Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, July 30, 2013

20th Ramadan at Taman Tasik Titiwangsa

Assalamualaikum & Hello.

Semalam balik kerja Wan amek aku dekat office , planningnya nak buka puasa dekat Tasik Titiwangsa. Kemain. So , disebabkan dah tahu jalan dekat KL ni kalau lepas office hour je mesti macam meminta sumpah seranah. Maka dengan itu aku sempat pesan dekat Wan tapaukan aku Nasi Kerabu dekat Bazar Putrajaya before dia pickup aku. ^_^

Dan memang betul , jalan jammed ! Yeah !! Daripada flyover depan office aku sampailah Jalan Tun Razak nak ke susur Kg Baru tu ye semua. Memang menyakitkan hati. Naseb baiklah jem yang bergerak , kalau tak alamatnye makan Nasi Kerabu dalam keretalah kannn. Tapi alhamdulillah around 6.30 tu ktorg sampai dekat Tasik Titiwangsa. Lepak lepak kejap then pilih port nak berbuka.


Cheesekut yang dikirim oleh bakal mak mertua aku. Miahahaha. Gedik. Haritu sempat juga borak dengan mama Wan pasal Cheesekut yang tengah trending ni. Aleh aleh semalam dapat rasa. Sedap. Terus rasa nak buat juga. Yang penting Wan kata kelmarin lepas mama dia buat Cheesekut tu terus tanya Wan ada jumpa aku ke tak sebab nak pass Cheesekut ni. Ngee. Bukannya nak tanya Wan nak rasa ke tak. Miahaha. Terus nak bagi aku yang rasa tu. Sorry bie. :P


Ini pula juadah berbuka puasa ktorg semalam. Nasi Kerabu ada sebungkus je. Share 2 orang. Sweetkan. Miahaha. Padahal berapa suap je aku bagi Wan , yang lain aku punya. Mihmihmih. Siap ade bontot ayam lagi okeh. Kurlasss sgt makan bontot ayam dekat tepi tasik. Hikssss.


Ini pula muka kami yang kelaparan sementara menunggu azan Maghrib. Ngeee. Berpink pinky ktorg dekat tepi tasik tu. Jambu habes. Setel berbuka puasa , saja lalu dekat Jalan TAR. Meriah kauuu. Mungkin lagi malam lagi meriah. Lepas tu terus shoot Bukit Jelutong and then tengah malam sempat pergi Downtown Cheras sebab aku craving nak steamboat yang cucuk cucuk dengan somtam dekat situ. Perghh ! Terbaik. Sampai rumah pukul 1 pagi. Tahniah. ^_^v


p.s : balik ni nak beli groceries , nak buat Cheesekut. 


xoxo


4 comments:

  1. @Miss Hidy Best best best , balik ni nak try buat. Kalau jadi bolehlah share resipi. Hihi. :D

    ReplyDelete
  2. wahhh...memang best buka puasa tepi tasik !

    ReplyDelete
  3. @Liza Razak Ape lagi sis , cubela ! Ajak hubby. :D

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah