Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, June 4, 2013

Down to memory lane , Seri Iskandar - Lumut.

Assalamualaikum & Hello.

Balik daripada Faisol's reception , geng yang lain balik KL terus.
While aku dengan Wan sempat pusing Ipoh kejap sebelum ke SI dan Lumut. Heeeee.
Pusing pusing dalam kereta jela pon since kat Ipoh kedai banyak tutuplah on Sunday.



1. JJ Ipoh , port lepak zaman dahulu kala. Still standing. Hahahaha.
2. Bangunan baru berhadapan JJ Ipoh. Belok kanan boleh pergi Hosp Fatimah.

Ingatkan aku tak boleh nak ingat jalan nak pergi Seri Iskandar from Ipoh.
Yelah sebab dah lama gila babas kot tak menjejakkan kaki kat sana.
Manalah tahu jalan berubah ke , tetiba aku hilang ingatan ke. Hihihi.
Tapiiiiii.......................alhamdulillah sampai jugak Seri Iskandar weh.


Fuiyoooo inilah dia rupanya Tesco Seri Iskandar yang digembar gemburkan.
Okay fine. Jealous much !! Bayangkan dulu ktorg ada Pasaraya Halida je ok.
Bersesak sesaklah dalam pasaraya yang tak berapa pasaraya tu nak beli barang.
Untunglah budak budak UiTM & UTP sekarang. Senang hidup.
Tak payah sewa kereta pergi Ipoh semata nak g Tesco.


Taman Maju belok kanan , harharhar.
Jyeah ! Dekat Taman Maju nilah selalunya ktorg habeskan masa.
Lepak KFC takpon mapley Rahmath tak pon Al Bayan. Hahaha.
Dekat Taman Maju ni pon ada kedai 2 ringgit ok. Nama dia Ring Ring. Kemainn.
Dulu masuk Ring Ring tu sampai makan jam , entah ape je pon ada dalam tu. Pffttt.


Bandar Universiti , kemain dah ada batu bersurat kauuuu. Wakakaka.
Bank Islam belakang tulah tempat aku dengan kawan kawan queue nak cek PTPTN. Hahaha.
Sanggup ni beratur pepanjang , dahla bank tu selalu aircond rosak. Sanggup ok.
Bila tengok PTPTN dah masuk terus cari kereta sewa , nak berjimba kat Ipoh. Miahahaha.


Ini bukan model majalah Maskulin eh. Hahaha. Aku just nak show Petronas ni.
Petronas nilah jadi tempat ktorg menunggu bas UiTM dolu dolu.
Sambil tunggu bas sambil makan makan dalam Petronas tu.
Waffle dia terbaik kot weh , sekarang aku tak taulah ada lagi ke tak. Huhuhu.


Jeng jeng jengggg , perkenalkan air mangga susu ais terbaik aku pernah minum.
Kalau cakap dengan budak budak UiTM SI sure tau pasal air ni.
Tapi batch akulah kot sebab masa tu pakcik tu bukak kedai dekat dalam UiTM.
But lepas tu dia bukak cawangan dekat luar UiTM , dekat Sidec.
Kalau korang nak cari bolehlah cari Lanz Cafe.
Harga air buah gelas besar RM 1.50 je weh.
Char Kuey Teow pon remains RM 3.00.
Daripada zaman aku study sampailah sekarang , harga maintain uollss.


Siapa dekat sini penggemar bubur , please raise your hands.
Dekat Bubur Perak ni pelbagai jenis bubur korang boleh jumpe.
Kedai ni belongs to ayah angkat aku. Tapi haritu tak sempat singgah.
Sempat lalu je , sebab yess masa mencemburui kami. Huhuhuh.
Location Bubur Perak ialah dekat Titi Gantong , exactly sebelah kiri traffic light.




Hello orang orang Lumut !!! Nadia and Wan here. Amboiii. Lorat. Hahaa.
Keluar je kereta terus shoot masuk kedai , beli barang nak bawak balik KL.
Dulu zaman study selalu jugak lepak Lumut , konon amek angin laut. Puiiii.
Lepak lepak makan maggi hot cup tepi laut sungguh mengasyikkan. Wahhh !
Tapi tu dululah , sekarang dah tak buat dah. Nak jejak pon susah. Y______Y

By the way , thousand thanks untuk buah hati aku.
Sebab sudi layan kerenah aku yang gatal nak ke sana ke sini. Heeeee.
Bukan apa , just wanted to create another kenangan and hapuskan kenangan lama.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : bangga dengan diri sendiri , sebab berjaya sampai Lumut tanpa sesat barat. Yeayyy !!


xoxo


1 comment:

  1. huhu.. menggamit kenangan betul. sy pun ex-uitm SI. Smua tempat sis tunjuk, mmg sama definition as student uitm kt sana.. rindu plak ;)

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah