiade masalah dan tiade segale mak datuk nenek moyang prasangke buruk kan ? Tapi takpe , tetap lege dengan penjelasan panjang lebar anda tu. Terime kasih yeeee. Sorry lah ye sebab biaselah awal-awal tengok anda tu seperti tidak faham bahase dan tak menyerah kalah dan tak reti penat. So sape yang ade dekat tempat aku pon sure akan mengamuk sakan isn't it. Tapi syukur alhamdulillah anda telah berjaye move on dan meneruskan hidup anda seperti biase.

Pasal anda nak berkawan dengan dia ? Tiada halangan same sekali , tapi anda kenalah tahu di mane limit anda dan ape yang boleh dan ape yang tak boleh. Sebab anda pon semestinye pernah berade di tempat aku sekarang ni. Semestinye anda akan agak kurang gemar seandainya ade yang terover kan ? Untuk berkawan tiade masalah , tapi janganlah cube nak membuke soal hati dan perasaan. Ape yang berlalu biarkan berlalu. Bak kate orang putih let bygones be bygones. :)

Hurm next , pasal your buddy. Aku tataulah kan kenape die beriye nak add aku. Wallahualam. Maybe as a friend. Tapi tak ramai yang bersangke macam tu. Dan pasal anda ditipu oleh your buddy tu. I'm sorry to hear that. Maybe dia ade reason kenape die buat macam tu kan ? Clarify with her ok. Aku takde masalah nak berkawan dengan die but ya maybe sebab die best buddy anda. So aku perlu berhati-hati. Maybe sedikit sebanyak die ade terasa hati dengan aku. Please tell her that i'm sorry.

Nothing more to be said , just thanks for your clarification. Its help. Thanks for not being silent with a lots of question marks. Btw , ampun maaf dipinta ya walaupun raye lambat lagi sebab entri-entri sebelum ni memang mencaci memaki anda. *itu kerana marah yang bermaharajalela di hati ni*. Yang buruk-buruk datangnya daripada aku. Dan yang baik-baik datangnya daripada DIA. So ya , semoga anda pon bahagia bersame yang tersayang. :)


p/s : still wanna thanks to you for your entry.


xoxo



- Cik Dabel N -





Thursday, April 19, 2012

Hijab

Hey readers , now ni aku dekat meja office aku yang tercinta. Hahaha. Baru je keluar daripada bilik air. Tu pon nak bagitau ke Cik Dabel N ooi ? Hahaha. Just tibe-tibe pandang cermin , and ternampak terlintas suatu kenyataan " oh ya aku da berhijab". Heeee.


Daripada seorang yang free hair , ya aku move ke next stage. As seorang yang berhijab. Alhamdulillah. Macam mana terbukak hati aku nak berhijab ? Semua punca from mak aku sendiri. Aku tengok dia pakai macam cantik je. Lepas tu kazen-kazen aku pon majoriti dah berhijab. So macam timbul 1 rase , aku pon nak berhijab jugak. Tambahan dengan support orang ramai. Aku akhirnya tampil berhijab pada 30 November 2010. Yang jugak pada hari lahir aku. Yesss. 1 penghijrahan yang besar jugak bagi aku. Terase dilahirkan kembali ceritenye. Hahaha. Dan tudung pertama yang aku pakai is tudung express ala tudung sarung-sarung tu jela. Warna hitam. Tu je satu2nye tudung yang aku ade. Tu pon hasil rompak dalam bilik mama. Hahaha. :D


Semestinye dah berhijab banyaklah baju-baju aku yang zaman purbakala tu tak terpakai. Berlipat tak terusik dalam almari tu. Hahaha. Sebab yela. Sekarang baju mesti lengan panjang , kalau lengan pendek pon mesti aku pakai cardigan. Baju-baju senteng tak cukup kain semua selamat disimpan dekat dalam arkib. Hahaha.


Now da setahun lebih aku selesa dengan berhijab , just tu la. Nak berpesen-pesen ni memang tak reti. So tu la yang style die same je. Hahaha. Tak kesahla ha. Haha. But now katenye Tudung Bawal naik balik. Haaa. Ala tudung macam Mak Esah tu yang selempang kiri kanan tu. Hahaha. Dah kembali menjadi bualan orang ramai. So , aku pon macam nak cube jugak. Habis aku korek almari cari tudung bawal tu kowt2 ade. Nak jugak try. Haaaa. Dan mase aku taip ni , aku tengah pakai tudung bawal mase aku study kat Uitm dulu. Tudung yang aku pakai mase g kelas agame je. Hahaha. Sudah berusia 4 5 tahun da kowt tudung ni. Hahaha. Tapi kekal cantek sebab JARANG pakai !! Hahaha. Itulah serba sedikit pasal AKU & HIJAB !! :)



p/s : sape nak sponsor aku beli tudung bawal ni ?? :D



xoxo




- Cik Dabel N -







Wednesday, April 18, 2012

Kosong - Najwa Latif

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Oo Oo
Kosong kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Oo Ooo



p/s : kau cari cara putar belitkan , belitlah kau jangan sampai terbelit. :)




xoxo




- Cik Dabel N -

Tuesday, April 17, 2012

Peribahasa.

Hey readers , sorry beberape hari tidak sempat mengupdate. Sebab busy dengan Naughty Kiss aku. Heeee. So here i'm back. Dengan entri yang bertajuk PERIBAHASA. Haaa. Mesti ade yang pikir aku nak ajar Bahasa Melayu pulak kan. Hahaha.

Ok peribahase yang aku nak cakap dalam entri ni ialah "duri dalam daging" & "gunting dalam lipatan". Haaaa. Dua-dua peribahasa ni membawe maksud "ditikam dari belakang". Haaa. Tapi dalam kamus hidup aku pulak. Peribahase ni bermaksud "nak kene hentak dengan aku". Hahaha. Adekah sape-sape di antare readers-readers sekalian yang dapat menangkap ape yang cube aku sampaikan ??

Marilah aku ceritekan serbe sedikit. Aku ade kawan. Ya seorang kawan. Yang sangat rapat dan segalenye tahu tentang aku. Dan rasenye boleh diharap dan boleh dipercayai. Semestinye hubungan kami sangat baik bukan ? Ya , tapi itu DULU. Tidak mungkin sekarang mahupun di mase akan datang. Kenape ? Haaaa. Sebab peribahase yang aku nyatekan kat atas tadi tulah. Hurm. Bagaimane bende macam ni jadi ?? Maybe salah aku , yang buruk-buruk datang dari aku. Mana mungkin datang dari dia yang barangkali tidak sedar akan silapnya. :)

Tapi aku mengaku mungkin aku terlalu memikirkan hati orang lain sampai aku terlupa apekah kesan daripada perbuatan aku tu terhadap diri aku sendiri. Barangkali ade yang merasekan akulah ni jahat tanpe anda tahu apekah sebab musababnye aku melakukan perkara itu. Tapi biarkanlah ia. Aku hanya ingin menyelamatkan seseorang insan yang tak berdosa daripada menjadi korban cinta seorang perempuan yang masih tiada upaya mencintai dirinya kerana terlalu asyik dan leka mengejar sejarah lama. Wallahualam. Tapi ingat , ape yang aku lakukan ni selepas aku kenal die dengan agak lame. Dan bukannye dirancang sejak awal aku menjalinkan tali persahabatan dengannya.

Tetapi berbeza dengan dia , ya berbeza. Di awal persahabatan kami , ya baik-baik aja. Tetapi itu hanye didepan mate aku. Di pandangan aku. Bukan dibelakang aku. Hahaha. Rupenye dengki bermaharajalela dalam hati si gadis yang tidak boleh melihat keakraban aku dengan yang lain. Sehingga aku telah tersalah sangke dengan orang yang sebenarnye tak berdose. Sungguh besar salahku pada individu terbabit. Dan semakin hari si gadis menjadi semakin tidak boleh berfikir dengan waras. Habis dibuatnye cerita yang bukan-bukan hanye untuk melihat aku bermasam muke dengan yang lain. MasyaAllah. Dan sekarang telah terbongkar siapekah si gadis itu. Dalam mengatekan akulah yang "menikamnye dari belakang" rupenye dia yang terlebih dahulu memulakan permainan dalam sebuah persahabatan yang ikhlas aku bagi pada dia. Allahuakbar.

Sekarang tiada lagi yang perlu aku kenangkan. Jutaan terima kasih je yang mampu aku cakap dekat si gadis. Terima kasih atas semua perhatian dan cerita dongeng angan tak sudah anda yang membuatkan aku mengutuk mengeji menghine orang yang tak pernah bersalah. Terima kasih kerana mengajar aku ape itu ertinya BESTIES. Terime kasih sebab beri aku peluang untuk kenal siape kau sebenarnye walaupun depan aku selame ni kau hanye bertopeng. Terime kasih.


p/s : aku pernah dipesan oleh seseorang yang lebih berumur daripada aku supaye jangan terlalu rapat dengan si gadis. Tetapi aku tolak ketepi kerane merasakan diri dia tidak seperti ini. Now , silela rasekan nikmat hidup ye Cik Dabel N.

p/s : Kepada si gadis yang "lembut gigi daripada lidah". Terima kasih. Maafkan aku untuk semua kesalahan dan kesilapan aku. Halalkan makan dan minum aku selama persahabatan ni.



xoxo




- Cik Dabel N -





Sunday, April 15, 2012

Golden Palm Tree

Hey readers , Ahad sudah. Baru kembali dari family vacation. Dekat mane ?? Golden Palm Tree Sepang Gold Coast. Weehuu !! Gembire. Walaupun hanya 2D1N tapi ya still having fun. :)

* Inilah dia Golden Palm Tree *

* Bila Bila Restaurant *

* Waiting for Buggy *

* Me = Excited *

* Arrival *

* Sebelum balik KL *

* Bye-bye Golden Palm Tree *

* Enjoy our holiday *

* View *

* Goreng pisang *


p/s : me love my family. :)



xoxo



- Cik Dabel N -

Saturday, April 14, 2012

Naughty Kiss

Hey readers , Sabtu already tapi now aku dekat office. Menghadap email yang selambak. Tapi alhamdulillah selesai sudah. Mengantok amat ni. Sebab ape mengantok ? Hahaha. Sebab aku duk bz melayan korean drama series. Heeee

Korean drama series ape yang aku usha ? Haaa. Tu title kan da tunjuk. Hahaha. Siyes best gile kowt. Sweet + Sengal !! Cite ni da lame aku nak tengok. Nak beli cd box tak mampu. Naseb ade tonton.com.my. Lalu dengan bersemangat aku register as member. Nak tengok cite ni punye pasal. Hahahaha. And yesss !! Da dapat tengok. Even baru episod 7. Tapi ok laaa. Mak suke nokkk !!!

Sebab ape aku excited sangat ? Haaa. Sebab die punye actor !! Kim Hyun Joong !! Walaweyhhh. Sangat kecairan tengok dia seperti cengkelat cair dalam mulut !! Hahaha. Kacak habesss. Meh sini aku tunjukkan korang betape kacaknye die. Ampunnn. *pengsan*

* Naughty Kiss *

* Kegilaaannnnn *

* Bertambah gileeee *

* Amek kauuuu CAIRR terus *

* Lalu pengsannnnn *


p/s : Sorry sinopsis cite ni tade. Malas nak cari. Nak tayang BF hensem ni jeee. :D


xoxo



- Cik Dabel N -



Wednesday, April 11, 2012

Tsunami

Hey readers , sorry agak senyap beberapa hari ni. Agak busy dekat workstation and definitely la terlampau penat sesampainye dekat rumah right. So ya , merehatkan diri selepas pulang dari office. Tulah yang beberapa hari ghaib from this lovely blog. :)

Hari ni hari rabu , public holiday uolss. Sebab pertabalan agong. So ape lagi , duduk rumah diam-diam. Layan drama dekat tv sampai ke petang , then jumpe anak buah tersayang before keluar berdating dengan buah hati. Heeee. *mood : gatal*. Kemane kami harini ?? Ke Taman Layang-Layang je. Menenangkan sikit kepala otak yang serabut memikirkan banyak bende. :)

Title entri nak garang je pasal Tsunami , tapi tade pon sebut pasal tsunami. So here it is , petang tadi gempar Blackberuk aku dengan broadcast pasal tsunami kat Acheh and expected akan kene Malaysia at certain places. So ya , berdoa dan berharap agar semuanya baik-baik aja. Sama ade di Malaysia mahupun di Indonesia. Tapi alhamdulillah , dengar khabarnya amaran Tsunami dah ditarik balik. Semestinye keadaan sudah kembali normal but yang berada di pesisiran pantai tu semestinye hendaklah berjaga-jaga. Semoga Allah memlindungi kite semua. Amin.


* pengubat duka lara :) *

* alhamdulillah , aku bahagia *

* dugaan itu hidup , dugaan itu juga kehidupan *

* tiang dan aku ? tiada beza ? ya , aku kurus :p *

* kembali kepada alam , go green *

* melayan broadcast pasal tsunami , masyaAllah. Dugaan Allah. *


p/s : selamat malam semua. mahu tidur besok kerja.


xoxo



- Cik Dabel N -

Monday, April 9, 2012

Dugaan | Tak berhenti

Hey readers , semestinye semua baru habes tengok ABPBH 2011 kan. Ala yang winner dia abang dabel A tu. Heee. Congrats. Ok. Stop pasal ABPBH 2011. Sebab ni bukan main reason nape aku tulis entri ni. :)

So , this is it. Keadaan aku , yang masih ditimpe dugaan demi dugaan. Ya memang kate orang dugaan ni mematangkan seseorang individu tu. Tapi bagi aku. Ni bukan matang je , dah nak bagi pelempang penerajang dah ni. Heeee. Dugaan ni takdelah sebesar mane pun kalau nak dibandingkan dengan dugaan orang lain. Tapi this is it. Dugaan untuk aku dan SS. Maybe dugaan ni la kowt yang akan kuatkan lagi kasih sayang dan cinta ktorg. Amin.

Di kale orang lain seronok melayan ABPBH dekat depan TV harini , aku pulak duk melayan sakit kepale dengan seorang hambe Allah yang masih tak kenal ape itu ertinye penat. Penat ape ? Penat menganggu ex boifrennye. Yaaaa. Dan lebih mendukacitekan dia bukannya takde boifren , ade je. Tapi tulah , aku tak tahula ape lagi yang die nak sebenarnye. Same ade die sebenarnye nak berurusan dengan aku atau ape. As if for me past is past , let bygones be bygones. Tapayah nak ingat balik. Tapayah nak bukak cerite lame sedangkan cerite lame tu sebenarnye da berkubur siap bernesan dah.

Kalau ye kau tak boleh lupe sekalipun , jangan tunjuk dan jangan cube tuk ganggu hidup orang lain. Dan pantang aku pulak , bile orang kacau aku dan aku nak duduk diam ? That's not gonna be me. After all aku dah habes sabar dengan kau wahai wanita. Aku perempuan dan kau perempuan dan sepatutnye kau lebih faham ape yang kaum kau sendiri rase , tapi nampaknye kau tengah cube bermain dengan api dan tengah cube menduge siapa aku. Sediam diam aku , kalau aku dah bersuare. Buruk padahnye. So don't let me do something that is not necessary.

p/s : Kalau ye pon kau memang ade something dengan die , bende da lepas cik adik. Dan semua ni bukan die yang minta. Tapi KAU. Cubelah letak diri kau kat tempat aku. Bukan susah pon. Tapi kalau dah memang macam inilah perangai. Mamposlah haih. :)


xoxo



- Cik Dabel N -

Sunday, April 8, 2012

Skin Care : Tabita Skin Care

Assalamualaikum & Hello.

Mesti macam tertanye-tanye yang Tabita ni menatang ape pulak kan. Tabita ni 1 produk kecantikan. Which is yang my mama pakai sekarang. Harge ? Kalau aku beli memang aku tak payah makan la. Hahaha. Around RM300++ la jugak. Bertahan selama mane ? Tengok pada how orang tu pakai la. For my mama dia pakai tak banyak mane sebab kulit tak teruk pon. So maybe boleh last dalam 4 months.

Buutttt yang malangnya bila aku pon da start pakai jugak. Baru je lepas pakai ni ha. Baru start pakai harini. Nak jugak kulit cantik kannnn !! Tapi bila pakai produk ni. Aku tak boleh nak pakai mekap !! Oh noooo !! Takpe-takpe-takpe. Natural beauty la camni !! beauty ke ?? Lalalala. Ape pun mari kite tengok ape akan jadi kat kulit aku nanti. :)

* Ni lah rupenye Tabita tu !! Weehuuu *


p/s : mekap tak boleh pakai. eyeliner boleh kowt. hahaha


xoxo


Saturday, April 7, 2012

Good

Hey readers , harini aku attend wedding kawan SS. Owhkeyh. Attend dengan keadaan perut yang bergelodak meminta hamun okeyh. Tah ape kene tah perut aku harini. Boleh pulak nak meragam saat-saat aku tengah buat muke berattitude !! Deym.

Muke berattitude kenape ? Haaaa sebab ex gf si SS tu ade. Haish. Kalau ex GF yang tak meroyan takpe. Ni yang dah ade BF tapi still nak meroyan. Tapi aku taulah sebab die kenape. Tanak pointing fingers to anyone. Tapi sumpah aku tak selese betullah tadi. Dahla perut cam H. Situation pon tak berape sedap. Haaaa. Tapi aku tetap berjaye buat muke attitude aku yang amat belagak nak M tu. Hahaha. Lagi aku hangen bile kawan-kawan die cam haaaa. Saje bakar line. Naseb baiklah aku ni reti gelak reti senyum. Kalau idak. Mahunye aku ajak balik tadi. :D

So ape ape pon aku happy sebab dapat jumpe kawan-kawan die. And dapat jugak jumpe ex GF die yang macam bagus je nak hantar sms sesuke hati mak bapak die je. And hope perempuan tu tadelah kacau lagi lepas ni. *harapan yang memang takkan jadi punye*. Hahaha.




p/s : walau ape pun keadaan , sesusah mane pun , aku kene kuat and keep smiling. Sebab tu je senjata yang akan buat aku rase kuat. :)


xoxo



- Cik Dabel N -


Thursday, April 5, 2012

Sorry

Hello and good morning readers , so tired. Risau tak hilang lagi. Tapi as per told by his friends yang die dah ok. Alhamdulillah. Syukur. Penat satu malam pikir pasal die. Can't sleep after all. Now rase nak bawak katil , selimut and bantal datang office. Heee. Tapi now dah tak berapa nak risau since die dah kat rumah. Aku kalau dengar HOSPITAL je mesti pikir negative da. Tapi alhamdulillah aku boleh pikir positive lagi semalam. Aku kuatkan hati aku sendiri. Tak sangke kuat jugak aku ni kan. Heeee.

Sorry ? Kenape aku perlu kate sorry pagi2 bute ni kan ? Tak kesahla aku buat salah ke tak salah ke. Tapi if aku rase salah and aku nak say sorry , suke hati aku la kan. Haaaa. Camni. Semalam besfren a.k.a adik kepada ex gf si die wall aku. Need to talk to him. Memang tak kene mase. Sebab semalam memang aku sendiri da lost. Aku bukan memilih bulu nak kawan dengan sape tak nak kawan dengan sape. Tapi semalam memang bukan the correct timing nak push aku. So haaa mendapatla kau kannnn. Semak sangat.

Ape-ape pun sorry la ye. Memang tak terniat nak kuaja dengan kau. Aku tau niat kau baik. Kau nak cakap dengan SS pasal kau putus cinta. Tapi sorry , wrong timing. Sangat-sangat wrong. Lagi satu , nape kau tak cakap dengan besfren kau sendiri ? Kenape mesti nak cari orang yang sebenarnye tak related pun dengan kau. Tapi aku tak salahkan kau. Maybe kau dah biase luahkan masalah kau kat die. And aku yang tatau how close korang due orang. Ataupun kau just nak cite kat die because of the reason kau kene tinggal dengan boyfren kau same je dengan reason yang SS bagi dekat besfren kau tu. Wallahualam.

So , tulah die. Sorry. Aku memang tak boleh nak pikir hati orang mase hati and kepale otak aku sendiri serabut and risaukan pasal SS. Sekian.


p/s : Kalau ye pon kau perlu cakap dengan die. Tak perlu merayu and push aku camtu. Dan tak perlu jadi bodoh nak buat bukan-bukan hanye sebab putus CINTA.



xoxo




- Cik Dabel N -



Wednesday, April 4, 2012

Risau

Hye readers , aku baru balik dari membeli 3 shawl baru. Tapi tu bukan tajuk utama aku malam ni. Aku baru balik dinner dengan dia. And yes dia tibe-tibe baru nak mengaku sakit pale , susah nak tarik nafas and ape yang die pandang semua kabur. YaAllah. Mase tu aku da tatau nak cakap ape. And alhamdulillah ade kawan dia yang tau tempat ktorg makan tu and datang pick up die sebab die memang dah totally weak. And aku tak pernah tengok di selemah macam tu.

Sangat-sangat risau. Tu je yang aku mampu nak cakap. Risau yang amat sangat. Minta-minta dijauhkanlah yang buruk-buruk. Aku tak nak ape-ape jadi dekat dia. NO ! Now aku tengah tunggu khabar berita from his friend yang pickup dia tadi. Kawan dia kate dorang da stop dekat Hospital Putrajaya. And dia baru masuk untuk dicheck. YaAllah. Minta-minta semuanya baik-baik aja. Amin.


p/s : saye sayang awak , saye cinta awak , awak je yang saye ade. please be good and safe. I miss u dear. I heart u much. Cepat-cepat sembuh. Saye nak awak.


xoxo



- Cik Dabel N -

Kahwin

Hey readers , hari ni aku nak cerita pasal kahwin. Ape aku nak cerita sebenarnye ye ? Ha semakin ramai yang bertanye kepada kami "Bila korang nak kawen" , "Bila nak makan nasi minyak" and some others question la ha. Yang still merujuk kepada KAHWIN.


So here it is , kami belum nak kahwin lagi. InsyaAllah kalau takde aral melintang patah 2 3 4 tahun lagi kahwin la ktorg. Haha. Kalau agak-agak korang over excited nak tengok ktorg kahwin. Bak datang bagi seponser sikit mikit. Hahaha. So bolehla ktorg realisasikan impian korang tu cepat-cepat. Seawal harini pun ktorg boleh tunaikan. Hahaha. So itulah dia , jangan ditanya pasal kahwin lagi yooo. Sobab lambat laie. Heeee.


Ha dari soalan nak kahwin bile , timbul jugak soalan nak tunang bile. Haiyak. Entah kenape la aku ni macam kurang minat nak bertunang-tunang ni. Rase cam membazir je. Hahaha. Tapi kalau si dia nak. Aku layankan aje. Boleh dapat banyak cincin. Kihkihkih. Lepas ni sape tanya lagi bile aku nak kahwin ke tunang ke. Aku karate kang. Hahaha. *tahulah ramai kawan-kawan aku da nak tamatkan zaman single. sedihhh!!*


2 3 4 tahun lagi , banyak lagi mase untuk aku prepare physical and mental aku. Kang kalau tak ready mau ade yang mental breakdown laki bini. Ish-ish-ish. Risiko. Hahaha. Masih ade mase lagi tuk sume ni insyaAllah. Tapi kalau ade rezeki lebih ktorg tak elak nak kahwin awal. Heee. Doakan ktorg ok readers. Love u !!


p/s : entri ni aku tulis curi-curi sambil pandang kiri kanan dan terlupe pandang belakang sebab dorang kate jangan pandang belakang. hahaha. ok da tade idea. baiiii !!



xoxo




- Cik Dabel N -



Tuesday, April 3, 2012

Mirror | Mirror

Heylow readers , ade ke masalahnye yang membace ?? But like , who cares. Harini after work rush to Pavilion. Movie date tonight lah. Weeee. Rindu - rindu - rindu !! So as per entry punye title , tulah title movie yang ktorg tengok malam ni.

Cerita dia , ala SNOW WHITE , sape je yang tak tahu cite SNOW WHITE right. No need for me to be a storyteller right. Nice , fun , cute and sweet la !! So colourful !! Suke sangat dengan dwarfs tu !! Hahaha. Ape pun kepada sape-sape yang tak tengok lagi cerita tu. Bolehla rajin-rajinkan diri tu pergi tengok. Menarik and berbaloi. :)

Ok enough pasal movie , cerita pasal ape lagi jadi harini. Sorry tak ikut susunan cerita. Heee. Harini aku dapat tahu yang adik kepada ex gf encik SS nak add aku dekat FB. Hurm. Wondering kenape tibe-tibe dia nak add , berkawan or mencari lawan ? Agak confuse same ade nak bagi dia add ke tak sebenarnye. Rase-rasenya add je pon kan ? Ape salahnye right. Nak kumpul kawan boleh. But dont cross your limit. Or else bye-bye !! Hahaha.

Next , pasal lelaki yang curang. Hurm. Ya kalau nak curang or nak buat perangai sekalipun janganlah sampai kantoi. Kalau dah kantoi. Even apa kau cakap sekalipun takkan makan kat hati kaum Hawa ni haaaa. So tak payahla menipu. Kalau da kantoi tu jujur jelah. Susah sangat ke nak jujur ? Kalau dah orang tanye jawab aje. Tak payah nak dalih sane sini. Lepas tu nak pulak dipertahankan orang ketiga tu instead of girlfren sendiri. Ape da. Mau makan kaki ka ?

Perenggan seterusnya , pasal ex yang masih ligat ambil tahu pasal kita walaupun mulut kate "nehi". Hahaha. Tapayah nak deny hati tu kalau masih ingin ambil tahu. Tak payah nak cover konon benci padahal sebenarnye suka. Hahaha. Tak payah nak mengata yang buruk-buruk andai dalam kepale masih berputar segala yang indah. :)


Itulah dia , sedikit sebanyak yang terjadi harini. Sampai ketemu lagi yaaa. Selamat malam.

Mr Char Kuey Teow VS Miss Kimchi Ramyeon



xoxo



- Cik Dabel N -



Monday, April 2, 2012

Sunyi | Sepi

Hey , hey , hey kawan-kawan. Harini daripada pagi sampai ke petang cuaca agak mendung je. Dalam office pun naik beku ditambah dengan bunyi bersin di kiri kanan depan belakang. Haaaa. What a day. Harini , extremely bored. Macam ade kurang something tapi jenuh mencari apa yang kurang but still tak dapat lagi.

Apa yang aku nak buat harini semuanya aku buat dengan tak bersemangat. Haiyak. Apa sudah jadi ni. Nak kata kurang makan , kurang online , kurang tido rasanya semua cukup. Pelik betullah. Tapi takpe. Jangan dilayan sangat. Later mengarut-ngarut yang dipikirnya nanti. Negative thinking je pulak kalau makin dilayan. So sssshhhh. *yoga* :)

Encik SS pun busy harini. Daripada semalam. Penuh betul event dia tu. Tak pernah ditolaknya pelawaan. Hahaha. Nak buat macam mana dah bercinta dengan YB. So , tengok ajalah ye Cik Dabel N oooiii. Btw ya aku macam rindu dia. Sangat actually for today. Tapi ya harini dia tak dapat dijejaki sangat. Tu yang patah sayap sikit tu. *sedih + gedik* Hurm , so itu jela rasanya nak tulis for tonight. Tade ilham. Just wanna say that i miss him very much today. Sorry tukang-tukang bace , mood weng + jiwang + syahdu sikit malam ni.


Selamat malam.


xoxo


- Cik Dabel N -


Eh mulut , celuparnye.

Hey , hey , hey. April yang diharapkan dapat bawak a bit ketenangan nampaknya dah bermula tak tenang dengan keadaan sekeliling yang tak pernah nak reda. Almaklum I kan ramai yang sayang. So memang banyak orang nak tau and nak bercerita pasal I. Ahax ! *suke bagi i perasan gelemer tauuu*

Ape pon pade kau orang kat luar tu. Yang cube nak tengok aku jatuh tu , berusehela lebih gigih. Usehe tangge kejayaan tau bak kate cikgu bahasa melayu aku dulu. So berusehelah ye. Chaiyok-chaiyok. I'll support u. Ahah ! *kau mampu nak support orang yang nak jatuhkan kau ?* Apela kau busuk hati sangat tengok aku ni ? Owh sebab aku mampu senyum selebar iklan ubat gigi ? Hahaha.

Haish. Sabar jela aku dengan perangai manusia yang macam kau ni. Katenye tak baik bukak aib orang , tak baik kutuk belakang , katenye biala orang nak kate ape pown janji Allah tahu. Tapi ni nape suke mereka-reka cerita , meracun sini sane ? Kalau nak meracun sangat. Pergilah cari kawasan berlalang. Ha tu memang boleh kau meracun. Ape pon tak boleh. Ni la die namenye meroyan ye kawan-kawan. Mase depan mate ekau buat bodoh , da pergi belakang mate ekau mulela mengate. Ampun perhangai.

Kalau agak-agak tak boleh tengok aku senang , tapayahla sampai bersusah payah macam ni. Tak dapat ape pown toq buat macam ni. Buat aku rase nak gelak berguling-guling macam anjing Shin Chan je la kau ni. Suke tau melawak dengan aku. Hahaha. :)


p/s : dulu akulah yang kau sayang-sayang , sekarang akulah yang kau siamang-siamangkan ! Upsss. :D



xoxo




- Cik Dabel N -



Sunday, April 1, 2012

Kisah April

Alhamdulillah , sudah masuk bulan April. March telah pun melabuhkan tirainye semalam dengan sambutan Earth Hour pada hari terakhir di bulan March. So what's next ? Ya we are talking about April.

Adekah semuanya akan baik-baik saje seperti March ? Minta-mintalah ye. Walaupun pagi 1 April ni pon aku da dapat nightmare. Scary one pulak tu. Tapi mimpi kan ? InsyaAllah takkan jadi nyata dengan izin DIA. Hurm. Ape mau buat harini ya ? Haaa maybe outing dengan mama. Facial maybe ?? Yaaa maybe. Sebab lately ni asik stress je. Tido sume tunggang terbalik terlingkup. So memang naiklah mak datuk nenek jerawat kat muka ni. Owh noooo !!

Dannnn bulan April ni jadual aku akan penuh dengan aktiviti "orang kawen". Dannnggg !! Banyak jugak invitation orang kawen for us until bulan 6 !! Amma appa yenna. Sume orang sudah mahu kawen woo. Ktorg ??? Hahah jadi tukang makan jela dulu. Amek berkat ke kannnn. Kuang3. *gatal ni*. Tapi ape salahnye berhangan nnt jadi realiti ke dapat kawen awal. Warghh gettuw !! Tak mengalah impian. :D

So ya wedding 7.4 ni dekat Putrajaya , kawan Encik SS. Theme peach tapi aku dengan Encik SS tade baju wane peach. Ha pulokkkk dahhh. Nak pakai baju ape ni awak awak oooiii. Peninglah mak jemah. Semestinye nak look good and great mase tu. SEBABBBBB ex gf Encik SS ade la pulokkk. Haiyokkk. Tatayokkk !! Semestinye aku nak kelihatan anggun. Waceh. Walaupun perangai rupe gangster. Tapi anggun itu penting okkkkk. *muntah hijau* :D


p/s : ok da malas nak merepek. nak kemas rumah later nak menjoyah dengan mama. nak facial facial facial sebab muke da berkeladak hitam gare-gare F1 !! Deymm. I hate u Schumacher !! :D



xoxo




- Cik Dabel N -

Hey , Kamu

Hey kamu , happpy 2nd month Syazwan Shumali.

- Thanks sebab buat sy happpy + teruja setiap hari. Walaupun orang kate jumpe tiap-tiap hari boleh jemu. But for me , NO ! Sebab sy rase happy tiap kali sy jumpe awak.

- Thanks sebab awak suke dengar sy membebel + mengarut and awak pown suke jugak menyampuk dan mengarut dengan sy.

- Thanks sebab masih mampu bertahan melayan kerenah pelik + jelik sy ni. Hahaha. Almaklum sy ni spesies hampir pupus sikit perangainye. :D

- Thanks sebab masih mampu dibahan oleh sy dengan teruknye. Sebab awak panggil sy MB sy panggil awak TC !! Ha padan muke awak. Sape suruh start. :p

- Thanks sebab selalu ade dengan sy especially time yang sy sangat-sangat perlukan awk iaitu mase sy diganggu anasir-anasir jahat. Bahahaha.

- Thanks for your support tuk sy sahut challenge orang sekeliling sy yang tak suke tengok kite together. Walaupun ade yang tak boleh tengok kite senang tapi thanks sebab awak selalu buat sy rase senang dan tenang. :)

- Thanks sebab selalu bagitahu sy betape pentingnye sy dalam hidup awak and betape awak tak boleh hilang sy. Terima kasih.

- Thanks sebab berjaye buat sy rase dihargai , disayangi dan dicintai. Terima kasih.


p/s : banyak lagi thanks nak ditaip , tapi takut ade yang muntah hijau bace entri JK sy kali ni. Bahaha. Sorry mood bercinta tengah ON so jangan nak komplen ye para pembace mahupun setalker. :D


xoxo



- Cik Dabel N -


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah