Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Monday, May 6, 2013

PRU 13 - Aku bukan politician.

Assalamualaikum & Hello.

Pagi pagi masuk office dah terasa macam masuk bilik gerakan DAP.
Masih lagi belum surut dengan cerita cerita politik mereka. Aku ??
Masih jugak tersepit mendengar mereka bercongcengcongceng.
Bilalah agaknya mereka nak berhenti mempertikaikan segala ?

Ingatkan dekat office je hangat berbual bicara pasal politik.
Oh dalam Whatsapp Family Group pon sama juga.
Aigooo , nak baca ke tak nak baca ? Baca sekali lalu jela.
Masing masing menegakkan fahaman dan ideologi masing masing.

Aku ?? Masih lagi tiada fahaman dan juga ideologi.
Masih lagi tidak mengeluarkan sebarang pendapat dan ideologi.
Masih belum cukup ilmu di dada untuk bersuara.
Barangkali nanti aku belajar sosio-politik barulah aku berbunyi.


Maaf , aku bukan ahli Pakatan Rakyat kerana berbaju hitam harini.
Aku hanya manusia yang mogok sebab KL tak dapat public holiday. Ahaksss.
Kepada mereka di luar sana , its okay untuk pertahankan fahaman korang.
Jaga bahasa yang digunakan , kerana bukan korang je yang ada fahaman.
Jangan pulak ada yang bergaduh laki bini , putus saudara hanya sebab berbeza fahaman.
Belajar hormat fahaman orang lain dan berhentilah menuding jari sana sini.
Jangan terlampau fanatik , ini semua duniawi.
Terima kasih datang lagi , ngeeee !! Maaf ini hanyalah sebuah luahan rasa.

Thanks for your time , love ya people.  


p.s : aku takde jari bercalit biru nak tunjuk kat korang. 5 tahun lagi ? who knows. ^_^


xoxo


4 comments:

  1. SEBAB AWAK TAK UNDI LAH AWAK TAK DAPAT CUTI , KITA UNDI SEBAB TU DAPAT CUTI . hahaha caps lock teruihh :D

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah