Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Tuesday, July 2, 2013

The Memories , Love Letter.

Assalamualaikum & Hello.

Peringatan : Cerita ni berlaku 11 tahun yang lepas ye.

Siapa dekat sini yang pernah dapat surat cinta/love letter ? Kalau pernah meh sini kita sep sep sikit. Hihihi. Aku pernah dapat surat cinta , 11 tahun yang lepas. Masa tu umur aku baru 13 tahun weh. Siapa yang bagi aku surat cinta tu ? Sepupu aku belah ayah. Wakakaka. Kalau diingatkan balik. Rasa lawak tahap nak berguling dekat tanah okay.

Masa tu aku baru balik sekolah petang , sebelum aku sampai rumah memang aku kene crossing tepi rumah ayah ngah aku tu. Memang itulah rutin harian masa aku tingkatan 1. Nak dijadikan cerita , satu hari ni sepupu aku tu memang tunggu aku turun dari bas dan lalu tepi rumah dia. Wahh ! Sedang elok aku jalan nak meniti sungai nak sampai rumah. Tetiba , dia hulur surat. Lepas tu dia lari lintang pukang. Harharhar. Laju laju aku masukkan sampul surat tu dalam poket baju kurung sekolah. Hiksss.

Balik balik terus bagi salam and masuk dalam bilik macam orang kena perintah berkurung. Miahahaha. Terus dengan gelojohnya membaca , terus terdiam. Speechless habaq hang. Tak pernah pernah dapat surat cinta. First time dapat , macam macam perasaan ada weh. Pulak tu sepupu sendiri yang bagi. Terus rasa cam WHAT ! Hahahaha. Terus rasa nak maki , yang bestnya dia siap tinggalkan no phone rumah okay dalam surat tu. Wakakaka. Nak suruh aku call once aku dah baca. Sampai sekarang okay aku hafal no phone rumah ayah ngah. Tak memasal je kannn.

Memang lepas Maghrib tu aku call , cuba act tenang. Tapi tak boleh. Malu geram and rasa tak selesa semua ada masa tu weh. Hahahaha. Dan jawapannya memang kene rejectlah yeop. Mana mungkin aku nak accept dia masa tu. Yelah kanak kanak lagi weh. Zaman main selut , main hujan , zaman hingusan lagi tu weh. Hahaha. Sorrylah ye sepupuku kerana merejek dirimu. Ngeee ! Yang bestnya tak pernah pernah seumur hidup aku call rumah ayah ngah , tak pasal petang tu jugak aku call gara gara surat cinta sepupu aku tu. Lepas call terus aku koyak surat cinta tu masukkan dalam tong sampah , letak dalam dalam so that Mama takkan jumpa and tak boleh baca khazanah laut tu. Mihmihmih.

Lepas daripada kejadian tu , adalah dekat 2 3 bulan tak bertegur dengan sepupu aku tu. Konon marahlah sangat. Padahal apa yang aku rasa time tu aku pon tak tau. Baligh pon belum. Wakakaka. Main basikal sama sama pon tak bertegur. Pergh memang masa tu rasa awkward jugaklah. Rasa nak tegur tapi malu , bahahaha. Panggg kang ! Tapi lepas dah lama tu , ktorg okay balik dengan sendirinya. Terus sambung balik main basikal sama sama , main lari lari sama sama. Sweetkan ? Wakakaka. Kalaulah dia baca entry ni , mau kena pelangkung aku ni. Cari pasal. ^_^v

But now , sepupu aku yang satu tu dah nak kahwin dah. Yeay ! Majlis akad nikah akan berlangsung hujung bulan Ogos ni and majlis menyambut menantu pulak akan diadakan pada 15 September. Konon je cerita ngan aku nak kahwin masa umur 30 tahun , tup tap nah 24 tahun dah nak kahwin. Gatal merenyam ni ! Hahaha. Since daripada kejadian surat cinta tu ktorg jadi rapat , berpisah tiada bak kata sekor lagi sepupu aku tu. Itulah hikmah daripada surat cinta tu. Sebab aku dengan sepupu sepapat belah ayah ni memang kurang ngam sikit. Maka dengan itu disebabkan surat cinta yang bodoh dan comel tu , aku ada geng dalam family belah ayah. Ngeee !!


Inilah dia rupa sepupu yang bagi aku surat cinta tu. Dah nak tamatkan zaman bujang dah. No more jalan jalan sama sama dah bila balik kampung. No more lepak Teluk Cempedak lepas ni. No more karaoke dengan pitching lari. Harharhar. I'm glad that you've found someone to take care of you yourself. Tapi still tak puas hati , how could you get married first among 4 of us. Kurang ajar ni !!! Hahaha. May your happiness lasts until Jannah. My pray is always with you , jangan makan hati dah okay bakal pengantin. ^_^

Thanks for your time , love ya people.


p.s : just a throwback to my childhood time , Y_____Y. Seumur hidup aku ada 2 orang je pernah bagi surat cinta. Siapa lagi sorang ? Mestilah Wan ! <3


xoxo


5 comments:

  1. hehehe...sweet.....akak pun pernah dpt gak ngan sepupu belah abah....ekekekekeke...tapi akak yg kawin dulu....dia siap bagi hadiah lagi..lupa apa kebendanya

    ReplyDelete
  2. @NadiahHahaa yeke , ni kezen kite tu yang kawen dulu. How dare him. Hahaha. Tak tahu nak bagi ape. Huhu. Y___Y

    ReplyDelete
  3. nape xsimpan surat tu.. bila baca balik surat tu skrg & tunjuk balik kt sepupu mesti dia pun tergelak. DN still simpan smpai skrg tau... bila teringat balik gelak je.. :D

    ReplyDelete
  4. @deq noorHaha tula DN , mase tu kalut konon ade admire. Malulaaa tu yang pegi koyak and buang. Hahaha. Kalau tak tu memang bahan lawak sepanjang zaman tu. Hihihi

    ReplyDelete
  5. @deq noorHahaha tula DN , dah buang dah. Mase tu malu2 kucing. Hahaha. Kalau tak memang dah jadi bahan lawak sepanjang zaman. ^_^

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah