Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, July 9, 2013

B2B : Lace/Satin/Chiffon's Hunting

Assalamualaikum & Hello.

Semalam lepas balik kerja terus shoot pergi Semua House dengan Awin. Konon nak cari baju untuk tunang nanti. Kononnya lagi nak beli baju siap je , senang. Tak payah nak hantar tailor bagai bagailah cadangnya. Tapi bila masuk je satu demi satu kedai , harga yang dorang offer buat aku rasa macam nak jerut je leher aku dekat siling ofis ni je , hahaha. Y______Y.

Akhirnya sampailah aku lalu depan kedai kain Osman , dengar nama kedai tu macam cokia cokia je kan ? Tapi material dalam kedai ni sangat exclusive. Aku pernah juga masuk kedai kain Osman ni sebelum ni. Tapi yang aku minat tu semua taste anak dato anak tan sri anak raja. Wakakaka. Tapi semalam bila lalu je terus macam ternampak lace yang aku berkenan. Mihmihmih. Laju laju masuk kedai kain Osman tu. ^_^



Haaa nampak tak lace dia ? Adorable much kan ? Less is more kata orang. Sekali tengok je dah jatuh cinta weh. RM 133 untuk 2.5 meter. Murah kan kan kan ?? Rasa macam menyesal kalau tak beli. Untuk kain chiffon pulak harganya RM 17.50 semeter. Meanwhile kain satin pula berharga RM 13.50 semeter. Tapi tulah kene tanya pendapat orang lain juga. Especially pendapat Wan. Almaklumlah bakal tunang. Eh gedik ! :P


Sila perhatikan yang tengah tu , nampak tak betapa ohsemmmnya dekat patung tu. Perghhh !! Meleleh ayaq liuq cheq oiihhh. Hihihihi. Total damage mengikut pengiraan matematik aku adalah seperti di bawah :

Lace : RM 133 - 2.5 meter
Chiffon : RM 35 - 2 meter  
Satin : RM 54 - 4 meter

Total : RM 222

So , apa pendapat korang korang pula ? Harga dan kain tu ? Cantik ke tak ? Sesuai ke tak kain dengan harga dia ? Should buy or shouldn't buy ? Cepat cepat tinggalkan pendapat anda di ruangan komen. Ngeee.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : kalau ramai agree suruh beli , aku pergi beli hari Ahad ni juga. Amboiii.


xoxo


16 comments:

  1. memang cantik... sila beli cepat..

    ReplyDelete
  2. @mama leen Hihi thanks mama leen ! 1 vote untuk beli. ^_^v

    ReplyDelete
  3. Harga lebih kurang kalau beli baju siap makcik..
    awak minat tak baju2 kurung moden kat button?
    try survey2 situ.. hrga pon lebih kurang harga yg awak kira ni..

    just my opinion darling :)

    ReplyDelete
  4. @Rina Ellisa Haa buttons tu kite tengok jugak. Tapi macam biasa sangat pulak. Tapi harga meletop kebabom , hangus. Hahaha.

    ReplyDelete
  5. haha.. nangis tengok harga.. :p

    cantik jugak ni lace grey+baby blue..

    ReplyDelete
  6. @Rina Ellisa Haaa harga tu sentap kan ? Wakakaka. Kite pon pening ni makcik. Awak dapat dtg ke ? Bukan abg eshat kawen ?

    ReplyDelete
  7. cantik dan harga die berpatutan...should buy !

    tp ritu fadh tunang pown beriye jgk buat baju, tp lps tunang baju tu tatau nk pakai bile dah..

    ReplyDelete
  8. @Rina Ellisa Mengada ni !! Hahaha. Nanti kite bgtau awak eh kaler ape semua. :P

    ReplyDelete
  9. @Miss Hidy Hihi , yeay ! Beli beli. Nak duit sikit. Hahahaha. :P

    ReplyDelete
  10. @cik fadh Haaa kann ! Kalau kita beli ni pon ada jugak ciri ciri pakai sekali pastu campak dalam almari. Hahaha.

    ReplyDelete
  11. kedai kain osman ni dia semua house ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat dalam semua house ada , dekat luar seberang jalan TAR pun ada.

      Delete
  12. Cantik! Kedai tu amik tempahan utk jahit baju tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahualam , tak tanya pula sebab tempah tempat lain. :)

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah