Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, July 25, 2013

Loghat ataupun Dialek

Assalamualaikum & Hello.

Terasa macam banyak pula entry untuk harini , takpelah tengah rajin. Kalau dah malas kang memang senyap sunyilah blog ni sampai 2 3 hari. Miahahaha. Sampai bersawang sawang pun pernah juga. So , bila rajin ni kita manfaatkanlah masa dengan sebaik mungkin. hemohemo. ^^

Kepada yang kenal aku , mesti dorang akan cakap 'Nad , ko ni orang Nismilan ko?'. Erkkk ! Nope. Aku orang KL. Ayah orang Kuantan , Mama orang KL. Takde sikit pon darah Nismilan dalam badan den ni ha.Sampai ponah sekali tu den poie umah kawan den dokek Pilah , mak pak nenek kawan den tu ingat den ni orang Nismilan. Wakaka. Duk beriyalah nenek kawan aku tu potpet dengan aku loghat orang Nismilan. Yang aku dah jem sebab tak faham satu ape pon , tapi takut nenek kawan aku tu kecik hati. Aku tadahla juga telinga dongar. Aleh aleh member aku cakap kat nenek dia yang aku tak faham. Mihmihmih. Memang nak kono sosah budak ni haaa kobar nenek kawan den tu ha. Wakakaka. Ampun nek , bukan nak mainkan nenek. Ralit sangat tengok nenek kawan aku tu masak. Hiksss. By the way , lidah aku ye Nismilan. Lidah makan pedas. Kalau tak pedas memang tak lalu. Hikhikhik. Biarlah bengkak bibir janji puas.

Ada juga orang ingat aku ni ore Kelate. 'Demo ni ore Kelate ko?'. 'Ehhh dok eh ambo ore KL'. Hokaloh , bakpe plok mu mikir gitu. Jawapannya ialah , memandangkan ayah aku orang Kuantan dan aku dulu dibesarkan dekat Kuantan daripada darjah satu sampai habes form 1. So sedikit sebanyak aku bolehla faham loghat orang orang Panta Timo nim. Plus dulu roomate aku orang Besut , Besut kan sempadan Kelantan. So sedikit sebanyak loghat Kelantan ada dalam cara percakapan dorang. Tu yang sikit sikit aku belajar. Tapi sekarang ni lupo dahla. Tubik tu ja yang ambo ingak. Tapi kalau baca cara dorang berbalas komen dekat FB/Tweet/Insta tu aku still boleh faham. Just nak reply tu memang hancusss. Mau ada kata Kelantan murtad plok nati. Wakakakaka. By the way , adakah lidah ambo rupe gini sebak make budu banyok ?? Budu + cili padi potong + asam limau , perghhh terbaik brooo !!

Tak kurang juga yang ingat aku ni orang Perak , ate kome dah kenape. Harharhar. Loghat Perak ni pula aku kutip masa aku study dekat UiTM Seri Iskandar dulu. 3 tahun lebih duduk bertapa dekat Seri Iskandar tu. Tiap hari teman dengor loghat orang Bota/Parit. Sampai teman pon terikut sekalilah. Dulu masa awal awal sampai UiTM , beli beli barang kadang kadang nak guna coins tau. Pernah masa tu aku beli apa tah , dia kate 'Dua ringgit lima kupang'. Okay jem ! Terus pandang kiri kanan. Kupang ????? Takkan dia nak minta aku bagi kupang pulak kannn. Rupanya kupang tu maksud dia puluh sen. Lima kupang maksudnya limaposen weh. Wakakaka. Malu !! Pernah juga anak ayah angkat aku cakap dengan ktorg 'Nyongket ajelah keje kamu ni yong'. Aku cam yaAllah apa pula nyongket nyongket ni. Yang aku tau jongkang jongkit je weh. Ohhh rupanya nyongket tu maknenya merayau. Mihmihmih. Yong tu pula panggilan untuk anak sulung perempuan.

Korang plak expert dalam loghat mana ? Ke korang pon sama je tibai macam aku. Asal ada bunyi bolehla ye dok ? Asal ado ore pehe apo ambo ghoyak , kiro molek doh dok ? Hahahaha. Dulu sempat juga belajar beberapa terms in Sarawakian language , tapi lupa lagi. Yang ingat satu je , belon tu kapal terbang. Muahahaha. Maaf kalau ada salah kat mana mana. Aku ni budak dah belajar tapi lupa. Mihmihmih.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : nak belajar bahasa korea ni , nanti tengok drama takde subtitle pon takpe. hiksss.


xoxo


No comments:

Post a Comment

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah