Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, July 18, 2013

Nak buat Onde Onde , ^_^

Assalamualaikum & Hello.

Sempena bulan puasa ni , aku ingat aku nak try buat Onde Onde/Buah Melaka. Orang kata senang je nak buat kuih ni. Tapi itulah , last aku buat Onde Onde ni pon masa zaman Tunas Puteri ok. Tunas Puteri tau bukan Pandu Puteri. Huhuhu. Dah berbelas tahun dah tinggal. Ingat tak ingat je kalau nak buat pon. Y_____Y

Memandangkan kuih favourite Wan ialah Onde Onde , so sedikit sebanyak kenalah belajarkan. Hohoho. Minta minta jadilah ye. Dekat bawah ni ada resepi dan cara cara membuat Onde Onde , aku kopipes dari blog Resepi Kuih Muih.


Bahan-Bahan (5-6 orang)

- 500 gram tepung pulut
- 4 sudu besar tepung gandum
- Air secukupnya
- 1 sudu kecil pewarna daun pandan
- 1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
- Kelapa parut

Cara-cara

1. Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.

2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.

3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.

4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.

5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.

6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut. Siap untuk dimakan.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : kalau jadi kuih aku baru aku update kat blog , kalau tak ? biarlah rahsia. Wakaka.


xoxo


12 comments:

  1. alahaiiii comelnya onde-onde tu!! akak punya erk.. nk bt semula boleh je kan..senang rupanya nk bt,tp nk membulat2 kan mereka tu yg kena sabar ya rabbi :D

    ReplyDelete
  2. @Nursaila Norman Haha akak punye kaler lain. :P Wakaka. Tula memang senang tapi orang takut gula merah dalam tu tak hanco. Takmo gigit keras keras. Hohoho.

    ReplyDelete
  3. nak sikit.. hantar kat umah eh.. hihihi...

    ReplyDelete
  4. @Rina Ellisa Hamboi hamboii hamboiiii. Macam ni kite buat selorilah. Nanti suruh delivery hantar. :P

    ReplyDelete
  5. buah melaka ni famous sangat time bulan puasa kan...selalu tolong golek2 buah melaka ni atas kelapa :)

    ReplyDelete
  6. @wawa syaida Nak tolong kite golek2kan tak ? Hihi. Kerahan tenaga. Upah bagi buah melaka 10biji. :P

    ReplyDelete
  7. @Jie Susanos Balik ni baru nak buat Jie , minta minta jadilah. Kalau tak jadi kite beli jelahhhh. :P

    ReplyDelete
  8. nad... dah lama akak cari ni wooo... mls nye nak gi bazaar... ngan parking semua tu...

    ReplyDelete
  9. @Mahirah Ridzuan Apa lagiiii marilah kite buat same same petang ni. Hihih. :D

    ReplyDelete
  10. EMAIL KITA NO HP .. kita dah membawa diri .. mine_b91@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. @cik ara Chait ! Ape saje tah budak ni. Nanti kite email. :D

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah