Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, July 26, 2013

Bila Hati Perempuan Menjerit !!!!

Assalamualaikum & Hello.

Tajuk entry nak copy paste cerita Michael Ang kennn. Over sangat tau. Propa habes. Padahal entry ni takde sikit pon kaitan dengan cerita tu. Miahahaha. Tapi masih ade kaitan dengan perempuan. Huhu. Kalau dah namanya perempuan , memang berpisah tiada dengan sifat kuat bebel. Membebel mencecehla daripada pagi sampai malam pon , tetap tak penat. Siap makin bertenaga kauuuu. :P

Siapa kat sini bukan jenis kuat bebel , sila angkat tangan. Aku nak kira berapa orang. Nak hantar kad tahniah dekat pasangan korang sebab dapat korang yang tak kuat bebel. Mihmihmih. Kepada yang kuat bebel macam aku ni , aku nak ucapkan semoga berjaya kepada pasangan pasangan kita semua. Tadahlah telinga selagi mampu ye cik abang sekalian. Tak kisahlah kaum kaum Adam ni nak label kita macam kucing hilang anak ke , macam mak nenek ke apa ke tapi ktorg semua ni membebel bersebab. Takkanlah takde sebab pon ktorg nak membebel kannn , susah juga hidup kalau camtu.

Cube korang korang kaum Adam kat luar tu kaji , kenapa perempuan membebel. Salah satunya mesti sebab korang korang ni tak buat apa yang ktorg suruh buat. Lain yang orang suruh buat , lain yang dia buat. Memang nak kenalah tu kaaannnn. Lagi satu , tolonglah please bila ktorg ktorg kaum Hawa ni membebel or bercerita tolonggggglah bagi perhatian sikit. Tak banyak pon sikitlah. So later in the future korang korang kaum Adam ni tak tanya lagi soalan yang sama !!! Sebab actually perempuan ni memang suka repeat cerita. Dia nak bagi pasangan dia betul betul alert dengan apa yang dia cakap. Ni dah kalau muka kau pon buat port tak port. Kesah tak kesah. Tapi lepas tu tanya lagi. Hoyeahhh ! Memang panaslah hati. Apa kauuuu ingat aku nak ulang cerita tu tak penat ke hoiii. Ggggrrrr. So , please. Bagi attention even benda tu tak penting sekalipun.


Thanks for your time , love ya people.


Nota Kaki : antara kawan kawan dan bakal keluarga , mana korang pilih untuk diutamakan ??
Nota Kaki 2 : semalam berjaya buat popia ketam cheese black pepper goreng , sedap ! :D

xoxo


6 comments:

  1. pompuan mmbebel sbb dye penat..tu yg ustaz kazim bgth..

    ReplyDelete
  2. @Hafiza AizZawaRasanya betullah tu. Sebab kita penat nak cakap benda sama banyak kali. Kalau cakap sekali tak faham bahasa pulak kan. Hahaha

    ReplyDelete
  3. hahahah..tahan je telinga klu perempuan membebel..

    ReplyDelete
  4. haha akak kuat bebel jugak. tp bebel sebab salah husband akak ok haha cuma nasib baik dia jenis dgr je. buatnya jenis melenting dah sudah harula jadinya :p

    ReplyDelete
  5. @Suki Man Hahaha tadahla selagi mampu kannn. :D

    ReplyDelete
  6. @cha Hahah samelah dengan Wan , diam je dengar. :D

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah