Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, December 27, 2012

Shopping kain dekat Jakel , wuhuu !!~

Assalamualaikum & Hello.

Semalam after balik kerja dengan flu yang teruk ni , aku ajak buah hati aku pergi Jakel.
Dengar khabarnya ada SALE !! HARHARHAR. Tu yang dengan hidung tersumbat pon aku gigih pergi.


Sale ni berakhir pada 2 Januari 2013 , so apa lagi ?? SHOPPIINGGG !!
Masih ada lagi masa nak terjah Jakel yang berdekatan.

Maka dengan itu , semalam aku berjaya dapatkan kain Chiffon Jorgget & Satin untuk aku.
Material Satin jugak dipilih untuk buah hati. Kain satin tu ktorg borong sampai 9 meter.
Sebab nak kaler same punya pasal , MIAHAHAHA.
Alhamdulillah semalam rezeki aku sebab dapat kain Chiffon Jorgget tu extra 0.7meter.
 Sebab 1 gulung tu memang last untuk aku. Terima kasih Jakel !!


JAKEL - Fashion with passion.


This is my Chiffon Jorgget , sorrylah ye semua. Gambar memang takde seni.
Sebab suruh adik aku dekat rumah tu tolong snap and Whatsapp dekat aku. HIHIHI.
Semata nak bagi korang semua tengok tau. Baikkan aku. Color code : Light Cream.
Chiffon Jorgget ni semalam aku beli harga dia RM19 semeter. Kalau tak sale harga dia RM 29 semeter.


This is my Satin , color code : Light Cream.
Harga masa aku beli semalam RM 12 semeter. Kalau tak sale RM 22 kalau tak silap aku.
Macam mana aku clarify ni Satin instead of Chiffon ?? Sebab Satin ni kain dia berkilat. Senang kan !

Design apa yang aku nak buat untuk kali ni ?? Haritu dah try kembang payung kan.
Kali ni rasanya macam nak try Kurung Peplum. Ngee !!




2 design dekat atas ni by Nurita Harith , lawakannn !!
Tak dapat exactly yang macam ni , dapat yang sipi sipi pon bolehlaaaa. -.-"


Macam ni keee !! Pon sweet and simple jugak. Wuhuu.
Better letak beads ke border lace eh ??
Haritu dah lace dah , takkan nak letak lace lagi kannn. Ke camne ??




Yang Nora Danish pakai ni pon ohsem kott !!
 Terbuntang buntang mata aku nak pilih design mana 1 , or maybe serahkan je dekat akak butik tu ??
Huwaaaa. Nak jadi pengapit je ponnn , tapi kalau boleh biarlah aku puas hati kannn.

Okay dah , nak pergi berangan sebelum boss kerah buat report tuk quarter meeting dia sat g.
Babaiii !! Love ya people.
Thanks for your timeee.


p.s : besok nak pergi PD , my first place dating dengan buah hati yang luar daripada KL. :P


xoxo



Wednesday, December 26, 2012

Wordless Wednesday : FLU !!

Assalamualaikum & Hello.


Gara gara mandi sungai + mandi hujan semalam , akhirnya harini Haachuumm Haaachuuum.
Berhingusan , bersengauanlah aku harini. Kbaiii !!
Love ya people.


p.s : kalau pergi jakel dengan sengau sengau ni agak agak dapat best price tak ?? MOTIFF !!


xoxo


Kampung Arwah Nenek , Sg Plong Sg Buloh.

Assalamualaikum & Hello.

After a few years jugak tak balik kampung arwah nenek dekat Sg Plong.
Akhirnya ktorg ramai ramai balik jugak kampung arwah nenek sebab dapat invitation kawen.
Seingat ingat aku yang tak berapa nak ingat , aku pernah pergi sekali je kampung arwah nenek.
Lepas lepas tu dah takde dah , lalu tu adelah. Singgah tu tak.
Since , mesti dorang pon tak kenal aku. Sebab aku ni generation yang baru baru gettuw.


Inilah dia , atok kesayangan aku. Walloya Bin Somo.
Yesss , atok aku memang pure Jawa. Jawa mari daripada Solo hoccay.
But dah lama dah atok aku bermastautin dekat sini.
Hensem kannn atok aku , sebab tu cucu cucu dia pon cantik jelita lagi kacak bergaya. *mamposss*


Atok aku ni dah tua dah pon , tapiiii masih lagi kuat hoccay.
Berapa umur atok aku tu aku tak berapa sure pulak. Maybe nak cecah 90 or maybe da exceed 90.
Alhamdulillah masih sihat lagi , tapi adalah sikit sikit sakit tua.


Ktorg sayang atok !! Okay aku tau aku over sebab peluk atok.
Tapi aku memang sayang atok aku. So whatttt !! :P


Ni semua cousin aku. Sorryla ye Yuyui sebab akak dah rosakkan gambar kauuu !! HARHARHAR.
Naseb kaulah ye dapat akak sepupu tak betul macam ni. Arghh ! Abg Cit pon sama.
So jangan salahkan akak sorang hoccay. ^_^v


Zara , Fiya & Jaycee.
Apa kau ingat Uncle Cit/Abg Cit tu kerusi empuk Ikea ke haaa sampai duduk beramai ramai atas tu. :D


This is my precious family , without them I'm nothing.
Sekian sahaja untuk kali ni. Tengah pikir nak update apa lagi. HARHARHAR.
Babaiiii. Love ya people.
Thanks for your time.


p.s : rindu arwah nenek & arwah abang ijat. al-fatihah. Y_____Y


xoxo


Kezen's Day Out : Hanya demi 2 pasang kasut.

Assalamualaikum & Hello.

Cerita ni cerita hari Sabtu lepas , tapi baru nak update sekarang. Haizzz gila basi !!
Sekali sekala buat activity throwback ni pon best jugak what. HARHARHAR. *cover line kene mantop*


Decoration for Xmas dekat OU , lawa kott !
Aku rasa macam nak kunyah kunyah je decoration tu. Sebab sangatttt kawaiii !! Kite shukeee. :P


Gigit jari je mampu sebab kalau gigit decoration tu mauk patah gigi kapak aku ni nanti.
Walaupun namanya gigi kapak , tapiiiii strukturnya takdelah kukuh sangat. Kekekeke.


Agak agak ada tak orang nak buat pelamin guna decoration Xmas ?? Hahaha.
Sangat fancy kottt. Cuba korang tengok belakang tu.


Kalau nak tempah kek kahwin pon nak tempah macam yang kat belakang tu. KIHKIHKIH.
Memang kau kena pakai cranela semata nak potong kek.

Btw that is not my main point ponnn.
Main point dia ialah untuk cari 2 pasang kasut untuk kezen aku (baju belang) pergi class.
So , first attempt. Dia nak masuk Melissa. Maka kami layankan sahaja.
Walaupun tahu hakikat harga sepasang kasut dekat Melissa tu boleh buat aku puasa dengan jayanya.
So here are some pictures kasut yang dijual dekat Melissa tu.
Gambar adalah ihsan Google !! *sebab aku ingat kedai mahal tak boleh snap pic , nooob uolss*






Lawa , adorable semua ada. Tapiiii ?? Belilah ikut kemampuan ye kawan kawan.
Janganlah hanya kerana sepasang kasut untuk diletakkan di kaki korang sampai nak ikat perut.

Next shop , Charles & Keith.
Between Charles & Keith dan Melissa , Charles & Keith ni kira category mampu dimiliki la.
Tapi aku tak mampu mampu jugak lagi , HARHARHAR.
Kenapa perlu bayar lebih untuk letak di kaki ?? EHHH !!
Meh usha usha gambar kasut yang aku jumpa dekat Charles & Keith Online Store.





Kenapa mesti semua gambar wedges je yang aku upload ??
Sebab aku memang suka wedges ! sangat suka okay.
Biarlah orang nak marah 'kau dah tinggi , kenapa nak beli kasut tinggi tinggi lagi??"
Nak buat macam mana. Dah aku tak boleh pakai heels , sebab aku rasa macam tak balance je. HIHIHI.


And at last this is my kezen punya shoes , flat shoes macam ni je dah RM 150. *pitam aku*
Okaylah dah taknak bebel. Nanti aku sambung lain.
Babaiii !!


p.s : i love my man. Eh tetiba !! :P


xoxo



Monday, December 24, 2012

She is my best buddy , :)

Assalamualaikum & Hello.

Dialah kawan aku , dialah lawan aku dan dialah jugak best buddy aku.
Siapakah dia ? Siapalah lagi kalau bukan MAMA. My beloved mom. :)

Tak semua orang beruntung macam aku , ada mama disamping aku.
Tiap kali ada masalah , kelam kabut cari mama.
Tiap kali frust tertonggeng akibat bercinta , bergossip gossip dengan mama.
Tiap kali nak ajak shopping , mestilah mama jugak jadi mangsa.
Tiap kali ajak nak cerita apa apa , mesti dengan mama jugak.
Pendek kata nak buat apa semua dengan mama.

Tapi tak semua orang realize betapa pentingnya mama/ibu/mak/mummy dalam kehidupan mereka.
Kadang kadang aku pon melawan cakap mama , ehhh kadang kadang ke ?? *macam selalu je*
Kadang kadang aku pon buat tak port je apa yang mama nak.
Kadang kadang masuk dapur pon nak bergadoh dengan mama , harharhar.
Kadang kadang aku pon malas nak dengar dia membebel bebel macam radio rosak.
Tapi do remember without mama/ibu/mak/mummy , WE ARE NOTHING.

Untuk korang yang rasa wanita ini tidak bermakna dalam life korang , please think about it once again.

" Dear korang semua , tak semua orang untung macam kita sebab masih lagi ada mama/ibu/mummy/mak. Hargailah sakit dan susah payah mereka mengandungkan kita selama 9 bulan lebih tu. Takde sapa pon tahu macam mana sakitnya mereka nak lahirkan kita dekat muka bumi ni. Nak bagi kita rasa apa itu kehidupan. Mereka tak minta intan/berlian mahupun emas , maybe sedikit rasa hormat pada diri mereka. Itu sudah memadai. Tak susah pon kan ?? Kenapa perlu ada lagi segelintir daripada kita ni yang masih tidak reti menghargai kehadiran mereka ? Kenapa masih ada lagi segelintir daripada kita yang meninggikan suara kepada mereka ? Kenapa masih ada lagi segelintir daripada kita yang suka menyusahkan mereka ? Kenapa masih ada lagi segelintir daripada kita yang tidak merasa gembira dengan adanya mereka disisi ?? Kenapa ?? Semua jawapan ada pada diri kita sendiri. Fikir fikirkanlah ye semua. Cubalah tempatkan diri kita di tempat anak anak yatim yang tiada ibu ?? Renungkanlah. " 

Sebenarnya today is mom's birthday. Tu yang full entry pasal mama. Hihihi.

" Dear mama , happy birthday yang ke 44 !! Hahaha. Its not about the number itself. It is also about getting old. HARHARHAR. May Allah bless mama with joy and happiness. Thanks for being a good mom to us. Thanks for all of your love to us that we can't afford to pay for. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Cepat cepat doakan akak kawen. Eh tetiba. Again , happy birthday mama. We love you !! "



Happy birthday to you ,
 Happy birthday to you , 
Happy birthday to Mama ,
Happy birthday to youuuu !!


p.s : this my story , what about yours ?


xoxo


Friday, December 21, 2012

Mari kita lihat siapaaa yang kenaaaa , HIHIHI

Assalammualaikum & Hello

Disebabkan telah ditag oleh Rina dalam entry dia , so rasa rasa macam kena buat jeee. :PSo , terimalah jawapan seikhlas hatiku ini. HAHAHA


1. Siapakah diri saya di rumah.

Seorang anak perempuan sulung dan tunggal. Sama je dekat rumah and luar rumah.
Bezanya dekat rumah , mama jadi teman gossip and tengok kedai kedai online kat FB.
Daddy's little girl sebab ayah selalu je bising bising mencari aku kalau aku hilang. :P

2. Siapakah diri saya di samping rakan.

Between friends pulak , aku ni minah yang suka cakap cakap cakap dan cakap lagi. HARHARHAR. Pendekkan kata peramah tak kena tempat. Aku suka buat orang ketawa walaupun annoying. :P 
But aku hanya bercerita 'sesuatu' dengan kawan rapat aku je. Hanya dorang yang rapat je tahu macam mana rupa aku bila dah mengamuk dah dorang je tahu aku ni macam mana sebenarnya.
Tak kenal maka tak cinta , EHHH !! KEKEKE.

3. Lima benda yang di idam idam kan tapi tak dapat lagi


- Sebuah perkahwinan yang sah. AUCHH !!
- Nak jumpa Hazama , KAHKAHKAH. :D
- Nak beli segala barang rumah dekat IKEA. Mampu ke mamposs ??
- Nak beli rumah , condo perhaps ?? penthouse ??
- Nak pergi Korea , hmmm. Dapat pergi USS pon ok dahla. :P

4.Siapakah nama pasangan merangkap buah hati pengarang jantung saye?
Syazwan Bin Shumali. Ngee !!~
5. Ceritakan LIMA perkara saye paling suke tentang dier?

- Dia hormat family aku and pandai ambil hati dorang. Even anak buah aku pon suka dia. Hihihi.
- Dia sudi jadi driver aku tiap kali nak dating. Due to I don't have driving license. MIAHAHAHA.
- Dia sudi kena marah,kena bebel bila datang mood aku yang swing. Mekasih bieee. :D
- Dia suka buat surprise. Untuk tahun ni je dah 2 3 jugak rasanya. Ggggrrr !!
- Dia sudi terima kekurangan dan kelebihan aku. Wahh !! Gettuwww. *malu iolss*

6. Tarikh membina ikatan, eceh!
01 Februari 2012. <3
7. Kenangan pahit bersama pasangan anda?
Kenangan pahit ? Hmmm. Taknak ingat dah. Ambil yang jernih buang yang keruh. Heeee. :)
8. Lagu tema chenta?
Banyak sebenarnya , tapi di awal hubungan ktorg , lagu Bawa Aku Pergi but my favourite is Bedroom Sanctuary - Lagu.
*Rindu pulak nak dengar dia nyanyi walaupun suara macam Tomok zaman Newboys. Hahahaha*
9. Apakah perubahan yang saye nak tengok pada dier?

Aku nak tengok dia berubah daripada seorang boifren kepada seorang suami !! HAMEKKK kauuu !! :D

10. Tag 10 member lain? 



p.s : berjaya jugak jawab , semua gara gara takde kerja nak buat. KIHKIHKIH. Silalah cuba. :D


xoxo

Thursday, December 20, 2012

Cinta Sana , Cinta Sini.

Assalamualaikum & Hello.

Orang kata awal awal bercinta semuanya indah , eh yekeee ?
Masa ni bau kentut pon wangi macam bau perfume Victoria Secret ,  WOOOO !!
*gila hiperbola kannn ayat kauuu , hikhikhik*
Tapi bila dah lama lama bercinta semuanya tak berapa nak indah , gggrrrr.
Mulalah kentut yang dipuja tadi tu bertukar bau bau bahan toksik terkumpul.







TAPIIIIII













BUKAN NI YANG AKU NAK CAKAP SEBENARNYA












Aku nak cakap yang aku nak jumpa buah hati aku. Tu jeeee. HARHARHAR *gile gedikkkk kau ni*
Kalau awal awal bercinta dulu tiga empat kali jumpa dalam seminggu.
Kalau sekarang ni ?? Hurmmm. Seminggu sekali jela. Boleh bilang dengan jari der wa cakap lu.
Itu pon sebab wedding wedding wedding , kalau takde orang kawen ??
Gamaknya tak jumpalah kauuuu. PFFFTT !!

Kalau awal awal bercinta dulu , takut takut nak sebut perkataan 'bola'....
Sekarang ?? Dengan aku aku dia sauk bawak pergi tengok bola. Sabor ajelah wahai hati.
Tengok bola dekat stadium tu boleh lagi.
Ini tengah tengah dating bersuka ria berjimba raya....







TETIBAAAA....









Buah hati : Dak dak ni last minute ajak main bola padang lah , boleh tak ??
Aku : Hmmmmmm. Okay. *sambil buat muka tafayikfik*




Takkan kau nak kata tak boleh ??
Kang mau ada yang tertelan boot bola yang memang ada dalam bonet tu. HURHHH.
*nampak permainan dia ? beg baju/kasut bola semua dah siap dalam bonet , lagi nak last minute. haizzz*

Tulah namanya , awal bercinta lain bila dah lama sikit bercinta lain. HARHARHAR.
Nak ke taknak , kau telan jela ye jemaaahhhh. :DD
Bilalah agaknya boleh dapat balik quality time macam awal awal bercintan dolu ??
Pikir pikirkanlah dan selamat beramal.



p.s : kalau agak agak nak muntah hijau sebab baca entry ni , sila amek baldi dengan aku. KBAI !!


xoxo


WHATTTT ????

Assalamualaikum & Hello.

Suatu ketika aku pernah cerita pasal jamban kannn. Siap klasifikasikan 2 jenis jamban lagi hoccay.
Now aku nak cerita dengan korang hal berkaitan jamban lagikkkk. HIHIHI.
Haritu , selepas penat pusing keliling dalam Times Square. Tetiba pundi kencing mula buat hal. Haizzz.
Terus meluru laju mengikuti signage yang tertera.

Masuk masuk je "omakhaih ramainye orang"......tapi aku tengok banyak lagi toilet yang vacant.
Pelik binti musykil bin ajaib la kannn kenapa dorang beratur panjang panjang sedangkan ada toilet yang kosong.










RUPA RUPANYAAAAAA.....















IYEEE !! Inilah keadaanya walaupun ini bukanlah gambar jambannya.








Masih tak nampak kat mana kekurangan jamban ni ??











Haaaa dah nampak ke belum ??









 IYEEEE JAMBAN TU TAKDE PAIP , NO BIDET YEEE !!











gambar ihsan google

Tak guna jamban cantik , dibuat daripada emas kalau takde paip. RETI ??
Kau nak suruh aku lap je lepas merembeskan sisa kumuhan tu ??
Kalaulah aku ni keturunan cha ya nun alip , maybe aku buat ilek je.
Tapi aku ni berdarah Melayu + Jawa hoccay.
Sampai kesudah aku pikir macam mana nak membasuh kalau dah rupa ini.
Takkan kau nak suruh aku cedok air dalam mangkuk jamban tu MANGKUKK !!

Please alert dengan persekitaran ye kepada sape sape yang nak buat bangunan tu.
Tolonglah buat toilet with hand bidet tu banyak banyak kalau ye pon korang nak buat yang no bidet tu.
Ni baru kat Times Square , before before ni aku pernah buat site visit jugak.
Begini jugak rupa jambannya. Haizzzz.
Memang idoklah teman nak melepaskan hajat kat situ , ku tahan tahan tahan.
Kalau aku kena buasir masa shopping dekat mall kengkorang. SIAPLAHH !!
AKU SAMAN MALU TAUUU !! HARHARHAR.


p.s : naseb baik office aku punya jamban ada hand bidet , senang hati iollss...


xoxo


Wednesday, December 19, 2012

Wordless Wednesday : Cakap banyak !!

Assalamualaikum & Hello




p.s : menunggu masa nak balik macam menunggu bulan jatuh ke riba ataupun menunggu gaji masuk salary account. HARHARHAR !! :D


xoxo


IKEA dihujung jari anda , WAHHH !!

Assalamualaikum & Hello.

Selamat datang ke IKEA , Wahh !!
Alangkah bestnya kalau dapat makan meatballs IKEA bercicahkan mustard sekarang ni.
Tak dapat meatballs...hurmmm....karipap pon boleh laaa. HIHIHI.

Kepada yang still tak tahu , IKEA pon ada online catalogue hoccay.
So , agak agak macam korang tak tahu nak budget belanjawan dan ruang yang korang perlukan.
Bolehlah klik - website IKEA.
Maka akan terpaparlah semua barang mengikut kategori , harga dan saiz. Haaa. Semudah ABC kannn !!

Nak dijadikan cerita , selepas aku sentalkan semua kerja yang penting untuk harini.
Aku pon berjalan jalan dekat IKEA alam maya tu.

DAN

Memulakan pengiraan secara congak pada awalnya , lopeh tu den kobeh kalkulator pulak. KEKEKE !!
Sonang kojo den kalau ado kalkulator. :P


MERAH MAK NGAHHH , -_________-"
Aku dahla bangsa suka kaler merah. Terus rasa macam adore gila kot !! Rasa nak beli sekarang je.
Harga dia baru RM 59. *bed linen sold separately*
Quilt Cover Set contains 1 Quilt Cover & 2 Pillowcases.


Ni pulak wardrobe dia. Kemain putih suci murni kannn....
Simple je di penglihatan aku , cukuplah untuk letak baju dalam bilik yang kocik nu ha..
Almaklumlah tempat sangkut baju aku pon baru je relai 2 hari lopeh. HURHHH !!
Wardrobe ni contains 1 clothes rail and 1 adjustable shelf included.
Wardrobe ni berharga RM 199.


Another furniture yang kaler putih. This is bedside table.
Konon verangan nak letak table lamp atas bedside table ni. Boleh jugak letak album & frame atas ni.
Tapiiiii mau aku sepak terajang table lamp dan barangan atas bedside table tu masa tido. HARHARHAR.
But insist jugak nak beli ni. *sambil tekan kalkulator*
Harga bedside table ni cuma RM 299.
*banyaklah kau punya CUMA , hikhikhik*


Lagi sekali produk kaler merah mak ngah jadi pilihan hati mak jemah , AUCHH !!
Seperti ingin aku kunyah kunyah shelf ni , kekekeke.
Konon nak letak buku atas shelf , penyudahnya sat lagi jadi tempat habuk buat reunion. Gggrrr !
Shelf merah ni pulak berharga RM 64. WALAHH !!


Memandangkan kengkononnya tadi tak jadi letak table lamp atas bedside tables.
Mulalah jari jemari klik tab floor lamps kannn.
Lalu terkeluarlah pelbagai jenis lampu , semua pon cantik cantik kot !!
Yang macam aku tengok ni lah , cantik kan. Bercabang cabang.
Tapi kenapa design dia ibarat bakal menjadi pusat pengumpulan rumah spiderman ?? HARHARHAR
 Harga cuma RM 69 hoccay !! *bulbs atau nama melayunya mentol dijual berasingan*

*gambar ihsan : IKEA website*

Dah tak selera bila nak jadikan floor lamp sebagai rumah spiderman.
Aku pon usha la lamps yang lain. Dannn.....yang inilah aku jumpa. HIKHIKHIK.
Simple kannn ! Nak letak dalam bilik je ponnn. Bilik pon sekangkang kera.
Harga pon affordable sesangat RM 35 jeeewhhh. :P

Maka dengan itu total untuk beli semua barang barang ni ialah RM 656 !!! HARHARHAR.
Lalu dengan pantas , klik button pangkah kat hujung tu dan teruskan buat kerja. :DD
Kalau masih diteruskan penjelajahan , ada jugak aku kais pagi makan pagi.......
Kais petang dah tak makan dah.....bahahahaha. :D
Dan akan sensasilah setiap laman sesawang dengan tajuk.....
 "Blogger menjadi pengemis kerana IKEA" 
ARGHH !! Sangat daring okay title macm tu. HIKHIKHIK.

Babaiiii !! Love ya people.


p.s : tapi quilt cover tu macam tetap kena dapatkan jeeeee. *kenyit kenyit pandang buah hati*


xoxo


Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah