Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, July 24, 2013

Asia Tour 2013 : Malaysia VS Chelsea

Assalamualaikum & Hello.

Hari Ahad lepas , aku berkesempatan ke Stadium Shah Alam untuk tengok match antara Malaysia dan Chelsea. Ni pun sebab adik aku and kezen aku dapat 6 tiket free semua gara gara dorang main game #chelseats dekat FB haritu , kalau tak memang takkan pergilah sebab Wan fans Man U. Luckily Wan pun bukanlah jenis yang die hard fans. Mana mana team pun dia layan. So , merasalah aku untuk tengok match Malaysia VS Chelsea tu. ^_^v

Ktorg gerak daripada rumah aku ke Putrajaya , singgah bazar and beli apa apa yang patut. Then barulah ke Shah Alam. Dalam 6.45 petang tu ktorg dah sampai dekat zon parking kereta dan tunggu adik aku dengan cousin aku sampai. Sesampainya dorang , ktorg setting setting tempat untuk buka puasa. Buka puasa dekat parking area. Seronok kau ye makan beralaskan surat khabar.



Ibu mengandung pun ikut serta. Tak reti penat betul. Hahaha. Lepas berbuka terus masuk dalam stadium. Sebab takut nanti seat yang best best dah takde. Kang memang tak nampak apalah jawabnya. Dahla seat pon belakang goal. Sedih. Y______Y. Lumrahlah tiket free kan kan. Nak demand belilah wooiii.




Masuk masuk je terus dapat bende alah macam tangan kaler biru tu and terus nampak booth booth Chelsea FC Fans Zone. Kemain meriah dengan manusia berjersey biru sambil nyanyi nyanyi lagu Chelsea.



Sebelum cari tempat duduk yang strategik , sempatlah juga ktorg bergambar berlatar belakangkan Stadium Shah Alam. Poyo poyo je kannn. Alaaa ramai lagi orang buat kot , ktorg pun taknaklah lepaskan peluang.




Sebelum game start , sempatlah nak try function camera. Nak setting setting sikit untuk mendapatkan hasil gambar yang berkualiti. Cewahhh ! Padahal guna Tab je pon. Bukan DSLR. Hikhikhik. Tengok maskot Stamford pon ada memeriahkan suasana.

Bila game dah start , aku pon simpanlah camera kononnya nak focus dengan gamelah. Tapi duklah sebok tanya Wan itu ini sampai dia pon naik mengantok dengar soalan soalan aku. Wakakaka. Siap tanya lagi 'Macam mana korang tau eh dekat sana sape player , sini sape player. Bukan boleh nampak muka'. Muahaha. Bila taip balik aku pulak rasa annoyed dengan apa aku tanya. :P


Masa rehat yang pertama tu , aku ingatkan duduk duduk sajelah. Macam match match yang aku pernah pergi sebelum ni. Tapi tiba tiba bola Samsung gergasi tu turun daripada area score board. Errrkk !! Yang penonton lain masing masing sebok melantun lantunkan balik bola tu. Aku pula sebok dengan Tab , snap bola gergasi tu. Jakun much kan ! :D


Dan inilah dia kesudahan game malam tu. Chelsea 4 - Malaysia 1. Satu satunya score Malaysia yang diperoleh di masa tambahan. Yeehhhaaaa ! Ingatkan Malaysia nak bawak balik telur ayam. Rupanya pecah juga telur ayam. Pewwiiittttt. 





Sebelum balik , kasi session bergambar 1 round lagi. Harharhar. Barulah terasa puas bila battery hampir flat gara gara snap gambar banyak banyak. Mihmihmih.


Sempat lagi melepak dekat Makbul TTDI Jaya lepas keluar stadium , padahal masa tu pun dah pukul 12 lebih tengah malam. Tekak terasa haus , perut terasa lapar. Padahal pergi tengok bola je , react dia macam aku yang gigih berlari satu padang perhambat bola kannnn. Over. Tengok tu patung Stamford pun nak makan juga. Mihmihmih. By the way , malam tu dapat landyard dengan patung Stamford tu as a gift. Just isi form dekat Chelsea FC Fans Zone je. Lepas tu dorang akan kasi korang benda benda tu. Best.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : balik tengok bola suara terus serak , esok terus tak sehat. MC terus 2 hari. Tahniah.


xoxo
 

No comments:

Post a Comment

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah