Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, March 14, 2013

B2B : Hexagon Jar 190ml.

Assalamualaikum & Hello.

Hari Isnin haritu aku cuti , saje apply cuti sebab Wan pon cuti jugak. Gedik kannn~
Pagi pagi lagi dah pergi setelkan BR1M , kurlasss kau jah dapat BR1M. Wakakakaka.
Setel cash outkan RM 250 tu terus tapau kepci sebab nak visit Zara dekat Gleneagles Intan Jalan Ampang.
Lepas tu straight pergi Kinrara , kedai Quality Pack sebab nak beli jar untuk door gifts.
Fuhhh ! Naseb baik tak sesat barat sebab before ni ktorg dah usha usha kawasan terlebih dahulu.


Here you go , Quality Pack. Masa ktorg sampai ni hujan renyai renyai tapi lepas tu ? LEBAT !!
Eksaited okay nak beli jar tu , sebab takut duit terpakai kat tempat lain. Hikksss.


Masuk masuk kedai je terus grab hexagon jar. Ada 4 size semuanya.
55ml , 110ml , 190ml & 270ml. Tapi aku pilih yang 190ml. Sedang sedang elok kata orang.


Yang ni hexagon jar size 110ml dengan 190ml. Tutup jar tu memang kaler gold je yang ada.
Untuk 110ml dengan 190ml harga sama which is RM 1 per piece. So ? Buatlah pilihan yang bijak.
Untuk yang 270ml harganya ialah RM 1.30. Tapi aku tak pilih hat ni sebab besor benor. :D


Banyak lagi design design lain , korang bolehla tengok dekat website Quality Pack.
Boleh jugak minta dorang buat quotation untuk korang.
So bolehlah sediakan bajet dulu sebelum rempuh kedai ni. *cakap ikut pengalaman hoccay*


Muka bosan Wan , dahla minum Starbucks. Aku bizi bizi dia sedap je menghirup hirup. Pffffttt !
Nilah dia kalau bawak lelaki jalan jalan survey & beli barang. Sayang betul dengan kerusi.
Kalau boleh gam sekali kerusi tu kat bontot. Senang nak duduk lain kali. Hahaha


Ini dia Punitha , dengan dialah aku buat urusan jual beli haritu.
For today aku amek 120 hexagon jar je dulu , sebab takut tak ngam kat mata mama.
But then once reach home , dia kata okay pulak. So later kita amek lagi 80 hexagon jar. Fuhhh !
Lebur jugaklah RM 120 daripada BR1M tu , HARHARHAR

Lepas ni aku review kedai Bunga Reben pulak eh.
Tapi awal awal aku cakap gambar tak banyak sebab Wan malas nak snap. Zzzzzzz.
Thanks for your time , love ya people.


p.s : beli sikit sikit dengan harapan tak terasa sangat 'kehilangan' duit. HEWHEWHEW.
p.s.s : nak design stiker sendiri ke nak suruh kedai design ?? oh kenfiusss.


xoxo


12 comments:

  1. IF SIS NAK BAJET BETTER BUAT SENDIRI JEA .. murah la ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ara , tula pikir nak buat sendiri.
      Tapi kreatif tu yang tak tercapai dek akal. :D

      Delete
  2. Replies
    1. APAAAA !! Awak nak tolong design ??
      Hahahahaha. :PP

      Delete
    2. banyak la awak.. sila edit sendiri keh... hahahhaa:P

      rindu awk lah mkcik.. bila awk free ni.. nk jmpa la.. lame dh tak bork2 :(

      Delete
    3. Minggu ni Sabtu kita half day. Ahad free.
      Weekend ni pon Wan cuti. Hihihih.
      Eshat kojo ke ? Kalau tak apa lagiiii. Lepak lahhhh. ^_^v

      Delete
    4. yke? okok.. pape kita update awk..

      pekena kerang bakar sodap mkcikkkkkkk :P

      Delete
    5. Wokeyh boss ! Haaa kannn. Dah lama tak makan kerang ngan awak.
      Boleh g snap snap gambar buat entry lagi nanti. :DD

      Delete
  3. buat sendiri lebih jimat kot dear. Well yang mana menyenangkan u la ye.

    *bawa lelaki memang cenggitu. Hubby i kalau ajak p, cenggitu juga. hak hak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kan Chacha , ni pon minta tolong member designkan. Hikhikhik.
      Nama pon lelaki kannnn. Memang itu jela yang dia tau. :DD

      Delete
  4. hello Cik Nadia..sticker design awak dh siap.. saya dah selamat email 3 proposal utk awak pertimbangkan... 50 hingget upah!hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hikss , dah tengok. Nanti saya renung renungkan dan selamat beramal yek. :D
      Amboiii takmo g quality pack kanggg !! ^_^

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah