Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, January 15, 2013

Ceritera Cinta Syafiq & Zue.

Assalamualaikum & Hello.

Lewat pagi tadi , wife kepada kezen aku BBM , katanya :

" Aunty suruh ktorg buat story pasal ktorg , bila kenal , bila tunang."

Ditanya untuk apa , katanya :

" Mana nak tau. Aishhh. Nak karang karang bagai. Tolong Nadot."

Aku pon blur , pergi tanya " Tolong ape tolong ??."

Jawabnya " Tolong karanglah."

Dan sebagai habuan , aku minta izin Kak Zu untuk publishkan cerita cinta depa dalam blog.
Yeahh !! Itulah nama dia sistem barter hoccay.

SYAFIQ & ZUE LOVE STORY

Perkenalan mereka sebenarnya bermula di Polibriged dekat Politeknik Tanjung Malim.
Tu pon sebab satu group , masa tu baru start bertegur. Konon abang malu tapi mahu lettuw.
Padahal dorang satu kelas BI , satu dewan and lecturer pon orang yang sama.
Sebenarnya boleh je kalau nak bertegur sapa time ni. Tahpapetah. :P
Saja nak menggedik tegur time Polibriged , Konon nak tunjuk diri tu mesra alam la tu. Phuiihhh !!

Selepas daripada berakhirnya Polibriged tu , barulah abang memulakan langkah.
Langkah apa ?? Langkah memintak nombor telefon akak daripada budak kelas dorang.
Perggghh gila oldskul ! Lembab betul. Orang main add kat FB je abang oiii. HARHARHAR.

Bila dah dapat nombor telefon ni , biasalah - hubungan makin dan bertambah erat.
Yelah bila bila masa pon boleh kontek kannnn. So senang untuk satu perhubungan itu kembang mekar.
Wahhhh ayat kau ! Sangat sasterawan negara. AHAKSSS.
Daripada panggilan "saya/awak" bertukar kepada satu lagi panggilan iaitu "abang/adik".
Alololo sweet sangat main adik angkat abang angkat ke haaaa korang nieh. :P

Bila panggilan pon dah bertukar tu , nampakkan pergerakan positif depa. HIKHIKHIK.
Maka dengan itu pada tanggal 09/06/2006 , mereka telah mengisytiharkan diri mereka...........
Sebagai sepasang kekasih , aucchhhh !! Sejak daripada itulah mereka melakar kisah cinta mereka.

Banyak perkara yang terjadi dalam pada masa mereka bercinta , hanya aku yang tahu. EHHH !!
Selepas 6 tahun bercinta , AKHIRNYAAAA pada December 2011 abang mengusulkan untuk mengikat Kak Zu.
Bukan ikat guna tali rafia , tali tangsi atau sebagainya. Tapi mengikat tali pertunangan. WAHHH !!!
Tanggal 02/06/2012 telah menjadi saksi kepada majlis tersebut. Gembira gembira gembiraaaaa.
Bertemakan Biru + Kuning (Perlis sangat Kak Zu oiiiii) , majlis berlangsung dengan sangat lancar.
Alhamdulillah , a step left sebelum mereka bergelar suami isteri.

5 bulan mengikat tali pertunangan , suatu jangka masa yang pendek.
Akhirnya mereka disatukan pada tanggal 24 November 2011 di kediaman keluarga Kak Zu.

Dengan sekali lafaz Zuraida Binti Zainol kini menjadi isteri kepada Muhamad Syafiq Bin Abdul Manaf.


Akhirnya kisah penuh suka duka pahit bercinta mereka tamat dalam sebuah majlis yang penuh ceria.
Kini sudah tibalah masa mereka untuk mengharungi pahit getir di alam berumah tangga.
Semoga korang sama sama kuat menghadapi setiap apa jua cabaran yang melanda.
Babaiiii. Love ya people. Thanks for your time.


p.s : untuk ceritera cinta aku pulak , sila klik SINI !! Hikhikhik. Promote jugak. :P


No comments:

Post a Comment

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah