Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, January 21, 2013

Ukur Baju Di Badan Sendiri.

Assalamualaikum & Hello.

Harini aku nak cerita pasal 'ukur baju di badan sendiri', asal aku tetiba nak tulis entry pasal ni ?
Sebab aku rasa nowadays , manusia ni semakin melampau lampau.
Sebagai manusia normal , siapa yang tak nak kehidupan yang serba lengkap kan ???
Tapi kadang kadang kita tak sedar yang kita dah menyusahkan banyak orang.
Menyusahkan orang untuk penuhkan keinginan kita tu.

Aku daripada kecik memang dah diajar untuk berusaha dapatkan apa yang aku nak sendiri.
Kalau dulu zaman aku sekolah , beg Body Glove/CrazeeCausa sangatlah famous.
Kalau dah famous tu wajiblah mahal kan ? Tapi aku nak juga beg tu. Maka dengan itu.......
Aku akan ikat perut. Simpan duit sikit sikit. Janji dapat beli beg yang aku nak.

Tapi nowadays , aku tengok budak budak ni. Sebut je apa korang nak. Mesti dapat punyalah.
Kalau tak dapat , tarik muka patblas , gerenti esoknya dapat.
Eh korang realize tak susah payah mak bapak korang nak cari duit.
Senang senang tok abah je kau mintak itu ini itu ini. Sungguh aku tak faham.
Tu kalau yang belum kahwin , kalau yang dah kahwin pon sama meminta ? Haaa camne tu ?
Baiklah korang tak payah kahwin kalau macam tu. Especially perempuan.
Tak kisahlah berapa rapat pon kau dengan mak bapak kau , but once kau dah kahwin.
Kau dah bukan lagi tanggungjawab mak bapak kau , silalah susahkan suami kau pulak.

Belajarlah untuk mengenal apa itu erti susah , jangan asyik menyusahkan je.
Jangan nak bermegah sangat dengan apa yang kau ada kalau semua tu hasil duit ringgit mak bapak kau.
Jangan nak berlagak macam anak orang kaya , padahal semua tu harta kerahan tenaga mak bapak kau.
Bukaklah mata tu sikit , ukurlah baju di badan sendiri ye cik adik cik adik.
Babaiiii , till then. Thanks for  your time. Love ya people.


p.s : nak beli minta - tak suka buang - belilah baru. Pffttt !!


xoxo




3 comments:

  1. slh 1 sbb nya diorg xdpt didikan mcm kita kot..dulu family sy xlayan apa sy nak sbb diorg garang..nak beli pape kumpul duit sendiri.. :)

    ReplyDelete
  2. budak2 sekrang mmg. dpt iphone, ada kete, moto pastu kt twitter hari2 merungut pg kelas habis tak paham dh akak

    ReplyDelete
  3. Saila : Kannn ! Punyelah kumpul sampai gastrik2. Hahaha. Sekarang ? Sebut. Mesti ada depan mata.

    Kak Cha : Tula pasal. Tak reti bersyukur langsung. Huhu

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah