Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, February 14, 2013

Part 2 : Zaman Study Aku , hiksss !!

Assalamualaikum & Hello.

Dalam Part 1 aku dah cerita sedikit sebanyak perangai aku masa zaman study dolu dolu.
Harini aku nak sambung balik cerita aku tu , hope masih ada yang sudi bace. :)

Orang kata kalau nak cari jodoh carilah masa belajar dekat Universiti.
Kononnya nanti boleh sampai ke jinjang pelamin , kata oranglah tapi bukan kata aku eh.
So , maka dengan itu aku pon tak lepaskan peluang nak cari jodoh masa ni. Ahaksss.
Orang suruh pergi belajar , ko pergi main carik carik jodoh pulakkk. Pffttt !
Kalau tau dek mak aku ni mau kena sebat , HARHARHAR.
Zaman study ni je berapa kali aku frust tertonggeng tonggeng dengan different guys. Melampaukan !!
Yang best semuanya cinta cinta monyet aku tu bukanlah 1 course dengan aku , lalalalala.

Dah namanya cinta monyet , mana nak tahan lama kannn. Dapat pulak manusia macam aku ni.
Cepat sangatlah terasa bosannya , tu yang asyik bertukar tukar orang tu. Mihmihmih.
Minggu ni dengan orang ni , minggu depan dengan orang lain. Ehhh tak tak takkkk.
Aku tak main minggu minggu , aku main semester terus. Kahkahkah.
Daripada student biasa sampailah ke MPP dan sampailah anak lecturer pon masuk dalam carta uollss.
Masa ni pon aku dikecam jugak dengan budak lelaki course aku.
Sebab asyik sangat bertukar tukar partner kannn , macam macam gelaran aku ada kawwww. Pedih !

Scandal mandal tak payah cakaplah , sampai Ipoh , Lumut semua aku pasang satu. HIKHIKHIK.
Pernah jugak aku hamun sorang budak perempuan ni gara gara kacau anak ikan aku. :P
Masa LDK (latihan dalam kelas) pon sempat jugak aku nak menggatal , ape pon tak boleh weh.
Konon malas pergi LDK , tapi kalau dalam group aku ada budak hensem. Wah terus berkobar kobar.

Dalam pada semua aku telan tu , ada jugak yang aku rejek. Hiksss.
Sebab tak memenuhi kriteria kriteria yang diperlukan kata kauuuu.
Tu yang sampai kena tiaw kaw kaw dengan geng budak laki tu. Ehhh ! Kesah !! :D
Ada jugak yang memendam rasa sekian lama , tapi aku tak pandang pandang jugak.
Mamat tulah yang paling over kutuk aku masa tu. HARHARHAR.
Manalah aku nak tau dalam kau kutuk aku tu kau suka aku. Auuuchh sooo sweeet !! :P

Gilalahhhh , kalau diingat balik. Rasa macam nak lempang diri sendiri pulak haih.
Tapi ni semua dululah , sekarang ni alhamdulillah aku dah kembali ke jalan yang benar. Mihmihmih.
Sekarang setia pada yang satu hoccay , gegirl dah baik tauuuu. :D
Lawak pon ada tapi itulah realiti , suatu keadaan yang aku pernah hadapi suatu masa dulu.

Sekian sahaja untuk part 2 , akan ada ke part 3 ?
Sama samalah kita tengok ilham apa lagi aku nak keluarkan. HIHIHI.
Thanks for your time. Love ya people.


p.s : gambar tak dapat diupload sebab semua gambar zaman dolu aku adalah gambar aku free hair. :)


xoxo


2 comments:

  1. zaman muda biasa lah cinta monyet frust menonggeng semua tu tapi tu lah yg mematangkan kita di kemudian hari. hehe. vah vah..siap ada scandal..hehe. takpe, jangan panggil scandal. panggil teman tapi mesra je. mehehe

    ReplyDelete
  2. Namee : Wahh ! Terima kasih singgah. Hihi. Scandal baru nampak garang. Ahaksss. :P

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah