Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, July 25, 2013

Nad's Kitchin : Pudding Caramel, ^^

Assalamualaikum & Hello.

Semalam ternampak resipi Pudding Caramel Kak Cha , terus tekak ni meronta ronta menginginkannya. Selalunya setiap kali bulan puasa mesti aku dapat makan pudding caramel ni. Tapi tahun ni aku lupa nak ingatkan ayah untuk belikan 'kuih telur' untuk aku. Ayah panggil pudding caramel ni kuih telur , kalau cakap pudding caramel alamatnya sampai besok pon dia tak beli dan bawa balik rumah sebab dia tak tahu apa rupa. Hihihihi.

So , semalam ajak mama buat pudding caramel favourite aku ni. Favourite tapi tak tahu nak buat. Acane tu yeop ?? :P Tapi selepas blogwalk merata semalam , adalah sikit konfiden dalam diri ni nak cuba buat. Balik kerja terus bersemangat waja singgah JJ beli apa yang patut. Alhamdulillah semua ada. Sampai rumah terus kelentang kelentung kat dapur dengan mama.

Bahan-Bahan

Pudding
5 biji telur
1 tin susu cair
1/2 tin air
Esen Vanilla
Gula (nak letak boleh , taknak letak pon takpe)

Caramel
1 cawan gula
1/2 cawan air (nak letak boleh , taknak letak pon takpe)

Cara- Cara

1. Pukul semua bahan bahan pudding tu , tapi aku prefer guna blender. Senang. Tak lenguh tangan. :P


2. Letakkan gula dalam kuali/periuk dan hanguskan dengan api sederhana.


3. Bila gula dah berwarna keperang perangan , campurkan air dan kacau laju laju untuk elakkan gula menjadi berketul ketul. Next , angkat dan tuangkan dalam loyang/bekas yang nak digunakan.


4. Bila gula dah sejuk , tuangkan pula bahan bahan pudding di atas gula tersebut dan kemudian kukuskan selama 20 hingga 30 minit.


5. Lepas dah siap kukus , bolehla keluarkan daripada pengukus dan sumbat dalam peti ais. Dan hasilnyaaaaaaaa.............


Alhamdulillah , cubaan pertama buat pudding caramel menjadi. Yaiy !! Adik aku siap tepuk tangan okay once pudding tu masuk mulut dia. Siap request buat lagi harini. Hamboiii. Gembira gila bila jadi weh , pula tu semua orang suka and puji. Ayah siap kata nak beli 50 biji telur buat setiap hari. Amboiiii. Pagi tadi sahur pon dorang tibai pudding caramel ni satu bekas. Habes sudah. Nanti nak buat untuk Wan pula. Hihihihi. Agak agak apa pula eh aku nak try masak dan buat lepas ni ?? Selamat mencuba.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : balik ni nak buat lagi , makan sejuk sejuk. serius sangat ohsem weh. ^_^v


xoxo


10 comments:

  1. huhu told ya resepi blog akak senang senang je huhu

    good job :D

    ReplyDelete
  2. Pernah buat puding caremel tanpa telur..Tapi rasenya yg letak telur lagi sodap..

    ReplyDelete
  3. @cha Ahakss. Thumbs up untuk akak !! Jyeah. Nanti kasi up lagi eh resipi campak campak. :P

    ReplyDelete
  4. @Miss Hidy Haaa tengok jugak semalam. Tapi guna tepung. Macam malas and leceh. So , gunalah telur. :D

    ReplyDelete
  5. senangnye nak buat...thanks share resepi...balik keje ni nak gi cari bahan :)

    ReplyDelete
  6. @wawa syaida Sharing is caring , ni pon hasil blogwalk. Selamat mencuba. ^_^

    ReplyDelete
  7. aummm ! sedapnyer !! terliukkk...

    ReplyDelete
  8. Dik,

    Esen vanila tu letak sebotol ke? Haha. ;p

    Akak cilok resipi ye. Nak try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Overlah sebotol. Hahaha. Letak je beberapa titik. Kita ikut suka hati takde sukat sukat punya. :P
      Silalah kak cilok , takde masalah pun. ^^

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah