Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, April 5, 2013

Annyeong Haseyo , HIHIHI.

Assalamualaikum & Hello.

Siapa dekat sini yang kuat melayan Korean Drama ? Tak kisahla CD ke TV ke Online ke.
Kalau ada mehla sini sep sikit dengan aku. Hohoho. Sebab aku pon hantu Korean Drama.
Sanggup bersengkang mata semata nak tengok hero/heroin Korea yang comel comel tu. Perghhh !
First Korean Drama yang aku tengok. Tu ha cerita Fullhouse , yang ada Rain & Song Hye-kyo tu.
Masa tu yang aku kenal Rain jela , sebab dia je yang naik time tu. La ni ? Pergh ramai sangat pulak dah.
Lepas tu mulalah sambung dengan macam macam cerita. Lepas satu satu. Fuhh !!
Tambahan pulak lepas tu aku sambung study , memang makin banyak hantu Korean Drama ni.
Sampai penuh external hard disk aku dengan Korean Drama sebab copy sana sikit sini sikit. Hiksss.
Kalau ditanya dalam external hard disk ada apa , aku akan jawab "KOREAN DRAMA".
Bukannya penuh dengan assigments lecturer kasi , wahaahahaha. That's my student life. ^_^v

Bila da makan gaji ni , kita upgrade sikit daripada copy cerita and save dalam external hard disk.
Now , kita beli Korean Drama Box pula , HARHARHAR. Membazir ? Never ! It is satisfaction people.
For now aku baru ada dalam 5 box je kot , mahal gile terbabas okay 1 box. Sobsobsobs.
Yang aku beli ni semua time Speedy buat 1 CD RM 3 , Kalau ada 20 CD baru RM60. Hahaha. Jimat. :P

Antara Korean Drama CD Box yang aku ada , adalah seperti berikut :


The Man Of The Vineyard.
Ni first box yang aku beli , jangan ditanya jalan cerita , nama watak dia pon aku dah lupa.
Berkurun lama dah kot aku beli box ni , awal awal dapat PTPTN kot. Hamboii. 


Lie To Me.
Aku beli box ni sebab masa tu aku tengok online , tapi asik loading lama gila. Terus beli 1 box.
Cerita ni best sebab aku suke watak dua dua hero and heroin ni. Rasa macam nak lempang je.


The Partner.
Yang ni beli sebagai tanda protes dengan Wan masa hari raya tahun lepas.
Beli pon sebab tu haaa hero dia tuuuu , hero yang aku minat since tengok cerita My Girl. Miahaha.
Tapi sampai ke harini tak tengok tengok lagi box yang ni. Hikhikhik.


Flowers Of My Life.
Baru je beli masa pergi Ikano haritu. 1 box RM 10. Siapa taknak kannn.
Dahla bestfren aku belanja , kau gila ke nak tolak rezeki ??
Pon belum tengok lagi , elok je aku letak dekat rak buku aku. Hihihi.


Sumber : Google.

Romance Town.
Ni pon beli dekat Ikano - harga pon RM 10 - pon besfren belanja. Yeay ! Function kannn~
Cerita ni aku tengah layan , baru je start malam tadi. Siap makan sushi lagi sambil layan. OVERKAN !

Korean Drama yang lain usah ditanya , semua dalam external hard disk. Sayang weh nak delete.
Coffee Prince , Princess Hour , Full House , My Lovely Samsoon , Boys Over Flowersla.
Segala mak bapak ada dalam tu. Huishhh. Tolonglah jangan corrupt wahai external. Hikhik.
Rasa macam nak beli 1 lagi external hard disk yang 1 TB tu. Besar sikit capacity dia. Ye tak ?

Bila dah kerap sangat tengok Korean Drama secara tak sengaja kita pon faham sikit sikit bahasa dorang.
Dialog yang senang senang laaaa , yang panjang panjang tu baca subtitles sudah. Hikhikhik.
Tapi dalam sudut hati ni , teringin sebenarnya nak belajar bahasa korea. Ngehngehngeh.
Tak semestinya nak pergi sana baru terkial nak belajar kannnn ? Boleh apa practice cakap dekat rumah.
Lepas tu kene lempang patplohlapan kali dengan mama. Hewhewhew.
Thanks for your time , saranghaeyo people !!


p.s : dah siap download Korean for Dummies , aleh aleh ada 327 pages. Mamposss terkubur niat. :P


xoxo


8 comments:

  1. alooooo..xtgk la citer2 korea ni..i oll tgk citer mak jemah jeww..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus jugak tak tengok Saila , kalau tak ?
      Tak dapatlah buat aktiviti surirumah. :DD

      Delete
  2. akak bukan tak minat. dulu salu gak layan tapi maklumla surirumah busy kan uolss haha. rendu nadd. sorry lama tak dtg sini. akak busy huuu sedih *lap air mata*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi , jyeah surirumah yang bagus akak kite ni. Hihi.
      Ala takpelaa. Akak bz , bukan tak nak singgah kan ? :)

      Delete
  3. akak mmg antu cite korea dr zaman remaja purba kala... haha... ingt lagi cerita korea pertama yg diperkenalkan all about ave... layan...
    pastu cite taiwan lak, meteor garden... lg la layan.. sampai assignment pun last minit buat... siap masuk mimpi lagi hero2nye... haha... mmg kami kritikal la time tu...

    now dah kurang bila bekerluarga... ada masa pun tgh mlm tgk.. hehe saje lyn feel... skang tgh lyn cite kat kbs setiap hari isnin n selasa... cite paling zalim! klu tengok tka bangunlah...

    encik somi sampai nak pegang remote tak bg tengok muahahaha...! dashatkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamboii ! Kurlass sampai kene control remote. :P

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah