Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Saturday, July 20, 2013

Running Man Addict , Wooo !!

Assalamualaikum & Hello.

Kalau aku sebut Running Man , tipulah kalau ada yang kata tak tahu kan. Sedangkan sekarang ni Running Man ni tengah meletup letup , panas mengalahkan goreng pisang panas yang di makan dengan sambal kicap. Ehhh !!! :P

Actually Running Man ni dah bertahun tahun femes dekat Malaysia ni. Aku ni je yang lambat follow , dulu dengar dah tapi tak follow sebab macam nonsense je aku tengok. Lepas tu part yang aku tengok tu mesti part dorang tengah cakap cakap. Dahla takde subtitles , kau rasa aku faham ?? Hahahaha. So , macam. Ni ape ni !!! Maka tak kuasa aku nak tengok.

Tapi dalam 2 3 bulan kebelakangan ni , aku dah terjebak dengan sangat teruk ok. Sampai sanggup bersengkang mata nak tengok Running Man. Untuk yang belum terjebak lagi , yang masih suci dalam debu lagi. Meh sini aku bagitahu korang schedule Running Man dekat Channel 393 Astro - ONE HD. Daebak. So korang boleh sama sama bersengkang mata dan bergelak ketawa macam orang hilang akal dengan aku. Ngeee. ^_^

Jumaat : 11.45 malam - 1.30 pagi
Sabtu : 11.05 malam - 2.30 pagi (marathon)
Ahad : 11.15 malam - 1.00 pagi (ulangan episode hari Jumaat)


Inilah dia satu satunya gameshow yang buat aku kena marah setiap weekend dengan Mama sebab gelak tak boleh cover langsung di tengah malam malam buta. Memekak je katanya. Hiksss. Mana taknya , dia nak tido tapi aku dekat ruang tamu dah macam apa. Huwawawawa. :P


Name tag yang boleh cabut akan ditampal dekat belakang baju setiap pemain dan itulah trademark Running Man. Sekarang ni aku tengok dekat Running Man Merchandise punya website , ada jual T-Shirt yang ada name tag boleh cabut ni. Perghh !! Rasa nak beli hoiii.


JONG KOOK - Si Harimau.

JI HYO.


HAHA.


JAE SUK.


GARY.


KWANG SOO.


SEOK JIN.

Itulah antara ahli kumpulan Running Man dan setiap rancangan Running Man akan compete dengan team Idol. Idol ni selalunya dorang akan panggil pelakon/penyanyi. Kadang kadang ada yang famous , kadang kadang ada yang tak kenal. Mihmihmih. Macam semalam dorang panggil Junho from 2PM band. So , apa lagi kepada yang belum menceburkan diri. Marilah bersama sama. Serious hilang stress dapat gelak besar weh. By the way , kepada yang tak tahu. Running Man akan datang ke Malaysia. Tak percaya ??? Tengok bawah ni.


Okay dah malas nak cakap banyak banyak. Malam ni nak marathon Running Man. Ngeeeee. Pekena secawan nescafe sebelum tengok barulah mata ni tahan sikit. Wakakaka. ^_^v

Thanks for your time , love ya people.


p.s : balik ni confirm nak buat kuih buah melaka , semalam tak sempat.


xoxo


6 comments:

  1. sumpah akak tak tau running man ni apa. caya tak? husband akak tanya sbb dia tgk budak2 kecoh psl running man tp kitorg mcm takde hati nk carik running man tu apa haha bole tak :p

    ReplyDelete
  2. akak bar terjatuh cinta dgn running man ni sejak sebulan ni..tp itu pun asyik terlupa je nk tgk huhuhu! mmg bestt :D

    ReplyDelete
  3. saya pun suka tgk running man ni..cuma lately dah kurang layan sebab sibuk tgk tv series lain pulak...hehe

    ReplyDelete
  4. @cha Sangat best okay , seronok gelak2 baca subtitle cam hampeh je sebenarnye. :D

    ReplyDelete
  5. @Nursaila Norman Hahaha. Kan kan kan. Geli hati melampau. Kite memang sejak terjebak dah takleh benti. :P

    ReplyDelete
  6. @Liza Razak Sis pon suka jugak ? TV Series Korea ke Melayu ?? Share share. :D

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah