Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, January 4, 2013

B2B : Risik/Tunang/Kahwin.

Assalamualaikum & Hello.

Sebagai orang yang sesangat loser dalam hal berkaitan risik/tunang/kawen ni......
Semestinya aku kena banyak refer dengan orang yang lebih berpengalaman kannn ?? Tapiiii....
Aku malu , oh malu , maluuuuu maluuuu. Rasa serba salah nak tanya mama.
Kang dia kate aku gatal nak kawen sangat , HIHIHI.
Maka dengan itu , bercintalah aku dengan blog B2B yang terkeluar hasil daripada Google.

Untuk korang yang tak tahu apa itu Risik/Tunang , cekidauttt !!

MERISIK

Langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang dihendaki.
Selalunya adat merisik ni dijalankan oleh parents pihak lelaki ataupun menghantar wakil.
Tujuan merisik ni sebenarnya nak menyatakan hajat family pihak lelaki untuk melamar si gadis.
Kalau risikan daripada pihak lelaki diterima oleh pihak perempuan.........
Bolehla go on dengan step kedua which is BERTUNANG. YAHOOOO !! HARHARHAR

Dalam kes aku ni lain pula ceritanya , haritu on 25 December 2012 buah hati datang rumah by himself.
Kononnya nak berbincang dengan parents aku pasal hubungan "kami".
Which is more kepada setkan tarikh untuk Merisik/Bertunang/Berkahwin.
Disebabkan aku ni pemalu shy shy cat , aku lari masuk bilik masa dorang berborak borak. HIHIHI.

But more or less yang aku dengar (akibat pasang telinga dekat pintu) :
  • No risik risik , huhu. Mama & Ayah kata membazir. Lagipun family aku semua dah kenal dah buah hati aku tu. *Adoilah melopeh den nak paw cincin belah rotan satu.*
  • Pihak lelaki just set je date bila nak bertunang. Nanti semua akan diuruskan mama & ayah.
  • Kumpul duit , HAHAHA. That is the main point sebenarnyaaaa. :P
Alhamdulillah , our first step dah selesai. Ada 2 steps more to go. Wuhuu !!
But tak boleh nak happy sangatlah ye , kepala ni sudah start tuk process apa yang patut.
InsyaAllah kalau diizinkan Allah , our engagement akan berlangsung on my 24th birthday. HIKHIKHIK.
So now , let's kumpul duit banyak banyak and start survey survey barang. Ngeee.

MEMINANG KE BERTUNANG ?

Meminang ke bertunang ni sebenarnya benda yang sama. So tapayahla korang kusut kepala cari perbezaan.
Tujuan meminang ialah menyatakan hasrat pihak lelaki untuk mengambil si gadis menjadi bakal isteri.
Kebiasaannya bila datang meminang , pihak lelaki mesti bawak hadiah atau tanda pertunangan.
Contoh yang paling banyak kita nampak sekarang ialah Cincin , cincin dan cincinnnn. Hikhikhik.
Dan jika pinangan diterima cincin akan disarungkan , WAHHH !!
Ini sebagai bukti yang si gadis telah pon diikat janji untuk dinikahkan. YEAYYY !!

Antara perkara yang dibincangkan dalam meminang :
  • Menjelaskan hasrat pinangan dan persetujuan pihak perempuan menerima pihak lelaki.
  • Melakukan pinangan iaitu menyatakn hasrat oleh pihak lelaki dan penerimaan oleh pihak perempuan.
  • Memberi hadiah atau tanda pertunangan.
  • Membincangkan perkara berkaitan seperti  tempoh bertunang , mas kahwin dan hantaran , akad nikah dan walimatul urus.
Bila dah merisik dan dah bertunang , selalunya mesti berakhir dengan akad nikah.
Takkan korang tak tahu apa itu akad nikah dan berkahwin kannn. Tipu tipu tipuuuu kalau kate tak tahu.
So , tak payahla aku explain akad nikah & walimatul urus tu gapo eh. HIHIHI.
Hope entry ni dapat membantu korang semua.
Aku mau teruskan blogwalking. Nanti aku tulis lagi ye.
Babaiiii. Love ya people. Thanks for your time.

p.s : 10 bulan 3 minggu 5 hari lagi tinggal , sempat tak sempat tak ?? HIHIHI.

xoxo


4 comments:

  1. akak dulu buat sekali bertunang dgn risik sebab mak akak kata leceh buat asing2. sbb kita pihak perempuan yg nak kene sediakan semua kan. so buat sekali jalan je. tp cincin kene 2 tau :D

    ReplyDelete
  2. Haha baiklah Kak Cha , nanti kite paw kasik dapat 2 jugak. Ngeee !! :P

    ReplyDelete
  3. Tahniah! Bestnya nak tunang dah :)

    ReplyDelete
  4. Khaleda : Hihi , mekasih. Jomlah tolong countdown same. Banyak bulan lagi tu. :D

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah