Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, July 10, 2013

The Memories : Bazar Ramadan UiTM Seri Iskandar

Assalamualaikum & Hello.

Siapa dekat sini yang pernah buka gerai dekat bazar Ramadan or tolong berniaga dekat bazar Ramadan ? Kalau pernah meh sini sep dengan aku. Hihihi. Aku dulu pernah juga turun padang tolong ayah angkat aku berniaga dekat bazar Ramadan dalam UiTM. Best wooo !! Aku terjebak pun sebenarnye secara tak langsung , ngeee. Semua berpunca bila aku saja saja follow besfren aku. Mula mula tu macam malu malu juga , yelah sebab aku bukan kenal pun ayah  angkat aku tu dan anak beranaknya. Huhuhu. Tapi puasa kan sebulan , dalam sebulan tu terus hilang rasa malu. Terus rasa tak tahu malu and terus rasa syok gila berniaga.

Gerai ayah angkat aku masa tu jual air/ais jagung dan cucur udang. So , ktorg yang anak anak dara nilah yang handle bahagian air. Almaklumlah bila anak dara yang duduk tadah muka jual air , memang lakulahkan penjualan air tersebut. Wakakaka. Sampai ada pakcik gerai sebelah tu cakap ‘pinjam anak dara sorang dua , nak kasi laku lauk kami’. Hahaha. Masa tolong berniaga nilah aku belajar macam mana nak bungkus air dan bungkus cili sos cucur udang. Selama ni tau beli je kan. Huhu.

Selain daripada aku tolong ayah angkat aku yang jual cucur udang tu , aku ada lagi satu family angkat yang jual murtabak dan jeli kelapa. So , kadang kadang aku lari pergi gerai lagi satu. Tolong bungkus bungkus juga. Nak harapkan muka aku ni untuk tebar murtabak tu , memang tak jadi apalah jawab die. Bukan jadi murtabak tapi jadi mukarabak. Wakakaka. Yang penting setiap kali tolong tu mesti mak angkat aku tapaukan aku jeli kelapa untuk bawa balik bilik. Memang heavenla makan jeli kelapa sejuk sejuk sambil menghadap drama Korea (bukan menghadap buku ye). Hihihii. Dekat KL ni aku tak jumpa lagi jeli kelapa yang sesedap macam tu. Huwaaa.

The best part of all ialah bila masuk time nak buka puasa , aku pun akan sama sama duduk and berbuka puasa dengan family angkat aku sekali dengan besfren aku semua. Hihihi. Seronok weh makan ramai ramai dekat tepi longkang , beralaskan jalan tar. Makan cucur udang , minum minum sambil borak borak. Seronok !! Kadang kadang ayah angkat aku tu akan bagi aku duit suruh beli makanan apa apa yang aku dengan besfren aku nak untuk berbuka. Kadang kadang sebelum buka puasa tu akan ada air dan cucur udang yang tak habis dijual , so aku dengan besfren akulah yang diamanahkan untuk tahan je mana mana student yang lalu and bagi cucur udang/air tu as sedekah. Hahaha. Masa tu , adalah student yang menolak tapi student lelakilah yang paling tak tahu malu. Pakai sapu je. Takde tolak tolak pun. Hahaha.

Itulah dia sedikit sebanyak pengalaman aku tolong family angkat aku berniaga dekat bazar Ramadan. Barulah kau tahu betapa seksanya orang berniaga , dengan panas teriknya. Belum kira kalau hujan pula. Nak terbalik terbalik khemah gerai. Semuanya priceless. Takkan boleh dibeli dekat kedai 2 ringgit mahupun Daiso kebanggaanku itu. Hahaha. Pengalaman mengajar kita sebuah kehidupan. Ehhh ! Tetiba puitis sangat ayat kau dah kenapa Nadia. By the way sorry entry ni takde gambar. Gila kea pa nak pergi berniaga tapi tangkap gambar je lebih. Buat kene marah je. Ngeee !

Thanks for your time , love ya people.

p.s : dah kemana pulak signature aku hilang ?? adoilahh.


Cik Dabel N



7 comments:

  1. kali ni bazar mana jadi sasaran? hehe

    ReplyDelete
  2. @Mahirah Ridzuan Haha , bandar sri permaisuri je kot kak. Tak pon Putrajaya. Haha. Akak ?

    ReplyDelete
  3. @Mahirah Ridzuan Kali ni tak sure lagi kak. Akak ke mana je ?

    ReplyDelete
  4. bestnyer ade experience niaga nak2 lagi kt tmpt busy mcm jalan TAr tu..

    ReplyDelete
  5. @cik fadh Fuhh jalan TAR tu sesak sangat tu cik fadh , mau sambil meniaga sambil minum air. Hahaha

    ReplyDelete
  6. google pasal bazar uitm perak,jumpa entry hang nih!hehehe.. ak rindu kteow kerang yg kt hujung cemara tuh.. dea jual dlm plastik RM1.50 ja... tlg wei, g sana tapaukan utk aku :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan ! Kteow kerang tu sedap weh. Alamak. Kecur airliur. T_T.

      Delete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah