Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, July 31, 2012

Mistakes , DANGG !!~

Hey readers . happy 11th Ramadhan !!

Only a few more days left to say hello Syawal. Alhamdulillah. Hari ni jugak last day in July for this 2012. But today is not a better and a good starter for my day.

What's wrong ? Just enough for me to say that this is all my mistakes that I need to pay for. Hurm. Don't have a simple word that can describes how I felt right now. Everything just ruined by ME !! Congrats-congrats.

Hoping that today is gonna be a good day seems like dah tak masuk akal. Whatever it might takes I would like to ask for your apology. I'm sorry. Deeply sorry. :)

p.s : I bear all the consequences. * OH MY ENGLISHH!!~ *


xoxo


- Cik Dabel N -

Monday, July 30, 2012

Welcome to Perak : Seri Iskandar & Bota & Titi Gantung , HEHE !!~

Hey readers , 2nd entri untuk harini insyaAllah !

SERI ISKANDAR

Actually entri ni aku taip sebab aku teringat kenangan-kenangan aku mase dekat Perak dulu. Buat ape pulak aku dekat Perak ? Pada yang tak tahu aku ni bekas budak UiTM Seri Iskandar. Selama 3 tahun kat sane , mane je tempat yang aku tak pergi ? Actually untuk entri part 1 ni aku nak cerita pasal Seri Iskandar dulu dan sekarang.


Banyak ke perubahan yang dah jadi dekat sane ? Wallahualam sebab aku pon dah tak jejak kaki kat sane. Tapi hasil riki-riki maklumat dengan memember. Seems like Seri Iskandar is no longer tempat jin bertendang. Hahahaa. Ape perubahan yang dah jadi ??

Okeyh let me see , dulu zaman aku study - tempat nak beli barang-barang keperluan adelah Pasaraya Halida dan Pasaraya Rahmath. Tu je yang ade okeh. But now , dengar khabarnya dah ade Tesco dekat sane. Kemainnn kannn~ Mesti muke-muke budak UiTM je melepak kat situ , kalau tak pon mesti muke budak-budak UTP. Tapi selalunya budak UTP tak lepas Seri Iskandar , dorang straight terus ke Ipoh. Hohoho.





Gambar 1 : Pasaraya Halida (nearby Petronas)
Gambar 2 : Pasaraya Rahmath (ade banyak cawangan)
Gambar 3 : Tesco kebanggaan rakyat Seri Iskandar

Pasal fastfood pulak , hanya Kfc je yang ade okeyhhh , tapi tu pon mase aku nak dekat final semester baru nak ade. Sebelum adanya Kfc tu ktorg selalunya akan ke Batu Gajah since tu je nearest Kfc , sampai-sampai kampus pon ayam dah sejuk beku. Mase Kfc baru bukak dekat Seri Iskandar tu masing-masing sangatlah jakun okeyh. Sikit-sikit nak pergi Kfc dekat Bandar Universiti , macam dekat KL dah takde Kfc. Tapi itu sangad membanggakan okeyh bagi kami penduduk kawasan tersebut !! Tak lupe jugak dengan kehadiran kedai Ayamas. Haaa. Dapatlah jugak ktorg hilangkan kempunan nak makan roasted chicken. Dan sekarang khabarnya McDonalds pulak akan dibuka di Seri Iskandar. Wowiee !!~ Sangad jelly ok , sebab time aku dulu ktorg kene sewa kereta semata nak makan Mekdi. Mekdi yang terdekat pon dekat Ipoh tak pun dekat Manjung. Haaa bayangkan aku dengan member aku pernah merempit pergi Manjung semata nak makan Mekdi ? Kau nampakk tak betapa membangunnye Seri Iskandar sekarang ???



Gambar 1 : KFC yang bersebelahan dengan maple tempat aku lepak dulu. Al Bayan name maple tu. Hahahaa. :D
Gambar 2 : Mcdonalds yang under construction (betul ke salah Seri Iskandar nak ade Mekdi ?? sebab aku pon dapat jawapan hasil gugel aje.)

Next is , hotel yang ade dekat Seri Iskandar. Zaman aku study tu pon hotel tu tengah construction lagi. Tapi signboard je yang naik paling awal. Hahaha. Pon salah 1 kebanggaan rakyat Seri Iskandar ok sebab before ni yang femes hanyalah homestay. Now dah ade hotel , kire upgrade r sikit. Hahaha. Hotel Putera Seri Iskandar kalau tak silap aku name hotel tu.


Gambar : Berdepan hotel ni ade kedai makan kalau tak salah aku , takut dah demolish pulak. Hehehe. Deret dengan hotel ni pon ade Klinik 1 Malaysia (klinik yang aku selalu g , kengkonon nak MC tapi hampehhh).

Tempat lepak ? Semestinya la kedai mamak a.k.a maple , sebab murah lagi berpatutan plus ade WiFi so bolehla buat grup discussion. Kannn !!~ Banyak gaklah kedai mamak dekat Seri Iskandar tu tapi takdela sebanyak dekat KL ni. Antara port-port kegemaran ktorg semua : Rahmath , Rahman Corner , Al Bayan. Kalau kedai melayu pon banyak jugak , antaranya : Madina , Lanz Cafe , Deli Corner , TG Corner dan sebagainya. Sorry la , gambar-gambar kedai makan ni takde la pulak. Takpe nanti once aku pergi jejak sane balik aku snap dan update dekat entri ni ok ?

BOTA

Tadi aku dah story sedikit sebanyak pasal Seri Iskandar , now da masuk zone BOTA pulak. Takde ape pon aku nak cerita pasal Bota ni , just nak bagitau yang Bota ni terbahagi 2 iaitu Bota Kiri dan Bota Kanan. Dekat Bota ni yang femes pon hanyalah kedai jual satay ataupun lebih dikenali dengan nama Satay Bota. Ktorg dulu kalau teringin nak makan satay , memang kat sini la portnya. Hehehe. Sebab murah & rasanya pon sedap. Tapiiiii kene queue yang panjang okeyh !! Plus kalau lambat habes. Kiranya sape cepat die dapatlah. Hehehe. 



Gambar 1 : tengok betapa panjangnya orang beratur semata nak beli satay. Huhuhu.
Gambar 2 : Harga dalam list ni tataulah valid lagi ke tak sekarang ni. :)

Next , Restoran Hamizi Selera Utara , lauk pauk die sangatlah banyak ok ! Rasenye pon sedap. Ade ikan bakar jugak. Hanya bukak untuk makan tengahari je. Same macam satay bota jugak , sape cepat dia dapat makan. Kalau idok ? Nganga jela. Hahaha.



Gambar 1 : Lauk pauk kampung , hidangan untuk tengahari.
Gambar 2 : Terpampang beso name kedai , yang bestnya kedai ni tepi bendang !! :DD

TITI GANTUNG 

Station berikutnya , Titi Gantung. Untuk ke Titi Gantung lalu Bota terlebih dahulu. Terima kasih. Hahaha. Okeh guys , again kedai makan lagi yang aku nak tunjuk. Dekat Titi Gantung ni takde ape pon actually , rumah kampung adolah. Haaa tapi jangan ingat macam nothing pulak. Kat Titi Gantung ni ade kedai jual desert yang diberi nama Bubur Perak. Kedai ni owner dia adelah family angkat aku mase study dekat Seri Iskandar dulu. Sekarang ni Bubur Perak dah ade 2 cawangan okeyh. Dah membangun dah la orang kate. Tahniah Pak Cik , Abang Man , Muqit and Udin. Kat kedai ni ade jual banyak jenis manisan yang korang boleh pilih mane 1 korang nak. Semuanya bestt !!~




Gambar 1 : Bubur Perak branch yang pertama.
Gambar 2 : Varieties of bubur boleh korang dapat kat sini. Semuanye punn sedap dan murah pulak tu.
Gambar 3 : Bubur Perak branch kedua.
p.s : Rindu pulak nak minum air mangga susu dekat kedai Lanz Cafe , nak minum ais jagung extra susu dekat Bubur Perak , nak makan makanan kampung dekat tepi bendang , nak beratur beli satay. Semuanya nak buat. Sebab semuanya pon bestt !! Nyumnyum :P



xoxo




- Cik Dabel N -

My 9th Ramadhan , WEEE!!~

Hey readers , salam 10th Ramadhan untuk korang semua !!

Alhamdulillah sudah masuk puasa ke 10 harini. How puasa korang semua untuk 9 hari ni ? Dah start ade rongak-rongak ke ? Alhamdulillah aku masih berjaya berpuasa full untuk 9 hari ni. Yeayyy !!~

Dan journey 9th Ramadhan aku bermula sejak awal pagi lagi. Where did I go early in the morning ? Aku pergi temankan Encik Dable S melawat kubur arwah atok dan nenek dia dekat Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang. Bila dengar Encik Dabel S cakap yang dia bukan datang sorang dah tapi datang dengan aku jugak , rase terharu plus sedih sangat time tu. Dan tibe-tibe terasa rindu dekat arwah nenek aku. Al-fatihah. Sangat tenang suasana dekat kawasan perkuburan tu eventhough kite tahu location dia betul-betul dekat dalam KL. (Nearby KLCC)


* credits to : Utusan Melayu (klik link ni untuk membace serba sikit tentang tanah perkuburan tersebut). *

Selesai di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang , ktorg terus ke Serdang untuk membeli bahan nak buat kuih makmur kiriman mamanya. Hohoho ! Seterusnya kami ke Putrajaya (rumah Encik Dabel S) menghantar barangan kiriman sambil memberi peluang Encik Dabel S pergi membuat taik mata gara-gara baru balik kerja 6 pagi tu. Huhuhu. Dannn aku ?? Ape yang aku buat dekat rumah orang ?? Aku tengok mamanya menguli tepung nak buat kuih makmur. Yeayy!!~


* Haaa ni la die hasil aku membentuk kuih makmur tu jadi bulat-bulat. Tapi bak kata mama dia "Ni kenape ade macam bentuk UFO" , miahahaha. Biasala org angkasa lepas buat kuih kannn~ *


* Dannn inilah hasilnya. Tapi aku tak sempat tunggu sampai siap bakar semua. So aku gugel jela untuk korang camne rupe Kuih Makmur ni. Hahahaha. *

Bahan untuk membuat Kuih Makmur adalah seperti berikut :

Untuk buat doh kuih makmur :
1kg tepung gandum (tak kisahla brand apa)
1/2 tin minyak sapi (name femes GHEE)
Gula kasar ikutla nak manis mana (campur dengan tepung gandum + ghee)

Untuk intinya :
Kacang yang dah dikisar

Untuk finishing :
Gula aising (untuk golek-golekkan die jadi putih cam gambar kat atas)

Selepas berjaya membulat-bulatkan sebanyak 115 biji kuih makmur , ktorg pon bersiap nak pergi survey location of Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan dekat Pelabuhan Klang. Selesai survey , ktorg ke Plaza Alam Sentral semata menghabiskan masa menunggu waktu berbuka puasa dekat Wong Solo Seksyen 7 Shah Alam bersama kawan-kawan Encik Dabel S dan tak lupa jugak kawan baik aku Si Piqa !! :D





* Gambar 1 : Location Wong Solo Seksyen 7 Shah Alam (landmark Jakel dan berhadapan dengan Restoran Ikan Bakar Bubu.)
Gambar 2 : Menu berbuka puasa aku semalam - Set ayam bakar berharga (RM10.90 - belum campur tax !!)
Gambar 3 : Sayur asam (lauk extra untuk aku yang tak suka makan nasi kering tak berkuah) berharga RM6.90 kalau tak silap aku. :D
Gambar 4 : Jus Alpukat or Jus Avocado (semalam da oder tapi takde pulak. Kalau nak try bolehla cube dekat Wong Solo Bandar Seri Permaisuri Cheras) berharga RM6.00. *

Dan dekat bawah ni pulak , gambar aku dengan besfren aku merangkap kawan susah senang aku. :)



* Inilah dia peneman aku semalam , maceh Macik Piqa !! Kalau takde ko sure-sure aku da jadi tunggul kayu. Hahaha. Rindu gile dekat minah ni. :D *

Dan ni pulak gambar akibat bosan di tahap melampau , mase menunggu kawan-kawan Encik Dabel S nak sampai ke lokasi yang dijanjikan.



* This is our first picture for our first Iftar , sebelum ni asyik terlupe je nak snap even 1 picture. Hahaha. :P
Sibuk je macik tudung polkadot tu nak masuk dalam gambar aku , crackk crackk !! *
Selepas berbuka ktorg semua ke Ole-ole dekat Seksyen 18 untuk main bowling , tapi aku tak main pon sebab semalam aku terlalu ladies (berdress turqoise) , hahaha. So macam nanti ade yang telentang dengan dress-dressnya. Gambar-gambar bowling aku masukkan dalam entri lain. Sebab terasa macam dah meleret dan panjang berjela-jela dah ni. :D


p.s : itulah dia serba sedikit journey aku di tarikh 9 Ramadhan. :)



xoxo



- Cik Dabel N -

Sunday, July 29, 2012

Shopping raya - Selesai ke Belum ??

Hey readers , salam 8th Ramadhan.

Harini menulis entri agak lambat sikit tak macam hari-hari biasa , sebab harini seawal pagi (takdelah awal mane pon) aku dah duduk/meniarap/menelentang melayan korean drama dekat maaduu.com. Hehehe. Setelah macam agak lama tak menghadap korean artis yang cute miut tuhhh. Melayan cerita I DO , I DO tapi kalau tanye aku sape pelakon drama tu yang korang akan dapat adelah gelengan semata-mata. Ahkak tak tataula uolllsss sape belakon. Yang aku tau adelah tengok sahaje. Hahahaha. Melayan sampai episod 3 mama tibe-tibe sms dan tanye :

" Kak , ko nak ikut g cari tudung tak ?? "

And absolutely aku takkan rejek punyelah !! Shopping kot sape nak rejek pelawaan tu kannn~. So aku pon siaplah sesimple yang mungkin and ready untuk jalan-jalan ! Huyeahhh !!~


* Jom jalan-jalan. Yeayy !!~ Actually tudung bawal corak berwarne cokelat (RM 7) and maxi dress kaler mustard (RM 30) aku tu masih berbau kedai. Hahaha. Aku beli dekat Times Square je ponnn hari Khamis lepas. :) *

Asalnya destinasi ktorg ialah Section 7 Shah Alam gara-gara mama dan kezen-kezen aku nak borong tudung dekat sane. But since malam ni ade majlis berbuka puasa dekat rumah atok , so terpaksalah kensel untuk ke Shah Alam and pergi Jalan TAR je. Pffttt !!~ Ramaiiiii orang okehhh. Tips untuk parking : Parking kenderaan anda dekat building sebelah Semua House (RM 2.50 for 1st hour and RM 2 for subsequent hour.)

1st spot : Kedai tudung HAJRA , ohhh banyakkkk gile tudung okeh. Tapi semuanya aku tak berapa minat. Hahaha. Sebab aku rasa macam tak kene je kalau aku pakai. Hahaha. (Yaaa aku memang choosy sikit , hahahaha.) So , dalam pada menunggu mama dan kezen-kezen aku membelek-belek tudung , aku dan kezen aku lagi sorang dah sempat snap gambar merate-rate dalam kedai tu. Hahaha. Dannnn inilah hasilnyeeee. 





* Seee , orang sebok beli tudung , aku sebok snap sane snap sini , kezen akulah anak buah akulah semua jadi mangsa snap. Yang tengah beli tudung pon sempat selit. Haaa acane ? Mak dengan anak same je. Miahahaha. *

Tapiiiii , dalam pada aku tak minat tudung dalam tu , aku sempat jugaklah terbeli 1 selendang polkadot wane turqoise. Nak tengok tak ? Nak ke tak nak ke , aku nak tunjuk jugakkk. :P


* Heeee , aku beli tapi aku sendiri tatau nak pakai camne , maybe tutorial dekat blog Maria Elena boleh membantu aku. Selendang ni boleh didapati di Hajra berharga hanya RM 58 sahaja.:) *

2nd spot : Ampang Park , location yang paling boleh buat aku rasa nak beli semua je baju kurung kat situ. Hahaha. Asalnya aku taknak beli baju kurung pon. Takut bajet lari. Hahaha. Almaklum tahun ni aku nak kene hulur duit rayekannn~ So , macam buat dek jelah. Tapiiii dah masuk 1 kedai ni namenya Az Zara (dekat tingkat 1) terus berubah fikiran dan TERBELI sepasang baju kurung !! Haaaa sape nak tangggung ??




* Inilah dia baju kurung raya aku untuk tahun ni , kaler hitam + shocking pink (sulam). Yang aku suka dekat baju ni sebab kain dia ade 2 layer. Tengok gambar last sekali tu. Ade 2 layer kannnn ?? Murah je baru RM 179. Heehehe. Bolehla korang nak borong lepas ni. :D *

Tu jelah yang aku nak kongsi dengan korang untuk harini , sorrylah kualiti gambar baju kurung aku tu macam tak ikhlas je. Hahaha. 

Tenkiu for your time reading my crappy talk here.


SELAMAT BERSHOPPING SEMUA !! :DD



xoxo




- Cik Dabel N -

Friday, July 27, 2012

Makan | Makannnannnn , Heee !!~

Hey readers , selamat petangg !!

Entri yang ke-2 harini , actually ni kan bulan puasa. Bila petang-petang ni mulelah dengan saje je menggugel gambar makanan , bukannye lapar ke ape. Tapi saje nak cari ilham nak buka puasa makan ape. Hahaha. Dannn untuk harini , tekak ni dengan gediknya terasa nak makannnnnnn , sila scroll ke bawah dan lihatttt !! (Jangan ade yang telan air liur ehhh ehh ehh.)


* REBUNG MASAK LOMAK CILI PADI , aihhh !! Asyuk seh kalau dapat niehhh !! *


* Ini pulakkk , GULAI ASAM KELADI. Perhhh ! Mantap gak ni. Bulan puasa ni aku baru sempat makan sekali je. Tu pon hasil tapau dekat bazaar Ramadhan Putrajaya Precint 2. TEHE!!~ *


* Dannn ini PUCUK UBI TEMPOYAK , haaa. Sedap kowt !! Tak tipu. (Tapi tengok orang yang masak r. Hahaha.) *


* Tu diaaaa , AYAM GOLEK PANTAI DALAM. Sangaddd ohsem okehh !! (muka like likee likee soooo serious !!) *

Tu untuk bahagian lauk yang aku nak makan , pasal kuih pulak ?? Ape kuih yang aku suka makan ?


* PUDDING CARAMEL ohyeahh !! Kalau gunekan telur dengan banyak pudding ni boleh jadi sangat lembut teksturnya. Haritu aku de beli dekat bazaar. Tapiiii koreh !! Frustrated teruk mak nyahhh !!~ *


* Ondeh-ondeh ataupun KUIH MELAKA , ponnn aku suke makan. Tapi biasela melekat-lekat kannnn. Hahaha. Seumo hidup aku sekali je aku buat kuih ni. Nak tau bile ? Mase Tunas Puteri (sekolah rendah) tu jela sekali !! :D *


* Last but not least , MURTABAK uollss. Korang nampak tak plastik putih yang berisi cuka + bawang tu. Haaa tarbaikkk kot kalau dapat cicah bersama murtabak ni woiii !!~ *

Okehhh , itu saje untuk aktiviti menjamu mata di kala petang Jumaat ini.

Selamat berbuka dan berbazaarian semua !! :)

p.s : sile klik sini untuk mendapatkan resepi lauk pauk kat atas tu , except for Ayam Golek Pantai Dalam. Terima kasih jugak untuk Encik Gugel for the picturessss. :D

Tenkiu for time and tenkiu for readinggg. Ngeee !~



xoxo




- Cik Dabel N -

Counting days , BAHAHA !!~

Hey readers , salam 7th Ramadhan.

Alhamdulillah , hampir selesai sudah seminggu berpuasa. Mesti kegiatan shopping raya tengah hampir nak ke kemuncaknya. Dannn aku pulak still tak shopping lagi. Hahaha. Redah jela pakai baju tahun lepas. Ok gak apeee. :D

My 1st countings - Semestinye counting days untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri , hehehe. Sebab nak makan kuih raya , nak jalan-jalan raya. Seronoknyaaa !!~ Lagipun tahun ni masa raya jugak aku and family nak pergi Cameron Highlands , hohoho. (Almaklum kampung takde , so ktorg plan for family vacay. Heee.) Lame dah tak bercuti dengan family. Huhuhu. (semestinye nanti banyak gambar aku nak kasi upload kat sini.) :D


  * Semestinya nak pergi meminum teh , memakan seteroberiii dekat scene Ombak Rindu tu , hahaha. Mood berhangan ON !! *


* This is where aku akan menumpang tido untuk 3D2N , Hotel De La Ferns , mehla ramai-ramai kite g holidayyyy sesameee. *

My 2nd countings - Counting days untuk my relationship with Encik Dabel S , alhamdulillah gonna be 6 months this 1st August. Alhamdulillah. Syukran !!~ Hope that everyone will pray for us and hope that everything will be just fine for US. :)

My 3rd countings - Masih lagi mengenai Encik Dabel S. I will also counting days to celebrate our first year since our first met last Ramadhan (2011). Hohoho. Tak sangka dah nak dekat setahun dah ktorg kenal. 10 August is gonna be the date. Save the date yaaa. (Ape kau ingat kau retis nak suruh orang save the date ?? Miahahaha.) But we are not going to celebrate it this year. Since aku ade event iftar with colleague dekat Intai-intai on that date dan si dia pulak terpaksa bekerja masa tu. Huhuhu. Sobsobsobss !! :'(

My 4th countings - Ohhh masih berbual mengenai KAMI. Bukan saje counting days untuk our relationship yang telah memasuki bulan ke-6 dan jugak perkenalan ktorg yang dah hampir menjangkau 1 tahun tapi aku jugak counting days untuk our 200 days in a relationship !! Hoyeahh *tiup-tiup wisel*. Ya , hubungan ktorg ni akan masuk 200 days on our last day of Ramadhan !! Heee. Semuanya kebetulan yang tak dijangka.

 Sesungguhnya Ramadhan yang lepas dan jugak Ramadhan tahun ni adalah yang terindah untuk aku dan dia. TEHEEE!!~ (Jiwang pulokk.)


* This US , Alhamdulillah - thanks to Allah cause give him to ME !! :) *


Klik sini dapatkan Stick My Family Creator yang macam aku buat ni. Hehehe. :) 
\

* Dann ini adalah aku di hari Jumaat yang mulia ni , orang duk busy buat keje , aku duk busy menghadap blogger. Ampunn ye bos , saye curi tulang sikit jeeee. :p *



p.s : May Allah bless all of us , especially YOU - my beloved readers and followers.

Tenkiu for your time to read my crappy entry.



xoxo



- Cik Dabel N -

Thursday, July 26, 2012

Renungan bersama di bulan Ramadhan , hohoho !!~

Hey readers , salam 6th Ramadhan !!

Alhamdulillah , selesai sudah 5 Ramadhan untuk tahun ni. So , korang semua acane ? Dah beli baju raya , kasut raya , handbag raya ?? Kalau belum , joommmlahhh kite shoppinggg same-same. Hehe !!~

Entri harini aku nak cerita pasal new life aku , (errkkk , kenape new life eh ???) , hurmm. Ape yang menarik ? Takdela menarik sangat pon sebenarnye. Just renungan bersama. :)

Kalau suatu masa dulu , mungkin aku dikenali sebagai seorang perempuan yang tak tutup aurat. Yang suke huhahuha sane sini , keluar melepak here and there. Bergaul dengan mane-mane orang tah. Pffttt !! Obviously memang orang kate LIAR !! Sampailah macam-macam panggilan aku ade. Daripada yang sedap didengar dekat gegendang sampailah yang rasa nak maki orang bile aku dengar. Haaaa. Dashat kan ??

Dan kenape tibe-tibe aku jadi camni ? Semua orang atas muka bumi ni diberi peluang untuk hidup sekali je. So use it wisely la kannn !!~ Dan dengan itu kita semua ni hendaklah menggunakan peluang yang diberikan tu dengan sebaik-baiknyaaa. :)

Kalau kate kita tak boleh berubah untuk menjadi baik , yaaa sudah tentu tiada sape mampu jadi yang betul-betul baik. Tapi kita masih boleh mencuba untuk menjadi yang terbaik bukan ?? Maybe takkan mampu tuk puaskan hati orang lain , tapi boleh puaskan hati sendiri pon kire Alhamdulillah. Actually orang sekeliling pon memainkan peranan penting dalam perubahan dalam diri kite ni. Cuma kitalah yang bertanggungjawab untuk pilih yang positive instead of negativity thoughts. Kalau kita asyiklah menadah telinga untuk yang negatif makanya sampai bile-bile pon kita ni takkan berubah. So , kenelah berani amek risiko. Persetankan ape komen negatif orang kepada kita. Aku sendiri pernah diberi negative thoughts , antaranya :
  • " Arghh kau , boleh ke berubah ?? "
  • " Si setan macam kau nak jadi baik ??? "
  • " Kalau takat nak berubah 2 minit baik tak payah "
  • " Dah kalau memang rupa itu perangai , tak payahla berangan. "
Besides of negative thoughts , still ade yang bagi aku positive thoughts. Alhamdulillah. Antara positive thoughts yang aku pernah terima :
  • " Alhamdulillah , terbukak jugak hati kau nak berubah. "
  • " Abaikan ape orang kata , amek yang positif dan abaikan yang negatif. "
  • " Takde siapa boleh merubah diri kita selain daripada diri kita sendiri. "
* Contohnya 3 artis dekat atas ni (Irma Hasmie , Yatt Hamzah dan Diana Amir) , mereka juga telah melakukan perubahan yang besar pada diri dorang sendiri. Ingatlah kawan-kawan semua , tiada apa yang mustahil untuk kita buat dalam dunia ni. :) *

Sekian sahaja untuk renungan kita bersama di bulan Ramadhan ni , sehingga bertemu lagiii !!~

p.s : hanya sekadar renungan sesama manusia , buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih.



xoxo



- Cik Dabel N -

Wednesday, July 25, 2012

Eh eh , dah ade !!~

Hey readers , salam berbuka puasa !!

Almost sejam lagi nak berbuka puasa , and yesss seperti yang korang semua nampak. Blog aku dah ade HEADER PICTURE !! Huyeahhh !!!~

Selepas bertahun-tahun blog ni wujud dalam alam maya ni baru aku terlintas nak letak header kat atas tu. Haaa so ape pendapat mendapat korang ?? Okeh ke ?? Nampak macam mengenang nasib kannn ? Sesuwaii benor le dengan blog description aku tu. Heeee. Sukeee mak nokkk !!~

Inilah die gambar yang menjadi HEADER aku tuh :-


p.s : selamat berbuka puasa semua. :)



xoxo




- Cik Dabel N -

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah