Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, July 5, 2013

First time naik KLIA Transit , ketaq lutut oih ! :D

Assalamualaikum & Hello.

Memandangkan semalam Wan keje pagi (7 pagi - 7 malam) , maka dengan itu memang tak bolehlah dia nak ambil aku balik kerja. So , public transportation adalah yang pilihan terbaik untuk aku sampai Putrajaya. Huhuhu. First time weh naik KLIA Transit , sumpah cuak. Mahu taknya dah nama pon KLIA Transit kan ? Kejap lagi tau tau sampai KLIA je kang , jenuh ! 1 hal pulak Wan nak kutip aku dekat sana. Wakakaka.

By the way , meh sini aku nak bagitahu korang semua. Apa different between KLIA Ekspress dengan KLIA Transit. So senang untuk guide korang yang baru nak try naik. KLIA Ekspress ialah train yang straight ke KLIA tanpa berhenti di mana mana stesen. KLIA Transit pula train yang akan stop di beberapa stesen sebelum sampai ke KLIA. Untuk ke LCCT bolehlah naik KLIA Transit and stop dekat stesen Salak Tinggi dan dapat shuttle bus untuk ke LCCT.

Semalam aku naik KLIA Transit from Bandar Tasik Selatan (BTS) , senang. Daripada office aku naik STAR sampailah BTS lepas tu keluar je STAR korang akan nampak sign ke ERL Station , arrow tu akan tunjuk belok kiri. Korang ikut je arrow tu. Memang takkan sesat. Sebelum sampai ERL korang akan pass by KTM sebelah kiri korang , korang ikut je lane belah kanan yang tunjuk ERL. Sampailah nanti dia split kepada 2 cabang. Sebelah kiri ERL Station - kene turun tangga eh , kalau terus korang akan ke TBS. Lepas tu korang bolehla beli ticket korang dekat kaunter. Sama je method naik STAR/PUTRA/KTM. Dah selesai beli tiket korang masuk jelah , ikut je arrow yang ada. Kalau korang nak ke KLIA ke KL Sentral ke semua ada dia tunjuk dekat signboard tu. Jangan risau takkan sesat punya. ^_^



Nampak tak dekat kad tu ada tunjuk KL Sentral - Bandar Tasik Selatan - Putrajaya/Cyberjaya - Salak Tinggi - KLIA - KLIA 2. Itulah stesen yang akan KLIA Transit tu berhenti. Satu stesen je daripada BTS ke Putrajaya , cheh !! Ticket BTS ke Putrajaya pula berharga RM 5.30 , untuk maklumat lanjut sila klik SINI.


Masa aku snap gambar ni , ada lagi 9 minit sebelum train sampai. Hikssss. Macam orang jakun dah aku rasa macam snap ni. Naseblah uolls , mak jemah baru sekali ni ha naik KLIA Transit. :P

Perjalanan daripada BTS ke Putrajaya cuma mengambil masa dalam 15 minit je. Sekejap je kan ?? Almaklumlah tak payah nak rempuh jem yang menggila tu. Aku siap boleh gelak dalam hati lagi weh bila tengok highway yang nak ke Putrajaya tu jem teruk , miahahaha. Memandangkan time aku naik tu adalah waktu puncak , memanglah takdelah tempat duduk. Jangan kau berangan nak dapat tempat duduk , kau berdirilah macam patung cendana dekat tiang tu diam diam. Hihihihi.

Selepas 15 minit perjalanan , akhirnya aku pon sampai dekat stesen ERL Putrajaya/Cyberjaya. Perghhhh !!! Agak ramai juga orang Putrajaya/Cyberjaya yang kerja dekat KL naik ERL eh rupa rupanya , sebab selambak manusia keluar dekat stesen ni. Sampai sampai je aku kene tunggu Wan kutip aku, muahahaha. Aku sampai lagi cepat daripada dia , apekesss ? Mihmihmih. Apa pon alhamdulillah tak sesat barat. Ngeee. Bolehla aku pergi Putrajaya selalu camni , dah master dah naik ERL. Wakakakaka.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : cincin batu dah settle , official photograher dah settle. Next ? Baju !!!


xoxo


8 comments:

  1. Selalu jugak naik klia transit ni dulu..
    Senang dari putrajaya stright je sampai KL sentral..Tapi mahal jgk 8 henget lebih x silap..

    ReplyDelete
  2. @Miss Hidy Mahal tu tak payah citela. Tapi laju. Hahaha. Seronok. Wakakaka. Senang sikit naik ERL. Takpayah jem jem. :D

    ReplyDelete
  3. wahhh kejap giler. camni baik tak pyh naik kete bagai kan haha

    ReplyDelete
  4. @cha Tau takpe kak , buek ponek jo naik kete jem jem bagai. Hihihi

    ReplyDelete
  5. Salam nk tnye..drp klia nk k Kl sentral nk naik yg mana satu ekspres punya atau transit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Boleh naik dua dua , yang berbeza tambang je. Ekspres mahal sikit compare dengan transit.

      Delete
  6. Nk tnye klau klia ekspress hnya ada kt kl sentral j k?

    ReplyDelete
  7. Nk tnye klau klia ekspress hnya ada kt kl sentral j k?

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah