Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Malaysian Free Auto Backlink Exchange

Thursday, August 15, 2013

3rd Eid Mubarak , 2013

Assalamualaikum & Hello.

Daulat Tuanku. Erkk !! Dah kenapa tetiba Daulat Tuanku. Mana mungkin akan ada keturunan Raja/Sultan nak baca blog picisan macam blog aku ni kennnn. Dah masuk hari raya ketiga , semakin lost track nak buat apa dekat rumah. Sampailah mama ajak ayah pergi ronda ronda KL. Almaklumlah semua orang keluar KL , balik kampung masing masing. Yang takde kampung buatlah cara takde kampung. Muahahaha.

So , pada raya ketiga ktorg sekeluarga dah pergi ke Istana Negara Lama/Old King Palace. Korang mesti tau dekat mana kan ?? Now istana lama dah jadi muzium , so bolehla masuk dah tengok sendiri macam mana decoration dan keadaan dalam istana. Kalau nak berhangan hangan turun tangga ala ala permaisuri pun bolehhhh. :P


Sebelum masuk beli tiket , sempat jugalah aku bergambar dengan hulubalang. Kihkihkih. Dulu selalu tengok dorang terpacak dalam ruang sempit ni daripada dalam kereta je. Sebab selalu pass by je kan. Now , boleh tangkap gambar dengan hulubalang. Heksaited hokeyyy.



Harga tiket adalah berbeza , untuk warganegara RM 5 je. Untuk foreigners aku tak perasan pula. Tiket tu korang kena simpan sebab nak masuk istana nanti dia nak tengok tiket tu.






Daripada entrance korang kena mendaki jalan yang sedikit berbukit untuk sampai betul betul depan pintu istana. Untuk makluman , bila korang dah masuk ke dalam istana. Korang tak boleh tangkap gambar. Camera prohibited. Akan ada juga staff istana yang akan pantau setiap pergerakan korang. So korang just boleh tangkap tangkap gambar dekat luar istana sahaja. Walaupun agak frust sebab tak boleh nak tangkap gambar dalam istana and share dalam blog. Tapi aku rasa enjoy. Puas hati. Sebab dapat juga merasa masuk istana. Nampak tempat YDP Agong punya bilik tidur , bilik bacaan , tempat makan , tempat bekerja dan sebagainya. Kepada yang tak pernah sampai lagi , bolehlah rajin rajinkan diri. RM 5 je pun. Okay aku punya ayat dah macam layak kerja dengan Tourism Malaysia dah. Kihkihkih.

Lepas keluar daripada istana lama ktorg buat second stop dekat Istana Negara Baru/New King Palace. Tapi setakat dapat tangkap gambar dekat hulubalang jela. Kalau nak masuk dalam tunggulah anak raja ke anak sultan masuk meminang aku. Wahahaha.




This how I spent my 3rd Eid Mubarak. No more kuih raya , no more collecting duit raya session. Hahaha. We did KL Daytrip. Kalah foreigner weh. Hihihihi. Balik je rumah terus tukar ikan aku masuk dalam akuarium. Sempat pergi pasar Pudu beli akuarium lagi okay. Sayang ikanlah katakan. Ngeee !!~

Thanks for your time , love ya people.


p.s : for this 2 days asyik keluar dengan budak sekolah , how I missed school time. Y____Y


xoxo


2 comments:

  1. At least sampai gak Istana Negara ini.. DN tak sampai lagi even cuti raya duk kat rumah je. hee... Selamat Hari Raya! :)

    ReplyDelete
  2. @deq noorHihi , ape lagi DN. Gunakan kesempatan masa yang ada nanti. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. ^_^

    ReplyDelete

Nurie.Sya.Nadia Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah