Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Saturday, June 29, 2013

Food Review : Nasi Ayam Chee Meng , Bukit Bintang

Assalamualaikum & Hello.

Semalam lepas shoot beli usb cable dekat Low Yat terus ajak budak budak tu makan. Makan dekat mana lagi kalau bukan Nasi Ayam Chee Meng Bukit Bintang. Masuk masuk kedai je dah jem sebab terlampau pack dengan manusia. Sampai table pon takde yang kosonglah , kenalah tunggu kejap. Kejap ke ? Hurmmm. Sampai orang lain habes makan and ktorg take over seat. Lama tak. Haaa.



Yang first time dengar pasal kedai ni mesti tanya 'HALAL ke ?' sebab nama kedai nama cina. Kau gila aku nak makan tempat haram ? Hahahaa. Of courselah HALAL.




You see you see , betapa padatnya manusia dalam kedai ni. Tapi nak buat macam mana , sedap punya pasal. Lambat pon takde hal. Ngeee.

Dekat Chee Meng ni dorang ada Roasted Chicken & Steamed Chicken. Yang paling specialnya dekat sini korang boleh pilih Normal/Drumstick or Boneless set. Harga untuk normal set : RM9 meanwhile drumstick/boneless : RM 9.50.


Sebelum makan kita posing dulu satu round. Kemainnn ! Gembira betul muka budak budak ni tengok makanan sampai , lapar yehhhh. :P


Yang sorang ni langsung 'biarlah gambar buruk , janji aku dapat garpu'. Harharhar. Lantak.


Kerabu Mangga dia highly recommended. Masam masam manis. Sangat sedap. Dengan ikan bilis dia yang garing tu , perghhh ! Memang layan sebab tu ktorg amek set besar. Kerabu mangga set besar : RM18 , set kecil : RM9.


Ini dia Nasi Ayam Chee Meng. Nasi ayam ni dihidangkan dengan sup kacang dan sambal. Kalau korang nak tambah sup kacang tu boleh juga , harga dikenakan hanya RM 1. Sambal dia tu pulak korang boleh telan ikut suka hati. Takde charges. Tapi kepada yang tak berapa boleh makan pedas sila jangan tuang banyak banyak terus. Sebabnya sambal dia sangat pedas , ktorg makan semalam sampai juih juih bibir. Hikssss.




Nasi Ayam Chee Meng Bukit Bintang 

50 Jalan Bukit Bintang  
55100 Kuala Lumpur (berhadapan Bank Islam).
03-7982 1348


Kalau korang dari Lowyat , korang keluar ikut entrance yang ada Big Apple tu. Korang jalan je terus , nampak traffic light orang nak lintas jalan. Terus nampak Chee Meng. Selamat mencuba !!

Thanks for your time , love ya people.


p.s : terasa nak ratah ayam tu dengan sambal cili tu jeeee , nyum nyummm !


xoxo

4 comments:

  1. dulu akak suka mkn nasi ayam kt kitaro bb tu tp dh tutup eh skrg sbb buat mrt tu kan huu. btw kerabu mangga tu nampak sedappp

    ReplyDelete
  2. ramai jugak orang ya... terbaekla kat sini..

    ReplyDelete
  3. @chaHaah Kitaro tu pon not bad jugak. Tapi tulah dah tutup plak. Aah kak kerabu die besttt. ^_^

    ReplyDelete
  4. @Mahirah RidzuanMakin malam makin ramai , masa ktorg datang ni pon dah nak dekat pukul 10 kak. Trylah nnt. Ajak husben. ^_^

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah