Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Wednesday, July 3, 2013

The Memories , Love Letter Pak Guard UiTM

Assalamualaikum & Hello.

Peringatan : Ini pon flashback juga , zaman aku belum berhijab.

Semalam aku cerita pasal sepupu aku bagi surat cinta kan ? Hari ni aku nak cerita pak guard UiTM pula bagi aku surat cinta. Kurlasss kau jah semua orang nak bagi kau surat cinta. Korang hado ? Hahaha. Alkisahnya daripada zaman aku Part 1 sampailah Part 6 dekat UiTM , aku memang pengumpul tegar surat cinta daripada pak guard. Korang jangan salah faham pulak eh. Ni bukan surat cinta yang ada lep lep muah muah tu hokey. Ni saman ye kawan kawan semua !! Wakakaka.

Siapa dekat sini yang pernah belajar dekat UiTM Seri Iskandar mesti tau betapa kerek kereknya pak guard dekat situ. Rasa nak hempuk je dengan apa apa yang ada dekat tangan time tu. Ngeee. Maaplah ye pak guard pak guard sekalian. Sekarang ni UiTM dah tukar pakai polis bantuan pula , tak tahulah pak guard pak guard  tu ada lagi ke tak. Miahaha. Yang penting memang masa aku belum berhijab tu , perangai aku tak ubah macam jin aprid , wakakaka. Suka suka hati aku je nak break the rules. Apa kau hengat kampus tu bapak kau punya Nadia oiiii.

Baru seminggu dekat UiTM aku dah kena sound dengan pak guard sebab pakai seluar jeans lusuh. Ggrrr. Dahla masa tu aku dengan kawan kawan sedang elok tunggu bas UiTM nak keluar pergi Ipoh , nak berjimbalah katakan. Kenalah cantik cantik kannn. Kenalah pakai jeans lusuh , harharhar. Aleh aleh kena sound , siap bergadohla jugak dengan pak guard tu , aku cakap dah memang seluar tu kaler dia macam tu. Takkan nak kene celup kaler lain pulak semata nak puaskan hati dia. Wakakaka. Memang berbulu je pak guard tu. Lantas dia berlalu pergi tanpa sempat mengeluarkan saman , fuuuhhh naseb aku baik weh time tu.

Tapi jangan ingat sebab seluar lusuh tu je aku kena , macam macam kesalahan lagi yang aku buat weh. Pernah juga aku sangkut dengan pak guard sebab baju singkat. Ya ampun. Aku pakai tshirt tak nampak pusat pon , unless kalau aku angkat tangan. Harharhar. Tu pon kena juga wehhhh. Mental rabak betullah aku 3 tahun dekat situ. Tu yang tiap kali lalu depan post guard je habes tarik tarik baju bagi panjang. Sila tolong please jangan bayangkan. Mihmihmih. Hujung semester je habes kembang kembang baju sebab duk tarik memanjang. Hiksss. Ada ke peraturan kata kene pakai baju labuh sampai bontot , memang jemlah aku pon kannn. Tu yang gigih cari cardigan panjang panjang tutup bontot. Tapi kat belah depan hampir nampak pusatlah pulak. Aisey !!! :P

Baju seluar semua dah kena tiaw , lepas tu kena tiaw pasal rambut pulak. Rambut yang merupakan mahkota setiap perempuan ni pon kena tiaw. Memang pedihla kannn. Bayangkan masa tu aku baru je buat rebonding tapi rebonding tu bukanlah satu kesalahan ye semua. Kesalahannya adalah apa yang aku buat selepas seminggu aku rebondingkan rambut aku. Wakakaka. Apa aku buat ? Aku pergi kalerkan rambut aku dengan kaler strawberry blonde , boleh ?? Aleh aleh kene tahan dengan pak guard 'Siswi , kenapa rambut kamu merah ?'. Dengan muka relaks 'Ni warna rambut original sayalah encik , kalau tak percaya tanya mak ayah saya'. Selamba bapak !!! Harharhar. Mak ayah semua aku petik , janji dapat loloskan diri. Pffftttt. Tapi ? Tak berjaya jugak. Dapatlah diri ni sekeping saman berwarna biru. Y____Y

Mesti korang ingat tu je kesalahan aku kan ?? Salah !!!!! Ada lagi okay. Pakai baju kurung pon kena tahan eh. YaAllah apalah dosa aku dengan pak guard pak guard UiTM masa tu. Wakakaka. Boleh dia tahan aku yang ayu lenggang lenggok jalan pakai baju kurung. Zzzzzzz. Rupa rupanya sebab kain baju kurung aku tu kain belah. Itu pon jadi masalah ke ?? Sabar jelah wahai hati. Hiksss. Memang masa zaman study tu pak guard pak guard tulah musuh ketat aku weh. Asal nampak pak guard je mesti aku alertkan kawan kawan aku sekali 'Weh pak guard weh pak guard' pastu nyorok nyorok. Hahahaha. Tapi yang pelik takde pulak kene pergi ceramah sebab selalu kalau dah banyak kena list dengan pak guard ni mesti nama naik kat board suruh pergi dengar ceramah. Harharhar.

Selesai issue pakaian , rambut dan segala. Ingatkan dah takdelah kena saman dah. Tapiiiiiii. Kena jugak lagi. Nak tau sebab ape ? Sebab untuk siswi , ktorg kena masuk kawasan UiTM sebelum pukul 9 malam. Kalau dah pukul 9 lebih tu , kau get ready jelah nak sign saman ye. Muahahaha. Kalau naseb tak baik , signlah sekali untuk kesalahan lain. Aku dah selalu kena dah tu. Mihmihmih. Sebab tu kalau hujung minggu je kereta sewa semua habes disewa oleh siswi , sebab sure kalau dah keluar pergi Ipoh , mesti balik lambat. Itulah yang jadi penyebab kenapa ramai yang overnight dalam kereta , tido dekat Petronas Bandar Universiti. Boleh ? Sebab nak elak daripada kena saman dengan pak guard. Phewww.


Inilah dia salah satu surat cinta pak guard untuk aku yang berjaya aku selamatkan. Hahaha. Padahal kemas kemas barang lama , tu yang terjumpa tu. Meriah kan Part 1 dah dapat saman. Tapi kalau dipikirkan balik memang layaklah dengan muka aku untuk dapat saman tu. Suka betul buat benda yang tak boleh buat. Wakakaka.

Thanks for your time , love ya people.


p.s : karangan panjang betul , semoga korang bertabah untuk membaca. ^_^v


xoxo


5 comments:

  1. ..wat karangan SPM ni bole dapat A++ nih..

    ReplyDelete
  2. @Miss HidyHahaha kann ! Banyak gelak dalam karangan. :P

    ReplyDelete
  3. Salam singgah kat sini... blog xde, cuma reader (^_^) heee~

    pak guard uitm mmg suka bg surat saman dulu.. menyampah tgok nye... ahakz!

    ReplyDelete
  4. @DiyanaHahaha. UiTM memang terkenal dengan pak guard dan samannya kan. Kwang3. Thanks sudi singgah sini and tinggalkan jejak. ^_^

    ReplyDelete
  5. Hi! Memang kat uitm tak boleh warnakan rambut eh? Kalau setakat warna dark brown pun tak boleh? Kena saman jugak ke nanti? :)

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah