Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, June 28, 2013

Food Review : Flaming Steamboat , Platinum Walk Danau Kota

Assalamualaikum & Hello.

Untuk iftar semalam , aku dengan Wan memilih Flaming Steamboat.
Mengidam lama dah weh. So , after work semalam terus shoot pergi Danau.
Naseb jalan tak jem. Heeee. Kalau jem alamatnye berbuka dalam kereta la haaaa.


Ktorg book sebenarnya pukul 8 malam tapi sebab dah sampai awal , duduk jelah terus.
While waiting masa untuk azan Maghrib sempatlah jugak aku usha apa yang ada.

Antaranya adalah seperti kat bawah ni , korang scrolllah ye. ^_^


Masa ktorg sampai ni baru nak masuk pukul 7 , tak ramai orang langsung.
Ingatkan memang tak ramai sampai sudah so that boleh melahap lebih.
Tapi around lepas maghrib tu dah makin ramai. Hari biasa pon ramai. Weekend apatah lagi.
Maka dengan itu sebelum pergi tu baik buat tempahan , takdelah nanti terpinga pinga.




Antara seafoods yang ada. Ada ketam/udang/lala/kupang/sotong dan sebagainya.
Tapi yang paling laris ialah ketam. Almaklumlah ketam kan mahal.
Barulah rasa berbaloi dengan bayaran yang dibuatkan ?



Ini pulak bahan bahan steamboat. Macam biasalah bebola ikan/isi ketam dan sebagainya.
Angry bird dengan finding nemo pon ada ok. Kurlasss tauuu.


Tak lupa juga kat sini pon ada sediakan sayur sayuran. Macam macam jenis ada.
Korang pilihla mana nak. Lepas tu campak je dalam periuk steamboat korang tu. Senang.


3 jenis air disediakan , air sirap/air oren/air kosong. Ais pon disediakan bersama.
Besides of air , ada jugak cendol. Tapi aku tak snap. Malas. Hahaha.


Varieties of sauce. Pilihlah mana yang sesuai dekat tekak korang.
Kalau aku selalunya mesti ambil sos manis and sos cili thai tu. Sedap !



Ada chocolate fondue/marshmallow dan tak lupa jugak aiskrim.
Sempat ambil gambar kon aiskrim je sebab ramai orang bersesak kat peti ais krim tu. Pffftt.


Segala mak bapak mee/mihun/maggi pon ada. Tapi aku tak ambil. Sebab takut kenyang. :P
Telur puyuh pon ada weh , comel je. Rasa macam nak ambil letak dalam handbag je. Hikss.


Buah buahan , ada longan/tembikai/nenas dan laici. Serbuk asam pon disediakan.


Dim Sum & Pau Mini. Dah sebok makan akhirnya aku lupa nak try dim sum dia. Sedih !
Rasa macam nak hentak hentak kaki pulak , macam mana boleh lupa tah. Y_____Y


Inilah dia rupa pinggan pertama kami , segala benda ada dalam 3 pinggan ni.
Bercampur campur. Seronokk ! Makan memanglah seronok kannn. ^_^
Harga untuk seorang dewasa ialah : RM 28.5++ , belum include tax.
Kepada yang nak datang ke Flaming Stemboat Setapak , bolehlah refer alamat di  bawah.

No. 66-0 & 68-0,
Platinum Walk,
No2, Jalan Langkawi,
Danau Kota,
53300 Setapak,
Kuala Lumpur. (Belakang EON Bank / Old Town White Coffee)

Waktu Operasi : 5 petang hingga 12 tengah malam setiap hari.

Untuk tempahan : 03-4142 3144/017-7077 300

GPS Location : 3.206815, 101.718995

Thanks for your time , love ya people.


p.s : padi house putrajaya is in my next wish list. ngeeee.


xoxo


10 comments:

  1. akak dh tak suka pg flaming danau sebab crowded giler. pg hari biasa crowded bulan puasa pun crowded gak huhu nasib skrg flaming dh ada kt shah alam heee

    sedapnyaaa. nanti nak berbuka steamboat jugakla hukhuk

    ReplyDelete
  2. akak selalu lalu lalang je dpn kedai ni..bila nk singgah je hubby mesti cakap 'nanti eh..'..sampai sudah..huhuhu..nasib baik i oll x mengandung haha..kalau x meleleh2 air liur..hehehehe!

    ReplyDelete
  3. @cha Haah kak dah crowded , mana dengan anak nak melalak. Nak buka puasa pon tak senang. Nyaris nak rembat anak yenna sorang tu. Lari2. Pffttt.

    ReplyDelete
  4. @Nursaila NormanAlahai sedihnyaaa , nanti kite buat bloggers family day eh ? Makan sampai juling. Hahahaha

    ReplyDelete
  5. @fardiyahSedap sedap , kuah tomyam dia sedap. Shud try. ^_^

    ReplyDelete
  6. The food in Flaming Steamboat really fresh and nice and the price is reasonable, please do give us your like at
    http://malaysiafood.org/flaming-steamboat/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup ! Your food is so fantastic , perhaps that I can repeat it another time. ^^

      Delete
  7. terima kasih kerana mengunjungi restoran kami

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah