Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Sunday, September 30, 2012

2 hari sebelum Oktober , TEHEE !!~

Assalamualaikum & Hello.

Pejam celik pejam celik tengok kalendar - oh hari terakhir dalam bulan September.
Semalam seharian berjalan jalan. Balik pon dah tengah malam. Dangg !!~
Balik balik kerja semalam terus berjalan sane sini.
Ke mana ?? Ke Setia City Mall



Ni semua gara gara dah takde shopping mall dekat KL tu yang ktorg tak jejak.
Tu yang sampai ke Setia Alam jauhnya. Heeee~
Kononnya nak cari baju untuk Studio Photoshoot with EyeCap Studio selasa ni.


Tapiiii jalan punya jalan still tak dapat baju yang dicari cari. Hohoho !!~
Yang dapat ialah Caramel Macchiato kegemaranku. Kihkihkih. Sedapppp !!


Keluar je dari Setia City Mall ktorg pon direct ke Putrajaya.
Sebab nak pergi ambil kawan Encik Dabel S for friendly football match dekat Bangi.
Dan seperti biasa bila Encik Dabel S berbola bola , aku ??
Aku jadi penunggu yang setia lah dekat tepi padang tu.
Match semalam berakhir dengan keputusan 2-0 , woot woot !! Tahniah untuk team Encik Dabel S !!
After game , balik rumah Encik Dabel S.
Lepak lepak dengan mama sementara itu orang tua pergi bermandi manda.
Dan after that baru meneruskan aktiviti ktorg.
Ke Pavilion lah kita !! Ada date dengan movie Untuk 3 Hari pukul 10.15 malam. Ngeee !!~


Pelakon Untuk 3 Hari : Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran dan Ayu Raudhah.


Actually cerita untuk 3 hari ni based on novel by Ahadiat Akashah.
And guess what , aku usha usha book shelf aku.
Eh eh ehhhh , ada pulak novel ni.  :DD
Siapa yang belum berkesempatan nak tengok tu , bolehla pergi sekarang. Tak rugi ponnn. :)


Dan itulah aku !!
Budak berskinny jeans spotted at Uniqlo.
Welcome to Uniqlo. Tehe~
Sila abaikan kaki aku yang kecik tu , hahahaha. :P
Yaaa I know it looks like tiang gol. But I love my legs. Kihkihkih


p.s : okay ke kalau pakai outfit tu untuk photoshoot ?? gila rockstar kannn ?? :DD

Thanks for your time !!

xoxo


Friday, September 28, 2012

Lelaki & Bola , Fuhh !!~

Assalamualaikum & Hello.

Lelaki & Bola title entri aku untuk harini , fuhh !!
Mencabar jugak nak menaip ni sebenarnya. Kang ada pulak yang terasa.
Tapiiii gasak !!! Aku nak tulis jugak. :P

Bagi aku yang perempuan ni.
Kalau ditanya pasal bola - memang HARAM jawabnya.
Kalau ajak aku tengok bola , bodoh bodoh tu bolehlah.
Tapi kalau korang tanye apa tu Penalti , Off Side kejadah semua tu.
Mamang geleng jela yang aku tahu. Kihkihkih.

Malangnya aku bila , Encik Dabel S ni sorang kaki bola !! Oh God !
Kalau dia da jumpa bola/futsal dan segala yang berkaitan , hurmmm.
Aku ?? Sila ketepi ye. Jangan kau berhangan nak halang. Pffttt !!


Apelah hebat sangat sebiji bola ni compare dengan aku. Hurhhh !!
Kadang kadang naik meluat pon ada. Nak aje aku suap bola tu buat makanan ruji. Hish.



Tu belum ada tournament lagi aku da diketepikann , kalau ada tournament ??
Tak nampak dah bayang aku ni , dah hilang ke mana pon tak perasan gamaknye. :P
Kalau ada invitation "Futsal" without fail jawapan yang keluar mesti "Jom". Aigooo~
Jarang jarang sekalilah jawapan dia "Taknak". Deymm~
Tak kisahla pagi ke petang ke malam ke tengah malam. Mesti ON je.



Cerita pasal kasut pulak , punyalah banyak koleksi kannn !!~
Kalah kasut aku la ceritanya. Hishhh.
Kalau kita shopping dikatanya bazir. Kalau kasut futsal dikatanya "Takpe".
Sabar ajalah , nak wat macam mana.


Bila si dia cakap je pasal FUTSAL , inilah yang jadi.
Malas nak layan !! Sakit hati padahal kannn~
Especially bila kita dah penat kerja and nak spend masa dengan dia.
Tapiiii dia ?? Sebok dengan FUTSAL dia tu kannn.
Sapa penah rasa keadaan yang macam ni sila angkat tangan tinggi tinggi. :DD


Bila dah merajuk , jangan harap aku nak jawab panggilanmu.
Padahal kebenarannya , si dia da sibuk dengan bola.
Jangan berharap dia nak call. :P


Oh jangan jugak berharap nak SMS panjang panjang.
Silap silap haribulan anda hanya akan dapat "K" je.
So , kepada sesiapa yang duk makan hati dengan futsal ni.
Meh sini kite buat union. :DD
Sekian sahaja untuk harini.


p.s : kalau terasa ? padanlah muka. kahkahkah. :PP

Thanks for your time guysss !!


xoxo


Thursday, September 27, 2012

Ohh pleaseee , jangan macam niii. Y_Y

Assalamualaikum & Hello.

Semalam seharian dekat office , tak sempat nak update apa apa dalam blog.
Since sangat sangat busy. Busy apa ??
Busy bergossip le. :P

And malam semalam pon tak sempat nak bukak Dashboard.
Gara gara da bershopping sakan dekat Times Square.
Kononnya nak beli baju untuk studio photoshoot dengan Encik Dabel S Selasa depan. :D
Tapi dalam pada tu sempat merewang kat Low Yat.
Usha usha gadgets la ape lagi kalau kannn~
Dan singgah dekat Samsung. Dan seperti yang didugaaaaa.
Aku da fall in love dengannnnnn......


Yess !! This is what I talked about , Cik Samsung Galaxy Tab 2 10.1



 Fuhh !! Sangattt menarik kannn~


Tergoda takkk ???


 Aku dah tergoda , koranggg ??


 Haaa nampakkk , nipis pulak tu !!


Cantikkan kaler putih ni , ampunnn !!


Kalaulah ada orang nak belikan , berbesar hati menerima. :P


Sebelah kiri Cik Samsung Galaxy Tab 2 10.1.


Sekian sahaja untuk entry kali ni.
Sebab makin ditengok makin terasa nak beli dua dua. Haaaa. Tamakkan !!


p.s : i'm confused !! anyone please help meee. Y_Y


xoxo


Tuesday, September 25, 2012

Lirik Lagu : Once - Hilang Naluri.

Assalamualaikum & Hello.


ONCE - HILANG NALURI

Mawar merah yang ku cium
Ternyata menusuk dan beracun
Wanginya menyenangkan hatiku
Membuatku tak karuan

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku

Dia sama sekali tak cintai diriku
Dia hanya memanfaatkan diriku

Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia, berharaplah

Ku berlutut di bawah kakinya
Ku berikan hatiku untuknya
Ku telan semua luka-luka
Ku tak punya perisai lagi

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku ooh

(Matilah kau)

Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia ooh


p.s : nice songg !! part paling aku hafal "matilah kauuuu" , bahahaha. :PP


xoxo


Monday, September 24, 2012

Pantun nak kasi ingat , TEHEE !!~

Assalamualaikum & Hello.

Jom kita berpantun :

Bila orang dah mula dengki , 
Ada saja benda nak dicaci , 
Kalau dah namanya busuk hati , 
Pakai perfume pon takkan wangi.

Bukan mengata bukan mengeji , 
Sila jaga kain sendiri , 
Cerita sana cerita sini , 
Kelak terbukak aib sendiri.

Tak suka tengok jangan tengok ,
 Jangan sakitkan mata dan tengkuk , 
Mengata kat belakang meminta hempuk , 
Ape kes kau ni mangkuk ?.

Kalau rasa tak puas hati ,
Nak jumpa aku marilah sini ,
 Reporter dihantar nak riki riki ,
Nanti ada yang makan kaki.

Kalau aku suka menunjuk , 
Siapa suruh engkau tengok ,
Aku tak minta kau kutuk ,
Tapi aku lupa kaukan penyebok.

Aku bahagia kau peduli apa ,
Susah ke engkau dan keluarga ? ,
Jangan ingat aku tak tahu apa ,
Aku diam malas nak cerita.



p.s : malam ni malam berpantun. renung renungkan dan selamat beramal. selamat malam semua. terima kasih kepada Eyda Hazwan sebab jadi follower ke 26 aku. :))


xoxo


Pengapit , pengepit , tersepit !!~ :P

Assalamualaikum & Hello.

Selamat hari Isnin people !!
Kemain bersemangat kann~
Padahal today supposed to Monday blues kot. Kihkihkih.
Maunya tak bersemangat , daripada pagi tadi duk Gugel je.
Gugel gugel design baju. Heee~

Baju untuk sesi menjadi pengapit yang mengepit pengantin laaa.
Takkan baju kahwin aku pulak !! Ohmaiii. :P
So , gugel punye gugel.
Adalah a fews design yang buat aku cam tertarik marik.
Antaranya ialah :


Disebabkan aku ni kurus melidi , design ni pon cam best kann~


Ni design kurung peplum.
Lawa kann~
Dengan kembang die , omaiii !!
Gile barbie doll !!. :DD


Lawa kannn !!


But dalam banyak banyak ni , aku suka design ni !!
Sebab aku suke Scha ? Hahaha.
Taklahhh. Sebab much more simple. Tak over okehhh. :P

Disebabkan aku diminta untuk jadi pengapit untuk both sides.
Makanya akan ada 2 color nanti.
Which is PEACH and DARK BROWN.





So , which color yang sesuai untuk dark brown ??
Peach yang mane 1 niii ??
Waaaa !! Y_Y


p.s : kepada yang mahir sila tinggalkan komen , hehee. plus please advise me kain apa yang sesuai nak buat baju macam Scha tu !! :DD


Thanks for your time !!


xoxo


Sunday, September 23, 2012

Rina Ellisa Rusdan , :)

Assalamualaikum & Hello.

Today 23rd September bersamaan dengan birthday BFF aku Cik Rina !!

HAPPY BIRTHDAY TO YOU , 
HAPPY BIRTHDAY TO YOU ,
HAPPY BIRTHDAY TO RINA ,
HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUUU !!.



Actually Cik Rina ni gefren kawan Encik Dabel S , si Eshat tu.
Mula mula kenal memang malu malu kucing.
Tapi now ?? Kalau dah jumpa memang tak reti nak balik. :D



Daripada satu pertemuan ke satu pertemuan.
Buat persahabatan kami semakin akrab.


Bertambah akrab bila kami berdua bergigi besi.
Yess itulah sebenarnya connection terbesar kami.



Walaupun kini aku sudah tidak bergigi besi.
Tapi Cik Rina masih lagi disisi.
Menjadi sahabat sejati. :))


" Selamat hari lahir yang ke 23 Rina , semoga awak sentiasa happy dengan insan insan tersayang. Semoga terus kuat dan sabar dalam melayari sebuah kehidupan. Jangan cepat mengalah dan jangan cepat melatah dengan semua ujian. Apa apa yang terjadi awak tetap kawan kita dunia akhirat tau. Sorry la ye sebab no birthday surprise no birthday present. Tapi kita nak awak ingat yang kita sayang awak. Lillahi Taala. May Allah bless you with joy and happiness. Amin."


p.s : kite ingat nak wish pukul 12 malam , konon nak jadi yang first. Last last check balance kredit : RM 0.14 je. Hahaha takdan nak kol and nyenyanyi lagu besday. Sowiee !! :P


xoxo


A day in Parit Buntar , :D

Assamualaikum & Hello.

Semalam aku dengan Encik Dabel S balik ke Parit Buntar.
Balik kampung Encik Dabel S la , abang sepupu dia kawen. Huhu.
Seawal 6.15 pagi Encik Dabel S dah pick up aku dekat rumah.
Ngantok weehhh masa tu.
Dan perjalan diteruskan , tepat pukul 10.30 pagi ktorg pon sampai di Parit Buntar.
Macam lama je kan masa yang diambil untuk sampai kampung ??
Mahunya tak Encik Dabel S ikut jalan lama.
Siap singgah dekat Antara Gapi sebab tengok rumah dia yang tak berpenghuni tu.
Takpe nanti lepas kawen kite duduk sane ehh ehh ehhh. (suke over tau).
Tapi akhirnya exit kat tol Slim River sebab tak larat ikut jalan lama.

So , sesampainya ktorg kat kampung. Suasana agak kelam kabut.
Biasalah orang kawen kannn~
Dan yang paling best ialah Encik Dabel S ni ditugaskan menjadi pengapit.
Tapi dia pulak yang lambat. :DD


Bile aku dah siap siap tukar baju , terus minta Encik Dabel S snap gambar dengan budak budak ni. :D


Dialog Dira bila tengok gambar ni "Kakak , tengok adik kangkangg. Hahahah".
Kemain geli hati dia tengok gambar dia sendiri.


At butik pengantin , tunggu pengantin siap.
Sambil belek belek kaler apa cantik nak wat wedding aku nanti. Kihkihkih. :PP


Dannn inilah hasilnya.
Bukan Encik Dabel S je jadi pengapit.
Dengan aku aku sekali terjebak sama.
Mama Encik Dabel S/Kakak Encik Dabel S siap gelak besar time ni.
Hampehhh !!~ Hahaha.
*Ambik berkat nihhh* :DD


Me and His Mom , <3


Selamat Pengantin Baru Abang E + Kak Fariha. :))



Fiza , si kakak yang suka wrestling adik. :D

 

Muke kami yang dah penat !!
Gambar disnap sebelum ktorg membuta buat tahi mata. :D
Dan akhirnya dikejut bangun oleh mama si dia , ohhh malu !! :PP

Bila dah bangun , mandi mandi dan terus siap.
Konon nak balik KL terus , tapi pergi cuci kereta dulu.
Sebab da macam kereta pergi construction. Berdebu sana sini.
Tengok tengok jam dah nak dekat pukul 7.
So perjalanan ditunda sampai lepas Maghrib.
Makanya sebelum malam menjelma.
Ktorg pon snap snap lagilah dekat halaman rumah pulak. Ngee~


Sekarang aku pon dah ada kampung tauuu.
Bukan Kg Pandan je tahuuu !! Weee~


Credit to Amsyar (his cousin) for this picture. ;)


Fiza je yang ada masa ni.
Sebab Dira duk memberakkan diri kat dalam rumah. Hahaha.


Abang Ewan dia paksa senyum barulah dia nak senyum.
Kalau idok , muka masam jeeee :D


Bila dah Maghrib , ktorg pon masuk rumah.
Sambung snap snap lagi. Tehee !!~


Sambung makan makan juga. :D


Wrestling dengan si adik , :D


Abang Ewan + Dira , <3


Alololo comey je tiga tiga , :D


Ehhh ehhh , kene suap jugaklah. :D


Hasil menggodam kereta Abang Ewan dia.
Makanya terjumpalah stroberi aku ni. :DD


Kakak dah posing , adik pon nak jugak.

Selesai berposing posing dan bersalam salam.
Ktorg pon meneruskan perjalanan untuk pulang ke KL.
Tapiiii sempat jugak menyinggah rumah Cik Emma dekat Parit Mentara.


This is my first met dengan Cik Emma.
Dia ni kawan baik Encik Dabel S :)
Tak lepak lama dekat rumah Cik Emma sebab rushing nak balik KL.
So lepas makan makan sikit terus gerak balik KL.
Nanti ktorg datang sana lagi ye Cik Emma.
Nak nengok labu africa kau tu. :P
Tapi tunggu ada kawan la ye bak kate Wan. :DD

Dab akhirnya selamat sampai kat rumah pukul 1.30 pagiiii.
Terusss aku zzzz dengan sweater Encik Dabel S.
Konon nak tunggu dia sampai rumah baru nak tido.
Tapi malangnya mata aku buat aksi kurang ajar. :P
Sekian sahaja untuk entri ini.
Jumpa lagi nanti yeee.

Thanks for your timeee !

p.s : harini Encik Dabel S dah start keje malam , sebulan pulak tuuu. Dan sebulan ni lah aku tido dengan Mojo tiap malam. waaaa rinduuu !! *gedik* :P


xoxo


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah