Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, July 25, 2013

Bila ada je yang BUSUK HATI , Y_____Y

Assalamualaikum & Hello.

Memandangkan aku ni bukanlah anak dara yang rajin ke dapur apatah lagi untuk hebat bermain dengan segala perkakas dalam dapur tu. So , once aku masak. Aku minta diberi sedikit penghargaan. It's okay kalau taknak bagi penghargaan or pujian sekalipun. Takkanlah nak paksa orang cakap pula 'Wah bagus Nadia ni' , 'Pandai Nadia masak' , 'Sedapnya nampak'. No , aku tak minta pon korang korang semua puji macam tu. But atleast leave a comment yang membangun. Bukan yang buat semangat aku ni merudum jatuh.

Semalam aku buat pudding caramel , aku bangga dengan apa yang aku buat. Sebab pudding caramel aku tu menjadi. So , aku post dekat segenap media sosial. Baik Facebook/Twitter/Instagram just untuk berkongsi kegembiraan aku yang aku berjaya buat apa yang selama ni aku rasa aku tak mampu untuk buat. Salah aku ke ??  


'Benda sng buat pun nk post' itulah komen negatif pertama yang aku dapat masa aku post gambar ni dekat Facebook. Hurm. Mula mula aku cuba elak untuk rasa kurang senang dengan komen macam tu. Tapi bila baca lagi. Eh sakit jugak hati ni. Komen tu pon bukan orang lain , kawan aku juga. Cuma tak rapat je. Hahaha. Kawan pon boleh nak buat kawan jatuh kan ? Manusia. Maaflah bro , aku cuba untuk taknak keji kau dalam bulan puasa ni. Tapi perangai dan ayat kau sangat meminta. Aku nak tanya kaulah eh , aku beli barang barang tu guna duit kau ke ? Duit mak apak kau ke ? Takkan ? So , apa masalah kau nak cakap macam tu ? Oh maybe sebab kau expert buat pudding caramel kan. Almaklum nama facebook pon dah ala ala mat salleh. Puiiii !! Kalau kau rasa susah sangat hati tengok aku post gambar gambar makanan ke apa ke. Kau unfriend je aku , tak pun kau hide je segala mak bapak aktiviti aku kat news feed kau. Takkan itu pon aku nak ajar. Kau mesti lagi expert tang tang tu daripada aku keeeennnnn. ^_^v


Alhamdulillah , walaupun ada yang mengeji/mencaci/mencarut/meminta maki tapi ada juga yang memuji. Terima kasih kepada korang korang yang support aku. Hikssss. Almaklumlah budak baru belajar. Banyak lagi yang kurang. Tapi usaha tangga kejayaan kan. Kalau tak usaha ? Tak usaha tangga ke bazaar Ramadanlah jawab dia. Harharhar. Kaitan sangatttt.

By the way harini balik nak try buat Popia Ketam Cheese Goreng. Aku BW blog Sis Yana. Tengok macam senang dan sedap je. So , apa lagi. Marilah kite cuba !! Yeayyyy. ^_^v


p.s : kalau muka hensem tapi hati macam kurap , baik tak payah bro. :P


xoxo


8 comments:

  1. kdg2 manusia ni xphm. ape yg kte post sme tu utk share dgn kwn2 tp diorg plak pkir kte show off. So moralnya org yg condemn tu bkn kawan..haha, btw 1st time here..lala, chill

    ReplyDelete
  2. @Za Leena Hey thanks for being here dan meninggalkan jejak. Hiksss. Yup correct. Kalau nak kondem je keje. Tu bukan kawan. Tu dah jadi adik beradik haters. ^_^v

    ReplyDelete
  3. orang busuk hati tak payah dilayan nad. buat sakit hati je. dia jeles sebenarnya tu. takpe nanti nad masak apa nad pos je tau haha. mcm insta akak pun ada yang annoying tengok akak asik upload gambar makanan je huhu

    ReplyDelete
  4. @cha Hahaha tunjuk ajarku sifu. Tulah , takkan sebab dia sorang kita nak kene control semua benda kite nak buat. Betul ? :)

    ReplyDelete
  5. tak payah layan org macam ni... jeles la tewwww

    ReplyDelete
  6. @mama leen Tula kan ma. Sakit je hati kite ni. Nak je baling gayung bio sedar sikit. Hikhikhik.

    ReplyDelete
  7. org laki kan tu?
    biasa laa tu.. deme xdpt mkn, jeles laa tu... hahaha

    ReplyDelete
  8. @Diyana Itulahhh , ate idoklah teman tahu nak buat ghope mana lagi. Yang penting teman pueh ati. Ye dok ? :D

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah