Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, February 13, 2013

Part 1 : Zaman Study Aku , hiksss !!

Assalamualaikum & Hello.

UiTM Seri Iskandar , sebuah tempat yang takkan mampu untuk aku lupa sampai bila bila.
Ada pahit , ada manis , ada masin , ada masam. Pendek kata macam macam ada. Hikhikhik.
Bila hari bertukar hari , tahun berganti tahun. Barulah rasa rindu zaman study.
Barulah rasa rindu nak marathon movie dengan roomate.
Barulah rasa rindu nak masak maggi pakai kettle.
Barulah rasa rindu nak bergolek reramai dekat lantai.
Barulah rasa rindu nak lunch ramai ramai dekat meja jepun.
Barulah rasa rindu nak lepak lepak and gelak kuat kuat sampai orang sound 'Oii diamlah'.
Dan barulah sedar yang diri ni semakin dimamah usia. Ahaksss.

Kalau dulu zaman study , rase bebas je nak buat apa. Yelah first time duduk jauh daripada family. Hiksss.
Tu yang ponteng kelas sana sini , asal lambat je mesti tanye member 'Nak g ke tak eh ?'.
Bila dah sampai depan kelas , masalah nak ketuk pintu pulak. 'Argh takyah masuklah'.
Tu yang akhirnya ponteng jugak kelas tu dan berjaya dapatkan surat daripada court sebab PONTENG ! :P
Konon berlagak surat court takkan sampai dekat rumah , last last hamek kauuu !!
Kemeriahan berganda bila kena marah dengan mama and ayah , hikhikhik.

Tu belum kira merayau sana sini tak kira pagi , petang , siang mahupun malam.
Lagi hebat bila PTPTN baru masuk , FUHH !! Sanggup beratur panjang panjang dekat ATM Bank Islam.
Dan sekejapan je dah telefon abang kereta sewa dan sekelip mata je dah sampai Ipoh.
Kalau kereta sewa penuh , sanggup naik bas yang takde seat nak duduk. :P
Berdirilah kau dekat sejam lebih sebelum sampai Ipoh tu haaaa.
Bila dah sampai Ipoh habes diborong segala benda macam orang dapat durian runtuh. HARHARHAR.
Lepas tu daripada Ipoh pergi pulak Lumut , konon nak amek angin laut. Puiii !!
Kadang kadang tu kalau agak agak dah sengkek sikit tapi hati memberontak nak keluar jugak.
Tu yang jadinya kes naik bas UiTM dan berhibur dekat Ring Ring (ala ala kedai 2 ringgit). :D

Tu kira masih ada duit lagilah , kalau betul betul dah kering kontang. Apa ktorg buat ??
Haaa ktorg ketuk pintu bilik sebelah menyebelah dan tanya 'Ada movie best tak ?'. HARHARHAR.
Tak dapat nak tengok wayang , ktorg layan movie pulak dekat bilik. Siap tutup langsir semua bagai.
Nak kasi gelaplah katanya , lepas tu melantak jajan dan tertiarap macam mat terap. Mihmihmih.
Sebab tu sampai sekarang external aku penuh dengan movie , korean drama dan sebagainya.
And zaman study ni jugak aku kaki godek Adobe Photoshop. Sampai retilah edit gambar. Hohoho.
Suruh menghadap Financial Accouting aku boleh tido , Taxation ? Lagilah tidak.
Kalau suruh hadap Adobe Photoshop , wow itu aku rajin !! :D

Okay sebenarnya banyak lagi benda nak cerita , tapi laterlah ye.
Sekian sahaja bebelan untuk CNY ni. Lalalalala.
Thanks for your time. Love ya people.


p.s : semua entry ni hasil godek godek gambar lama dalam external , hewhewhew.


xoxo


No comments:

Post a Comment

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah