Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, July 11, 2013

Bapok VS Pengkid

Assalamualaikum & Hello.
Siapa dekat sini yang ada kawan bapok or pengkid ataupun kedua duanya ? Kalau ada meh laga bontot dengan aku. Muahahaha. Aku ada jugalah kawan bapok dan pengkid ni. Tapi takdelah ramai sangat. Kalau orang takde kawan bapok or pengkid ni , selalu akan tanye “best ke kawan dengan bapok/pengkid ni”. Bagi akulah , aku suka kawan dengan dorang. Aku ni universal , semua orang aku kawan. Orang gila je tak. Mihmihmih.
Aku nak cerita ngan korang pasal bapok dulu ye , bapok a.k.a nyah ni kalau korang buat baik dengan dorang. Dorang akan sejuta kali lebih baik dengan korang. Serious. Tak tipu. Tapi kebanyakan yang aku dengar cerita pasal bapok/nyah ni mesti yang tak sedap didengar kat telinga. Cerita pasal bapok/nyah maki hamun orang. Hahaha. Bapok/nyah ni memang dah sinonim dengan mulut puaka mulut longkang. Memang tak boleh buat apalah kan. Lepas tu dah kalau korang pandang slack dekat dia atas bawah ibarat macam nampak hantu , memang wajiblah korang dibahasakan. Apadaaaa. Mula mula aku kawan dengan bapok pon aku ada rasa macam nak cabai cabaikan je mulut dorang. Tapi lama lama. Rasa macam takde apa je pon. Dah lumrah bapok dan mulut longkang berpisah tiada. Wakakakaka.
Pengkid pula , daripada aku sekolah rendah ke sekolah menengah aku dah biasa tengok pengkid. Sebab dulu aku sekolah dekat sekolah perempuan. Tapi later pindah masuk sekolah campur pon still aku nampak pengkid ni. So dah tak rasa apa. Pengkid ni still perempuan walaupun dorang bergaya sakan macam jantan. Tapi dalam hati tetap ada taman weh. Ko buatlah dia sakit hati memang dia tetap akan menangis , macam perempuan normal. Yang best kawan dengan pengkid ni sebab dorang caring dengan kawan kawan dorang. Dorang jaga baik punya kawan kawan dorang. And lagi satu , bila dia dah sayang gila babas dengan partner dia memang dia betul betul sayang. Sebab tulah mana mana perempuan yang stock frust menonggeng bercinta dengan lelaki normal , lepas tu mesti kapel dengan pengkid. Bak kata dorang ‘pengkid ni setia , tak macam lelaki’. Alamak ! Itu macam pon boleh ka ? ^_^


Kesimpulannya , berkawanlah dengan sesiapa pun. Jangan amalkan aktiviti memilih bulu. Maybe korang nampak bapok dan pengkid ni korang dah pikir yang negative. Tapi tak semua pon macam tu. Jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Tak gituuu ?

Thanks for your time , love ya people.


p.s : mengidam lauk rebung masak lemak cili padi & asam keladi ! ada siapa siapa nak belikan ? :P


xoxo


4 comments:

  1. Ade je kawan Pengkid tapi dulu laa..
    Memula cm rase pelik sket yela duk pk2 mane breast die ahaha..yela flat abes kot..tapi mmg enjoy jgk kawan ngan diorg..Bab caring tu mmg x dinafikan..

    ReplyDelete
  2. pernah ada kwn yg yg lembut... huhu ckp kalahkan kita yg pompuan ni...

    ReplyDelete
  3. @Miss Hidy Hahah breast jugak yang die pikir. Wakaka. Breast tu dorang bengkungkan ketat2 kot. Gilelah. Tak bernafas kite tengok. :D

    ReplyDelete
  4. @Mahirah Ridzuan Betul betul ! Kalau dtg lembut dorang , nah cakap macam awek thai. :P

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah