Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, August 30, 2012

Hobin Jang Hobin VS Kejor Yob Kejor , woo!!~

Assalamualaikum & Hello.

Errkkk , me again !!. Hewhewhew. :D
Actually entry ni telah dipostponekan beberapa hari.
Gara gara menunggu gambor daripada Cik Rina.
*almaklumla malam tu teman tak bawak camera*
Dan harini barulah berkesempatan nak berkongsi kongsi dengan korang semua.


Aku ingatkan nak pergi pintu masuk Stadium Paroi ni jalan dia takdela adventure.
Aleh aleh amekkk kauuu , kene turun bukit pulakk. Dangg~
Gambar atas ni muka ceria je sebelum tengok bentuk muka bumi kat situ. Kihkihkih. :D


Pose yang hampir same dengan Cik Rina , hahaha.
Peace tu memang tak boleh nak tinggal.
WAJIB ade okeh !!



Haaa tu diaaa , penuhnya umat Nismilan dalam stadium.
Penyokong Peyrok mane ??
Tuuu haaa dekat ceruk belah kanan gambor tu.
Sikit je ?? Ate kome tengok nanti mase lawan kat Ipoh.
Teman jamin ramai punyee !!~


Dekat kaki Cik Rina tu air oren stadium name die.
Singgit se , hahaha. Tapi dok sedak !!
Tak rase ape ponn. Standardla stadium kannn~
Ape kau ingat ni Starbuckssss ?? Mahupun Chatime ?? :P


Kat tangan aku ni pulak namenye Burger Stadium.
Disebabkan balik balik keje dengan tak makan terus shoot g Paroi.
Makanya , nak ke taknak ke kenala jugak rembat burger ni.
Isi kandungan ?? Roti , sos , kobis , daging nipis tah pape rase , roti lagi. Hahaha
Sebijik ni pon dah 2 hengget kau tauuuu.





Camwhore dengan Cik Rina memang dah jadi satu tabiat. Kihkihkih.
Gambar yang last tu nampak cam muka terpaksa kannn~
Muka terpaksa pegang MAFLA NISMILAN. Hewhewhew.
Kalau ktorg tak pegang nanti Eshat tinggalkan ktorg kat tepi jalan. :D
Soo , amek hati pegang la sikit sambil senyum rela dalam terpaksa. Bahahaha.



Gambar 1 menunjukkan ketekunan Encik Dabel S nak bukak peket kuaci. Tralalala.
Gambar 2 menunjukkan semangat Hobin Jang Hobin si Eshat. Kahkahkah.
Ade ke patut die pakse Cik Rina pakai baju nismilan. Hahaha
Naseb baiklah baju tu beso lalu Cik Rina pakai jersey Malaysia je. :DD



Tu diaaa semangat orang orang Nismilan , perghh !!~
Siap ade banner bagai. Sabor jela yob. Hahaha
Siap ade baling baling mercun ag , kemain emosi tau dorang ni.
Sepanjang game tu rasenye takdela yang tak mencarut.
Yang bestnye mencarut pon macam membebel. Kahkahkah.

Dan tu diaaa kesudahannya , Peyrok 0 Nisimlan 0.
Seri tanpa jaringan katanya uolls.
And this is US , dalam jersey Malaysia kekaler bilu !!~ Wuuu. :DD

Entri ni tak habes kat sini je yeee.
Lepas daripada match ni , ktorg ke Senawang.
Cari makan la beb ape lagi.
Masing masing muke da macam pelarian tadapat makan. Hahaha.
Makanya itulah yang ketemu dengan Cik Ell.
Sebab die kan duduk Senawang , so alang alang tu melepakla terus.


3 dara pingitan , wacehhh !!~
Yang kiri tu Aku , yang tengah tu Cik Rina , yang kanan tu Cik Ell.
Mase ni Cik Ell baru balik berayeee tu yang tak join ktorg nengok bola.
Kalau tak mesti lagi meriah.
Yelah pompom girl tambah ag sorang. :DD


Ini pulak 5 teruna konon sasa , bahahaha.
Meh sini aku kenalkan sorang demi sorang okeh.
Dari kiri : Eshat (bopren Cik Rina) , Sapik , Amin , Apiz & Bopren akulaa :D
So pilihla mane 1 maumu ?? Jangan kebas boprenku dan Cik Rina sudeyyy. :P


Dengan Sapik , hahaha.
Dah takde keje maka inilah jadinya , Jyeahh !!~


Last but not least , mestilah ade muka birthday boy dengan aweknya. Bahahaha
Dua dua berjersey Malaysia okeh.
SEMANGAT !!~


p.s : entri pasal day 3 dekat CMH pon tak sempat aku update lagi. Ni semua gara gara internet buat hal. Entri ni pon aku post dekat office. kahkahkah. :DD


xoxo


Seharian berjalan dengan BIRTHDAY BOY , hohoho !! :DD

Assalamualaikum & Hello.

Selamat pagi dan selamat hari Khamis everyone.
Woot ! Woot !!~ Besok cuti ,
Yabedabeduuuu !!~ MERDEKA MERDEKA MERDEKA.
*semangat kenegaraan sangaddd kannn~*
Tapiiiii Sabtu kejela pulokkk. Bahahaha alpadan muke kauuu.

Btw , semalam birthday si buah hati.
Maka dengan itu , kami pon berjalan jalan seharian.
Dari Pantai Dalam mencekik Ayam Golek Nara Seafood sampailah ke Mid Valley.

Ktorg buat ape kat Mid Valley ???
Jalan jalan keluar masuk kedai dan as usual la activity yang dah lame ktorg tinggalkan. Iaitu nengok wayang , hohoho.
Melayan cite SAM - Saya Amat Mencintaimu
*ala cite yang pelakon die Shaheizy Sam & Lisa Surihani tu*
Cite ni pasal pesakit Skizofrenia ataupun dipendekkan kata - GILA !!.
Haaa tak memasal aku rase macam aku pon gile same bile nengok cite ni. Hahaha.
Nak bace review ?? Rajin2kanlah diri tu untuk klik sini.


Actually aku nak celebrate birthday boy ni.
Tapiiiii bile teringat yang aku da berabis teruk untuk Hali Laye & Vacation.
Makanya , celebration tu hanya between us jela. Ahakksss. :D
Ekonomi melesetla pulokk. Tralalala.

Dannn kat macam biasa , kat  bawah ni mestilah ade muka KAMI !!~ :PP
Selamat senkodeng ye uollss.


Sesampainya kami dekat Taman Tasik Titiwangsa , TEHEE !!~





Birthday boy dengan birthday cakenye.
Even one slice je , tapi kire okay la kann daripada takde langsung.
So , here you go Chocolate Indulgence from Secret Recipe menjadi pilihan.




Aigoo , naseb baik belikan 1 slice je.
Kauuu tengok ape die buat.
Die tenyeh kek tu kat muke den ni haaa. Ehhh sabo jela.
Kalau belikan sebijik alamatnye mandi dengan kek la den petang tu. :PP
Ape pon aku suke tengok die happy cenggitu.
Walaupun akulah mangsanya. Waaaaa. :"(


p.s : Btw again HAPPY BIRTHDAY darlingg! (menunggu Cik Rina hantor gambar nengok bola kat Paroi ritu. Dah dapat gambor nnt teman tulis entri lagi , hahaha).


xoxo


Wednesday, August 29, 2012

Today is HIS day , wuhuu !!~

Assalamualaikum & Hello.

Again another short updated.
Just wanted to wish to my beloved boifren ,

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO BIE
HAPPY BIRTHDAY TO YOU !!~

Happy 23rd Syazwan Shumali.
May Allah bless you with joy and happiness.
Semoga panjang umor dan dimurahkan rezeki.
*so bolehla kite kawen cepat cepat , TEHEE !!*
No matter how hard the situation you are facing , I will stand there. 
*please do remember this*
Me love u much much insyaAllah from now until Jannah. :))

Itu saje sedikit sebanyak wish yang aku nak buat kat sini. Heee !~
Bukan pe tepat pukul 12 malam semalam lagi aku dah wish.
Sebab semalam mase pukul 12 tu aku and kawan kawan die pon tengah melepak.
Almaklumlah baru habes nengok bola kek Paroi.
So melepak sampai tak pasan dah nak kul 12 malam.
Lalu straight saja aku wish birthday buah hati aku ni secara LIVE , wuhuu !~


Nah kek bie , sebok suruh buat sangat semalam. Hahahaha. :PP


p.s : gambar akan diupdate nanti di dalam entri yang same. gambar aku dengan birthday boy. Kihkihkih. Ni pon siap amek leave nak celebrate birthday dia. Sooo , mane kite mau pigi harini ?? :D


xoxo


Tuesday, August 28, 2012

Short Update : Kawan Baru !!~

Assalamualaikum & Hello.

Short update from me today.
Aku ade sorang lagi follower baru , waaa mood sangat bangga. Bahahaa
Thanks tau Cik Ell sebab follow blog kite yang tak seberapa ni.
 *malu sambil blushing*
Actually pada yang tak tahu , Ell ni kawan baru aku.
Cik Rina yang kenalkan aku dengan minah cute ni.
Nilah hikmahnye ikut member beraya rumah member die.
Dapatlah tambahkan kenalannn~ Kan kan kannn !!
Ape pon , silela blogwalk die.
Mane tahu boleh jadi kenal kenalan jugak.
Berkawan bialah berjuta juta lemonnn.
Bermusuh jangan sekali. Wacehh !~
Bermadah madah lak pepetang ni. Hewhewhew.


p.s : malam ni nak p tengok bola nismilan lawan perak. agak2 boleh tak jumpe blogger dua orang ni ?? :)


xoxo


Monday, August 27, 2012

Day 2 - Cuti Cuti di Aidilfitri , Ngee~

Assalamualaikum & Hello.

Entri yang ke-3 to be shared today. TEHEE !!~
Thought of nak update sekaligus in 1 entri but keadaan office tak mengizinkan.
Whyy ?? Sebab dah cuti seminggula segala kerja da berlambak membuak.
So kenelah setelkan yang mane patut terlebih dahulu. AGREE ??
Now , at home already. Thanks love sebab pick me up at the office. :))

So , let's sambung our journey to Cameron Highlands. Wuhuu !!~




Location : Hotel De La Ferns

Gambar 1 : Muke kembung makan bubur + sayur jeruk , sedappp !~ *Kekorean sangat breakfast*
Gambar 2 : Muke kekenyangan yang tak terhingga , kihkihkih.
Gambar 3 : Nak apply jadi duta hotel. Bahahaha. :P








Gambar 1 : Pemandangan daripada cafe Cameron Bharat.
Gambar 2 : Ohhh !! Dah masuk ladang , heee~
Gambar 3 : Ini ladang saya yang punyaaa , hohohoho !! :P
Gambar 4 : On your mark get set gooooo , kengkonon je lumbe lari. :DD
Gambar 5 & 6 : Scenery at the plantation. Subhanallah.





Location : BOH Tea Garden

Gambar 1 : Welcome to BOH Tea Garden. *erkkk jadi duta lagi* :D
Gambar 2 : Ohhmaii BOH visitor book WAJIBLAH dapatkan signature aku yang gelamer ni. :PP
Gambar 3 & 4 : Factory visit , wuhuu. At first masuk kilang ni , bau daun teh dilumatkan sangatlah kurang menyenangkan. But tu proses pertama and when it comes to the other process until proces yang terakhir , bau daun teh tu dah menjadi sedap dan sedap dannnn sedappp. Heeee. :D




Location : The Smokehouse

Gambar 1 & 2 : Having fun dengan benda alah ni , kengkonon get ready nak kasi potong kepala & tangan. Kihkihkih.
Gambad 3 : Actually , wanted to snap picture dengan phone booth kaler merah yang cam kat London tuuuu , tapi phone booth tu dah masuk dalam kawasan hotel. Dan kawasan hotel tu hanya open for resident je. Tapi tak kempunan poonnn since phone booth merah tu no longer kaler merah. Bahahaha. DAH JADI KALER OREN ponnn nak kedekut lagi ke ?? *sile perhatikan gambar dengan lebih fokus dan anda akan nampak phone booth tu* :P












Gambar 1 : The evolution of BOH Tea design.
Gambar 2 & 3 : Alatan yang digunakan untuk petik daun teh.
Gambar 4 : Alat pengisar daun teh.
Gambar 5 : Bukti perasmian kilang teh oleh Sultan Pahang. :))
Gambar 6 : Kenderaan yang telah digunakan , berubah mengikut zaman.
Gambar 7 : With familia , *bile ayah jadi fotogelafer , inilah hasilnya. semua jadi macam miniature* :P
Gambar 8 : Gambar sorang sorang pon nak jugek !! Konon nak buat cover photo FB. Hewhewhew.
Gambar 9 : Hijau hijau daun teh , lovelovelove. <3
Gambar 10 : Belakang tu tempat shooting cite Ombak Rindu scene Lisa Surihani mengamuk dengan Aaron Aziz kes tak jadi kawen. Actually nak sesangad shoot gambar kat dalam cafe tu. Buttt !! MasyaAllah ramai sangat umat manusia. Soo , lupekan jela sebelum ade kejadian berdarah berlaku. *Must come back here soon !!*










Gambar 1 : Pintu gerbang Cactus Valley.
Gambar 2 : Keterujaan aku melihat kaktus yang ade bunga. Wowiee!~
Gambar 3 : Nyorok belakang stobeli. Hewhewhew. :P
Gambar 4 - 9 : Environment dalam Cactus Valley , ohhh so nice.










Location : Brinchang Night Market

Gambar 1 : Key chain yang berwarna warni , wuiiyoo !!
Gambar 2 - 4 : Aku yang sedang ralit memilih kaktus untuk dibawa pulang , ngeee !!
Gambar 5 : Ralit membelek stobeli nak bagi kat buah hati. <3
Gambar 6 : Apek cayanunalip dengan honey comb , sedapp ! Manisshh. :D
Gambar 7 : Adin + Me while waiting for Maghrib.
Gambar 8 - 9 : Balai Kraftangan Brinchang. *Hajat sebenar nak pergi Pasaraya Jimat , tapi nampak cam best untuk dishoot. Lalu singgah sekejap.*

Dan selesailah aktiviti di siang hari. 
Berakhirlah jugak siri penjelajahan Cameron Highlands di hari ke-2.
Aktiviti malam , tak lain dan tak bukan ialah MAKAN ANGIN. Heee~
Makan angin dekat bawah hotel , jalan jalan dekat nearest shops.
Kasi cuci mata lagi , wallet dah awal awal lagi simpan kat bilik.
Takut bukan takat cuci mata , tapi cuci wallet yang dah sedia ada kering tuh. :PP



Gambar 1 : Kesejukan di tahap bercakap pon keluar asap wooo. Haaa oversea sangattt kann ! Korang hado ?? :DD
Gambar 2 : Nampak cam kat oversea kann~ Paling menyerlah ialah Gloves Pink aku. Hahaha. Kiutttt kann gloves tu. Weee~

Sekian sahaja untuk entri day 2 at Cameron Highlands.
Akan aku sambung dengan day 3 , tapi not much macam entri ni.
Sebab day 3 dah gerak balik KL yang tercinta. Ngee !~
Thanks for your precious time followers and readers. :))

p.s : terasa nak pakai gloves pink tu pulak malam ni , tapi rase cam buang tebiat pulak. Hahaha.


xoxo


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah