Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, July 17, 2013

Alkisah Ramadan ke 7 , ^^

Assalamualaikum & Hello.

Previous entry aku cerita pasal aku punya drama dengan Wan. Puasa ke 7 ni pon ada cerita juga lagi. Alkisahnya bila aku dah planning dengan adik perempuan Wan konon nak buka puasa dekat rumah dorang semalam. Tapiiii.......biasalah kita hanya merancang , DIA yang tentukan. Kan kan kan ?

Nak dijadikan cerita dalam pukul 4 petang tu mama whatsapp aku cakap ayah admit dekat HKL sebab food poisoning. Dah pulak !! Otak terus bagi reaction yang kalau dah admit ni mesti teruk ni sebab tu kena admit. Terus tak senang duduk weh masa tu. Tambahan pula mama kata nak bawa baju and barang barang keperluan yang lain. Macam lama je akan ditahan dekat ward. Huhuhu. Terus cakap dengan Wan cancel buka puasa dekat rumah dia. Tapi sempat juga cakap dengan dia teman aku pergi HKL and buka puasa dekat rumah aku jela. Tak memasal plan dah terbalik. Harharhar.

Masa nak tunggu buka puasa tu ayah call , fuhh ! Dia cakap dia dah boleh discharge dah. Lega. Syukur. Alhamdulillah. Ingatkan dah tak payahla pergi HKL tu. Aleh aleh dia minta hantarkan selipar sebab dia kata dia takde selipar. Wakakakaka. Ini lawak !! Sebab masa dia jatuh pengsan tu ambulance yang datang amek dia. So , selipar dia tak tahulah dekat mana. Aigooo. Ini macam pon boleh ka ??? Kawan dia pon tak campakkan selipar dia sekali naik ambulance agaknya. Hahaha. 

Maka dengan itu , lepas buka puasa aku dengan Wan teruslah hantarkan selipar dekat dia. Dahla wad yang dia masuk tu tak tahu dekat mana. Dia kata I Care je. Duk tanya polis bantuan pon polis bantuan tak tahu. Yang ayah duk call call , tak sabar nak keluar ward gamaknya. Hohoho. Lepas dah tanya sana tanya sini ktorg pon nak pergilah I Care tu tapiiiiiii masa on the way tu nampak ayah. Jyeahh ! Orang tua tu jalan jalan tak pakai selipar. Gila selekeh. Ya ampun. Pffft. Hahaha. Nurse depan dia siap cakap 'Bagilah selipar kat ayah tu , kesian berjalan tak pakai selipar'. Wakakakaka. Ayah ayah , kalau ye pon nak terberak sangat janganlah sampai macam tu selekehnyaaaa. Selesai bayar bil dan ambil ubat , aku melepak dengan ayah dekat depan emergency tu. Tunggu Wan ambil kereta , sambil tu sempat borak kejap.

Ayah : Mana Wan , nampak tak ?
Aku : Tak nampak lagi , jalan jem kot.
Ayah : Yelah , orang habes shift pukul 9.
Aku : Oh yeke. Patutlah kereta banyak.
Ayah : Ayah nak terberak ni , tadi kat hosp air kecik. Kene tadah guna cebok. Leceh betul.
Aku : Hahahaha. Gila tak best berak nak guna cebok. Ayah makan ape je sampai cirit ?
Ayah : Bubur dekat bazar tu kot. Sebab masa tu tengok pon dah berair berair.

Lepas tu Wan pon sampai , hantar ayah dekat tempat yang dia pengsan tu. Nak ambil kereta dia dan selipar barangkali. Harharhar. And then balik rumah , sampai sampai dekat parking ayah dah kelam kabut. Hahahaha. Nak mencirit rupanya. Wakakaka. Hampeh !!

Conclusion : Kalau pergi bazar beli bubur , jangan beli yang dah nampak berair. ok ? 


Ribuan terima kasih dekat orang sebelah aku tu sebab sudi melayan kerenah ayah yang meminta seliparnya. Wakakaka. ^_^v

Thanks for your time , love ya people.


p.s : harini hari ke 8 puasa , apa pula cerita aku agaknya ???


xoxo


2 comments:

  1. haha...klakar la ayah awk..comel jek...hehehe

    ReplyDelete
  2. @kiwiey Haha , ada masa kelakarlah. Kalau garang. Takut ! Haha. :)

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah