Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, July 4, 2013

Pengalaman aku tentang CINTA , CINTA bukan CINA. :P

Assalamualaikum & Hello.

Peringatan : Entry ni memang panjang , kalau gigih bacalah sampai habes. ^_^

Kalau nak kira guna jari memang absolutely tak cukup jari nak kira berapa ramai boifren aku pernah ada. Silap hari bulan kena kira dengan jari kaki juga tau. Haaa. Nampak tak betapa ramainya tu. Kalau korang tanya aku nama boifren pertama aku , sumpah aku tak ingat. Wakakaka. Kalau tanya dekat mana kenal. Lagilah hampeh. Biasalah zaman muda remaja suka sangat buat collection boifren , boleh berlagak dengan kawan kawan siapa ada boifren paling ramai. Miahaha. Asal putus , petik je jari esoknya ada yang mari. Over gila statement aku. Mihmihmih. ^_^

Tapi itulah yang orang kata cinta monyet , tapi aku bukan monyet. Doranglah kot monyet. Lalalala. Hubungan aku sebelum ni semuanya tak tahan lama , kejap kejap je semua. Tak sempat nak merasa apa itu cinta terus putus. Haktuih gila ayat aku , maaf. Nama pon zaman kanak kanak ribena , kau ingat masa umur kau 15 tahun tu kau tau ke apa itu cinta ? Kirim salam !!! Masa tu kalau orang minta kapel je sapu , konon nak tunjuk diri tu dah maju setapak dari kawan kawan lain. Pfttt.

Macam aku ni , kejap kejap tukar orang lain. Kejap nampak dengan orang tu , kejap nampak dengan orang ni. Aku ni memang pantang nampak yang handsome sikit dari boifren yang sedia ada tu mulalah start resah gelisah. Resah gelisah sebab apa ?? Sebab duk pikir alasan apa aku nak guna nak minta putus. Harharhar. Teruk gila kan ? Tssskkk. Tapi itulah orang kata once kau dah buat orang macam tu , karma will get back to you. Huwaaa. Sentap.

Bila diri ini dah makin dewasa , aku mula belajar untuk serious dengan partner aku. Nak jadi yang setialah ni kiranya. Malangnyaaaa. Frusttttt juga. Dekat mana silapnya ?? Siapakah yang harus dipersalahkan ? Mungkinkah karma sedang membuat kerjanya ataupun memang sudah tertulis bahawa jodoh kami memang tiada ? Y___Y. Kita ambil lah daripada sudut yang positif , maybe bukan jodoh aku untuk terus kekal dengan dia. Sedih ? Kau gila ke tak sedih , apa kau ingat aku ni robot yang nggak punya hati dan perasaan ?? Tapi , hidup masih perlu diteruskan. So move on. Perghhh ayat macam doctor love seyh. Hiksss.

Nampak macam senangkan bila aku cakap move on ?? Siapa cakap susah ? Senang je sebenarnya , cuma yang penting diri sendiri juga. Kalau diri sendiri kata nak move on , maka  move on lah dia. Kalau diri sendiri kata tak nak , maka duduklah kau kat situ tengok orang lain beranak pinak. Forever alone. Sebab tulah aku ada banyak boifren , aku memang takde masalah untuk move on dan cuba untuk bukakan hati aku untuk belajar menerima orang lain. Perempuan yang frust selalu cakap lelaki sama je , yang lelaki pula cakap perempuan sama je. Itu maknanya korang tu yang malang , asyik jumpa keturunan yang sama. Wakakaka.

Jangan takut untuk melangkah , sekali terjatuh tak bermaksud korang akan jatuh terlentang sampai lumpuh and tak boleh bangun dah. Alhamdulillah , disebabkan aku berani ambil risiko , aku tak takut untuk jatuh dan jatuh. Akhirnya aku pun jumpa dengan apa yang aku cari. Kalau aku boleh korang pon mesti boleh kan ? Inilah yang aku selalu pesan dekat kawan kawan aku yang putus cinta tapi lagaknya macam orang hilang nyawa. Zzzzzzzz. Biarlah orang kata korang playgirl ke playboy ke tukar boifren macam tukar baju ke tukar girlfren macam tukar sepender ke. Yang penting korang tahu apa yang korang cari. ^_^


Thanks for your time , love ya people.


p.s : nak naik KLIA Transit to Putrajaya balik kerja ni , minta minta tak sesat barat. :P


xoxo


4 comments:

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah