Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, July 24, 2013

Nad's Kitchin : Onde Onde/Buah Melaka

Assalamualaikum & Hello.

Sorry lama tak update blog , aku tak berapa nak sihat sangat 2 3 harini. Tu yang pulun MC sampai 2 hari. Hihi. Harini baru masuk office balik , huhu. Banyak benda aku nak cerita , banyak entry yang nak update. Tapi satu satu dululah eh. ^_^

Seperti yang semua orang sedia maklum , haritu aku pernah update entry pasal onde onde tak jadi aku tu kannnn ? Harharhar. Lawak. Tak pernah dibuat orang buat kuih onde onde guna tepung beras. Wakakaka. So , dengan keazaman yang tinggi hari Sabtu tu aku try lagi dengan Mama. Dengan menggunakan tepung pulut ok. Hihihihi. Dan alhamdulillah berjayaaaa , yeay ! Bila dah jadi , esoknya aku lagilah berkobar kobar semangat nak buat kuih onde onde sebab nak  bagi Wan rasa. Ngeee. So , petang Ahad tu balik daripada Jalan TAR , aku pon seboklah kelentang kelentung dekat dapur sorang sorang. Hasilnyaaaaa , tetap berjaya ! Yeayyyy !! Chaiyalah. Lepas dah siap cepat cepat letak dalam tupperware sebab nak bawa pergi stadium nak tengok Malaysia VS Chelsea. :P

Bahan Bahan
Tepung Pulut
Daun Pandan
Gula Melaka (dipotong kecil/dihiris)
Kelapa Parut (putih sahaja)
Pewarna Hijau
Air
1. Daun pandan yang dicampur air diblend sehingga halus.
2. Sediakan tepung dalam satu bekas dan gunakan air daun pandan untuk membuat adunan.
3. Letakkan sedikit pewarna hijau untuk mengelakkan adunan anda pucat.
4. Jerangkan air di dalam periuk sehingga mendidih.
5. Buat bentuk bulat menggunakan adunan tadi , leperkan di tengah dan letak gula melaka.
6. Bulatkan kembali dan kemudian campakkan dalam periuk yang berisi air mendidih.
7. Kelapa parut dan sedikit garam dicampur untuk mengolekkan onde onde.
8. Tunggu sehingga onde onde timbul dan akhir sekali golekkan bersama kelapa parut. SIAP !!






Ini pula kesan menggunakan sedikit pewarna dalam adunan tepung onde onde aku tu. Kalau tak nanti warna dia pucat sangat. So tambahkanlah seri dengan pewarna hijau sikit. Nak guna merah ke pepel ke kuning ke pelangi ke pon boleh.

Yang penting Wan kata 'sedap , just nice'. Lega sikit jantung bila dengar. Hihihi. Tak tahulah tu betul betul puji ke just nak amek hati. Mihmihmih. Tapi onde onde aku memang kedekut gula since aku adalah sangat tak suka makanan manis manis. Manis sikit ok. Manis sangat NO !! Selamat mencuba !! ^_^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : terasa nak try buat pudding caramel pulak lepas tengok entry Kak Cha. ^_^v


xoxo


4 comments:

  1. @Rina Ellisa Hahaa nanti kite buat eh makcik eh. Tapi nak jumpa awak tu ? Hurm. Sempatlah basi dulu. :P

    ReplyDelete
  2. haha dulu nad tersalah tepung eh? adoi haha

    tp memang senag je kan buat dia. hehe

    ReplyDelete
  3. @cha Hahaha biasalah orang RAJIN masuk dapur. Tu yang tak boleh beza tepung beras & tepung pulut. :P

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah