Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Friday, July 19, 2013

Tepung Pulut VS Tepung Beras

Assalamualaikum & Hello.

Peringatan : Jangan gelak lebih lebih eh bila habis baca entry ni , wakakaka.

Semalamkan aku dengan penuh semangat nak buat kuih Onde Onde tu. Balik kerja terus pergi kedai dekat area rumah. Mula mula pergi 99 Speedmart , takde pula nampak bayang tepung pulut. So pergilah aku kedai sebelah pula. Huhuhu.

Gigih mencari daripada satu rak ke rak yang lain. Nampak tepung , tapi tepung gandum/tepung ubi kayu/tepung beras. Hurm. Mungkin takde , tapi tanya juga dekat minah kedai tu untuk confirmation. Almaklumlah orang jarang masuk dapur kan tu yang nak beli barang dapur pon kena tanya confirmation , hikhikhik.

Aku : Kak , tepung pulut ada ?
Minah : Itu tepung beras pulut ? , situ bawah.
Aku : Mana ? Tolong ambillah. (sebab aku pelik kenapa dia kata ada tapi tadi aku tengok takde)

Dengan penuh confident aku pon bayar harga tepung yang dia letak atas kaunter cashier. Sebab tu kedai dia mestilah tahu barang apa dia jual dalam kedai dia kan. Takkan dia nak temberang aku pulak. Hohoho.

Sampai sampai rumah dengan penuh keterujaan sebab nak buat kuih tu , teruslah ajak mama buat. Mama pon ulilah tepung and letak pati pandan (daun pandan yang dicampur air dan diblend). Uli punya uli lepas then masa  nak buat bulat bulat adunan kuih Onde Onde aku tu macam cair pula dan senang pecah. Mama add on tepung lagi. Barulah boleh buat bulat bulat dan tak pecah tapiiiiiiii keras pula. Haikkk. Dah siap bulat bulat teruslah rendam dalam air mendidih and then golek golekkan atas kelapa parut. Bila dah sejuk makin keras pula jadinya Onde Onde aku tu. Mama pon naik pelik , aku lagilah pelik. Mihmihmih.

Aleh aleh mama pergi dapur tengok plastik tepung tu , oh okayyyyyy tepung beras ye kawan kawan semua. Memanglah keras macam batu kuih Onde Onde aku tu. Bak kata ayah macam buah lastik. Wah terima kasihlah ayah atas pujian tersebut. Wakakakakaka !! Naseb baik aku tak beli 2 peket tepung tu weh , kalau tak ?? Siapa nak makan Onde Onde batu tu !! Akhirnya Onde Onde batu tu menjadi rezeki berbuka puasa untuk Cik Tong Sampah. Miahahahahaha. Nanti aku balik rumah aku snap gambar plastik tepung tu eh kalau ada lagi. Supaya aku tak tertipu lagi di kemudian hari. Sobsobsob.


Ini tepung beras yang bertanggungjawab membuatkan kuih onde onde menjadi onde onde batu dan menjadi santapan tong sampah. Sentap ! Y______Y


Ini pula tepung pulut yang sepatutnya digunakan untuk buat onde onde yang lembut dan kenyal. Bukan yang batu dan layak dibaling ke dinding ye tuan tuan dan puan puan. Gggrrrr. :P

Thanks for your time , love ya people.


p.s : harini suruh ayah yang beli tepung pulut , minta minta ayah beli. boleh cuba lagi. Y______Y


xoxo


10 comments:

  1. @Miss Hidy Hahaha kurang asam masin betul ! Hahaha. Lawak kann. :P

    ReplyDelete
  2. dak kedai pun bkn th sgt..kne ngk elok ms nk beli..huhu

    ReplyDelete
  3. @Hafiza AizZawa Tula pasal. Dapat pulak YANG RAJIN masuk dapur ni beli. Ape pon tak boleh. Y_________Y

    ReplyDelete
  4. lawak betul...takpe cuba lagi...jgn cepat mengalah... anyway good job walaupun dah masuk dlm tong sampah..hehehe

    ReplyDelete
  5. @Nadiah Haha tapi for 2nd and 3rd trial , alhamdulillah boleh makan dah. Tapi kedekut gula. Hahaha. Less sugar katanyaaa. :P

    ReplyDelete
  6. Aritu mse nk buat kuih melaka...tebeli tepung ubi...hamekoo...xigt laa ktekan...dh lme x buat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha tak pasal je. Practice la , nak dekat bulan puasa dah ni. ;D

      Delete
  7. Aduhai...ptot la sy pnya kuih butir nangka jd keras...tepung beras rupanya...bulan tepung pulut...slh bl la ni...huuuwaaa!!!

    ReplyDelete
  8. Cerita kita sama...rasa mcm xsedap hati lepas masuk dalam air..kenapa tak timbul2 macam masa buat dgn kakak beberapa tahun dulu..ahahaha...

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah